*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- tkdppaj <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Jelaskan kerugian pelaburan EPF : Husam
>  
> Wednesday, April 03 @ 15:38:23 MYT 
> 
> 
> Salmiyah Harun
> KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh)- Ahli Parlimen Husam
> Musa (Kubang Kerian-
> PAS) semalam meminta kerajaan menjelaskan pelaburan
> yang dibuat oleh 
> Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam 386
> buah syarikat yang 
> kerugian dan mengakibatkan peratusan dividen yang
> berkurangan.
> 
> Beliau yang mengajukan soalan di dalam Dewan Rakyat
> berkata terdapat 
> beberapa syarikat yang mengalami kerugian dalam masa
> empat tahun 
> berturut-turut antaranya, Malaysia Airports Bhd dan
> MAS masing-msing 
> mengalami kerugian sebanyak 25.0 dan 22.16 peratus. 
> "Di sini timbul persoalan, kenapa KWSP tidak melabur
> dalam syarikat 
> yang untung, KWSP adalah duit rakyat," tegasnya
> dalam satu sidang 
> media ringkas di hadapan bilik wartawan di Parlimen
> hari ini. 
> 
> Antara syarikat yang dilaburkan oleh KWSP adalah
> Affin Holdings Bhd (-
> 23.79 %), Amsteel Corporation Bhd (-63.76%), Arab
> Malaysian 
> Development Bhd (-24.21%), Bandar Raya Developments
> Bhd (-24.21%), 
> Hong Leong Properties Bhd (-19.73%), dan IGB Corp
> Bhd (-26.81%). 
> 
> Kesemuanya mengalami kerugian dalam masa lima tahun
> di antara tahun 
> 1996 sehingga 2001. 
> 
> Dalam kes Pewaja pula, kata Husam, Menteri Kewangan
> seolah-olah mahu 
> menutup kerugian yang berlaku dalam Pewaja dengan
> menyatakan tiada 
> apa yang berlaku dan apa yang berlaku itu adalah
> perkara biasa. 
> 
> Dalam pada itu, Husam turut menyangkal kenyataan
> Perdana Menteri 
> berdasarkan laporan di dalam Malay Mail bahawa
> kerajaan Switzerland 
> telah menghantar segala laporan mengenai Pewaja. 
> 
> Katanya, sekiranya kerajaan Switzerland telah
> menghantar laporan 
> Pewaja kenapa tidak ada sebarang pengisytiharan oleh
> kerajaan, seolah-
> olah kerajaan mengambil sikap mendiamkan diri. 
> 
> "Kenapa tidak ada penafian, pembetulan dan
> pengisytiharan oleh 
> kerajaan, macam mana rakyat nak tahu apa yang
> berlaku dalam Pewaja," 
> tegasnya yang mempertikaikan sikap kerajaan yang
> mahu menutup 
> kerugian yang berlaku. 
> 
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to