*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Takkan kita dah lupa yg mahadey pernah mempertikaikan hadis2 sahih yg
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. dulu.
katanya....tak logik Abu Hurairah r.a. boleh menghafal beribu2 hadis tanpa
membuat kesilapan.
....itu kata mahadey.
Kalau kita perhatikan pendapatnya seolah2 seiringan dgn pendapat Kassim
Ahmad....yg pernah kena ISA sebab fahaman anti-hadis dulu...
Adakah pm kita tu anti-hadis jugak?

Wallahu' ta'alla a'lam.


----- Original Message -----
From: "Bincang Bincang" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, April 04, 2002 8:53 AM
Subject: H-Net* Fwd: Dr M nafi hadis sahih dan anti-ulama - Pembangkang


> --- tkdppaj <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Dr M nafi hadis sahih dan anti-ulama - Pembangkang
> >
> > Tuesday, April 02 @ 17:44:15 MYT
> >
> >
> > Zain Hashim
> > KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Perdana Menteri Dato'
> > Seri Dr Mahathir
> > Mohamad hari ini disifatkan memerangkap dirinya
> > sendiri di dalam
> > jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Dato'
> > Fadzil Md Noor yang
> > menanyakan mengenai sikap anti-ulama beliau di New
> > York baru-baru ini.
> >
> > Ustadz Fadzil telah bertanya sama ada sikap
> > anti-Ulama yang
> > ditunjukkan di dalam ucapannya di Forum Ekonomi
> > Dunia (WEF) di New
> > York baru-baru ini adalah sikap kerajaan Malaysia
> > ataupun pandangan
> > peribadi beliau.
> >
> > Mahathir, di dalam jawapannya itu tidak menjawab
> > soalan tersebut
> > tetapi menyatakan pendapatnya bahawa hadis yang
> > menyatakan bahawa
> > ulama adalah pewaris nabi adalah hadis yang tidak
> > sahih.
> >
> > "Ada pula orang yang jahil dan jahat, namun tetap
> > mendakwa mereka
> > adalah ulama dan pewaris Nabi kerana kepentingan
> > diri dan ingin
> > mendapat pengaruh yang gelaran ini memberi kepada
> > mereka. Mereka
> > kerap menyesatkan umat Islam," kata Mahathir.
> >
> > Ahli Parlimen (PAS-Yan) Nasaruddin Mat Isa menjawab
> > selepas sesi
> > soalan tersebut, melahirkan kekesalannya terhadap
> > kenyataan Dr.
> > Mahathir yang menafikan hadith tersebut sebagai
> > hadith sohih.
> >
> > "Jelas bahawa hadis itu adalah hadis yang sahih, Dr.
> > Mahathir terang-
> > terang menyerang ulama dan jelas beliau sedang
> > menyerang kepimpinan
> > PAS melalui jawapan bertulisnya", katanya.
> >
> > Tambah beliau, walaupun Mahathir menggunakan ayat
> > al-Quran di dalam
> > jawapan bertulisnya itu, jelas dari isi kandungan
> > jawapan bertulisnya
> > itu, dia anti ulama dan memperkecilkan kepentingan
> > ulama.
> >
> > Menurut Mahathir, malah menjadi haknya untuk
> > melabelkan ulama kepada
> > ulama politik walaupun ada yang membahagikan ulama
> > kepada dunia dan
> > akhirat.
> >
> > Baginya ulama politik yang dimaksudkan ialah ulama
> > yang songsang
> > kerana menjaga kepentingan politik mereka.
> >
> > Walaupun Mahathir tidak menyebut ulama PAS, tetapi
> > jelas dari
> > jawapannya, beliau menujukan serangan ke atas ulama
> > PAS dengan contoh-
> > contoh yang telah diputarbelitkan.
> >
> > Umpamanya, perkataan "barua" yang sengaja
> > diperbesarkan oleh media
> > massa baru-baru ini.
> >
> > "Ucapan saya di New York bukan anti-ulama, tetapi
> > anti-ulama
> > berkepentingan di dalam sejarah Islam, ulama yang
> > memecahbelahkan
> > umat Islam sehingga mereka bermusuh dan berperang,
> > ulama songsang
> > yang suka memaki hamun ulama lain dan memnaggil
> > mereka "barua, ulama
> > songsang yang dengan sewenang-wenangnya mendakwa
> > orang lain sebagai
> > anti ulama, membuat soalan yang berbentuk tuduhan
> > untuk kegunaan
> > politik mereka," kata Mahathir.
> >
> > Ustaz Fadzil membidas kenyataan Mahathir, kerana
> > kenyataannya itu
> > memerangkap dirinya yang menggunakan istilah ulama
> > yang ditaja oleh
> > barat terutamanya Amerika.
> >
> > Dalam pada itu, Republik Islam Iran merasa
> > tersinggung dengan
> > ucapannya kerana negara tersebut dipimpin oleh
> > ulamak dan berjaya
> > mentadbir negara, rasa tersinggung itu disampaikan
> > oleh kedutaan Iran
> > di sini.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke