*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
berita...TRANUNGKITE


>       Kereta Merz S320 Yang Baru Tiga Tahun Dibeli
> Khir dengan Harga
> RM35,000
> 
>       Oleh PEMERHATI DALAMAN
> 
> 
>       Sidang DUN Selangor telahpun bermula. Sultan
> Selangor merasmikan
> mesyuarat pertama penggal keempat, pagi tadi, 30
> Mac. Bagaimanapun,
> perbahasan hangat hanya akan dimulakan pada petang
> Isnin ini, 1 April, jam 2
> petang bila Ketua Pembangkang, Dr Hassan Ali
> berucap.
> 
>       Tentunya Dr Hassan mempunyai banyak isu
> mengenai rasuah Khir Toyo. Ada
> pihak mencadangkan agar pembangkang membawa usul
> undi tidak percaya kepada
> MB Selangor kerana banyak sangat tindakannya yang
> mencemarkan institusi
> menteri besar di negeri ini.
> 
>       Harapan kini hanya kepada Sultan Selangor agar
> baginda dapat
> menyelamatkan keadaan, iaitu dengan memecat Khir
> Toyo. Selepas aduan rasuah
> kepada BPR dibuat, aduan kepada polis dilaporkan,
> siri ceramah gerak gempur
> dilancarkan, VCD khusus tentang penyelewengannya
> disebarkan, hanya Tuanku
> Sultan Selangor boleh menjernihkan keadaan. Tiada
> jalan lain melainkan Khir
> Toyo disingkirkan secepat mungkin, dan hanya Sultan
> Selangor yang boleh
> berbuat demikian.
> 
>       Tapi, ada satu isu yang belum dikemukakan
> terhadap Khir iaitu
> bagaimana Khir yang menjadi MB tidak pun sampai dua
> tahun sudah menggunakan
> kuasanya membeli kereta mewah yang sepatutnya
> berharga lebih RM350,000
> tetapi Khir hanya beli dengan harga RM35,000 sahaja.
> (Keretanya jenis
> Mercedez Benz S320)
> 
>       Sepatutnya ikut prosedur, kereta yang boleh
> ditawarkan kepada MB atau
> Exco hendaklah berusia lebih 5 tahun, dan harganya
> ditentukan oleh JKR
> (sekali lagi kita kena tanya Pengarahnya Rashid
> Yusof), bukannya pakat-pakat
> sesama MB dan anggota Exco yang lain. Ini kerana
> kereta itu sudah menjadi
> harta umum dan Khir tak boleh menentukan harga untuk
> dirinya saja.
> 
>       Kereta itu pula masih baru lagi (belum lagi
> empat tahun) dan Khir
> tidak berhak membelinya kerana dia baru saja jadi
> MB, tak sampai pun dua
> tahun. Haii, teruk sangatlah kau ni Khir, semuanya
> kau nak keistimewaan.
> Dulu harga tanah PKNS pun kau minta diskaun sampai
> 50 peratus.
> 
>       Kes kereta ini akan kita perincikan kemudian,
> dan harap2lah dapatlah
> heboh di sidang DUN nanti.
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - send holiday greetings for Easter, Passover
http://greetings.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke