*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum,
Malam tadi ketika mendengar satu ceramah sempena sambutan Maal Hijrah; ketika ustaz menceritakan secara detail dan terperinci babak demi babak dan watak demi watak yg terlibat dalam proses penghijrahan tersebut, dan ketika mana ustaz menekankan tentang kesabaran Rasulullah SAW dan para sahabat yg beberapa orang itu menanggung derita ditekan, dipulau, dihina, dikeji, dicerca, difitnah, dikecam dan disiksa serta ditorture selama 13 tahun lamanya itu - sebelum turunnya perintah untuk mereka berhijrah ke Madinah; secara tiba-tiba, entah ilham dari mana datangnya, fikiran saya lantas teringatkan perjuangan duri ranjau yg sedang ditempuh oleh para pejuang PAS dewasa ini. Kebetulannya pula, seminggu sebelum itu saya ada menghadiri satu taklimat untuk semua pekerja PAS menjelang p/raya 2003 yg dijangkakan akan berlansung dalam bulan April 2003 yg akan datang. Oh ya, tarikh tersebut kita jangkakan yg sedemikian kerana kita semua tahu UMNO tentunya mahu 'bersinsing lengan' dengan kita terlebih dahulu sebelum mereka bersinsing lengan sesama mereka dalam Perhimpunan Agung mereka tak beberapa hari selepas itu. Apabila melihat tarikh 2003 dan apabila teringatkan 13 Tahun Nabi dan para sahabat ditekan secara pukal dan secara habis-habisan di kota Mekah sebelum turunnya perintah Hijrah itu, tanpa diundang, padang pemikiran saya lantas teringatkan usia PAS di bawah pemerintahan Ulamak di Kelantan yg dijangka akan berusia 13 tahun menjelang p/raya 2003 akan datang. Selama 13 tahun lamanya sejak Ulamak mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada tahun 1990 hingga tahun 2003 itu nanti, kita telah dan akan terus menyaksikan bagaimana jemaah yg dipimpin oleh para Ulamak Warisatul Anbiya ini ditekan, dipulau, dihina, dikeji, diputar belitkan kenyataan mereka secukup rasa, dipermain-main dan diperlekeh-lekehkan dan yg paling mutakhir dalam kejadian di Kubang Bok tempoh hari, kita rasa hendak menitis air mata melihatkan bagaimana seorang ulamak semulia Tuan Guru Nik Aziz terpaksa dilarikan dengan motor cabuk di celah2 akar dan perdu getah di tengah malam yg gelap dan hitam; seandainya motor tersebut terlanggar perdu getah atau pun tertempuh batang2 buluh yg berjuntaian di antara denai dan lorong di Kg Kubang Bok berkenaan, maka ada kemungkinan kedua2 mereka, penunggang dan pembonceng akan terpelanting dan mungkin akan mengalami cedera yg parah atau pun jika sampai ajal mungkin mautlah akibatnya. Hingga begitu sekali mereka perlakukan kpd insan yg bertaraf Ulamak ini! Selama 13 tahun juga kita menyaksikan bagaimana pemerintahan Ulamak di Kelantan ini difitnah setiap hari, bagaimana hak mereka untuk mendapatkan geran wajib yg sah di bawah perlembagaan yg ada dinafi dan dimain-mainkan begitu saja, bagaimana wakil2 rakyat yg sah dilantik oleh rakyat jelata dinafikan hak mereka untuk menyalurkan peruntukan kewangan wajib beratus ribu setahun, bagaimana sumber rezeki (minyak di pesisir Kelantan)di negeri yg diperintah mereka disalur di hadapan mata masuk ke bumi kapiaq untuk disalurkan semula masuk ke negara ini melalui jalan yg lain, semuanya bertujuan untuk menyekat pembangunan di negeri yg diperintah oleh Barisan Ulamak ini. Begitu juga dengan jalan-jalan raya seperti lebuhraya yg sengaja tidak dilaksanakan di sana, tetapi sebaliknya mereka bermegah di dalam akhbar bercerita mengenai kepakaran anak watan (?) mendapat kontrak membina lebuhraya dan jalan-jalan di negeri Tamil Nadu nun jauh di bumi India sana - suatu fakta yg amat menyentuh rasa! Dan, yg paling menyedihkan sekali, selama 13 tahun itu juga negeri Kelantan yg hampir 100% nya beragama Islam dinafikan hak mereka untuk menjadikan Islam sebagai sumber tertinggi perundangan. Semua orang tahu kisah Ancaman pihak berwajib di pusat sana terhadap cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Undang2 Islam tempoh hari, tidak perlu kita mengulas panjang, hanya bisa menyebab rasa. Meringkaskan tulisan, jika selepas 13 tahun Nabi berjuang, dihina dikeji dan ditekan sepuas rasa di Mekah, dan tak terdaya menegakkan Daulah Islamiyah di sana; maka Nabi pun berhijrahlah ke Madinah. Maka, jika selepas 13 tahun Ulamak ditekan dan ditindas sepenuh rasa di Kelantan hingga tak terdaya melaksanakan hukum hudud (misalnya) atas apa jua pun alasan; apakah yg bakal terjadi selepasnya? Jika kita bertanyakan kpd anak-anak muda; rata-ratanya bersetuju dengan apa yg dikatakan sebagai cara militan; cumanya setakat ini mereka berkata: "Kami hanya menunggu Tuan Guru memberikan arahan" Melihatkan kesabaran Tuan Guru yg kian hari kian tertekan, kita merasakan masa dan detiknya cuma hanya dalam kiraan. Kepada mereka yg terus-terusan menekan tuan Guru tak kira siang atau pun malam, kepada kamu kami ingin peringatkan bahawasanya: "KESABARAN TUAN GURU KAMI PUN ADA BATASAN!!" Wassalam, Ahmad Baharudin Kasbi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>