*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum,
Bagaimana kalau kerajaan negeri adakan majlis solat hajat beramai2 & ceramah agama di stadium negeri pada waktu yg sama? Ianya bertujuan utk memohon belas kasihan & keampunan dari Allah swt atas sikap jahil & angkuh pihak istana & pemimpin kerajaan pusat yg menjadi dalang dlm menganjurkan majlis maksiat tu. Ingat, jika Allah swt menurunkan bala' dimuka bumi ni.....semua rakyat akan kena sama tak kira yg beriman, kafir, munafiq atau fasiq... Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab para ulama' utk menghalang majlis yg sedemikian yg hanya akan mengundang kemurkaan Allah swt. Lainlah di KL ni......ulama'2 kerajaan ni bisu2 belaka. Kalau nak tengok depa ni melenting.......hang panggil mereka 'barua'....amacam? Wallahu' ta'alla a'lam. ----- Original Message ----- From: "Bincang Bincang" <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Friday, April 05, 2002 8:55 AM Subject: H-Net* Fwd: Perarakan patung: MB terima memorandum bantahan > > Perarakan patung: MB terima memorandum > > bantahan > > > > Thursday, April 04 @ 09:29:44 MYT > > > > > > KOTA BHARU, 4 Apr (Hrkh) - Menteri Besar menerima > > memorandum bantahan > > mengenai Majlis Jamuan Rakyat yang membabitkan > > persembahan artis wanita dan > > perarakan patung burung Petalawati di Istana Negeri > > pada 12 April ini. > > > > Memorandum tersebut mewakili Dewan Ulama, Dewan > > Pemuda dan Dewan Muslimat > > PAS Kelantan. > > Ketua Dewan Pemuda, Haji Takiyuddin Hassan, Pemangku > > Ketua Dewan Muslimat, > > Senator Hajah Siti Zailah Mohd Yusof dan wakil Dewan > > Ulamak menyerah > > memorandum tersebut kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul > > Aziz Nik Mat di > > pejabatnya, 3 April. > > > > Memorandum itu dipetik menyebut, pihak Dewan-dewan > > memandang berat program > > tersebut yang disifatkan berunsur maksiat dengan > > berselindung di sebalik > > sambutan hari keputeraan sultan. > > > > "Tindakan tersebut menimbulkan keaiban yang amat > > sangat dan menjatuhkan > > maruah serta martabat sultan sebagai ketua agama di > > negeri ini. > > > > "Pertunjukan tersebut diadakan di bangunan milik > > kerajaan negeri iaitu > > Istana Negeri. Langkah ini jelas suatu tindakan > > mencabar secara berdepan > > kerajaan negeri yang dipimpin kepemimpinan ulama > > berteraskan Membangun > > Bersama Islam," isi kandung memorandum setebal lima > > muka surat itu dipetik. > > > > Baru-baru ini, Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato' > > Ibrahim Ali yang juga > > Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) > > dilaporkan berkata, > > perarakan replika burung Petalawati serta > > persembahan artis termasuk Siti > > Nurhaliza dan Nora akan diadakan pada majlis Jamuan > > Rakyat sempena > > keputeraan Sultan Kelantan ke-52 di Istana Negeri, > > Kubang Kerian. > > > > Perarakan burung sepanjang 7.8 meter dan tinggi 3.6 > > meter akan dimulakan > > dari Tumpat dengan paluan alat muzik tradisional > > dijadikan acara pembuka > > Majlis Jamuan Rakyat. > > > > Perarakan tersebut dijangka bermula di Tumpat > > kira-kira jam 2 petang, 12 > > April dan akan melalui beberapa tempat termasuk > > Kampung Jubakar, Simpang > > Empat dan berakhir di Istana Negeri, Kubang Kerian. > > Memorandum Dewan-dewan > > berkenaan menyebut perarakan burung Petalawati > > adalah suatu amalan khurafat > > dan syirik kerana ia adalah patung berhala yang > > diharamkan Islam. > > > > Oleh itu, Dewan-dewan mengharap Menteri Besar > > mempertimbangkan langkah > > sebagaimana berikut: > > > > . Mengisytiharkan kerajaan negeri sama sekali tidak > > merestui dan mengizinkan > > program maksiat dan syirik kerana ia jelas > > bercanggah dengan dasar kerajaan > > negeri serta syarak. > > > > . Mengumumkan kerajaan negeri tidak akan sama sekali > > mengizinkan mana-mana > > bangunan miliknya termasuk istana negeri dan juga > > mana-mana jentera kerajaan > > digunakan bagi melangsungkan program maksiat dan > > syirik. > > > > . Menteri Besar perlu memanggil mufti supaya memberi > > fatwa berhubung perkara > > tersebut dan menasihatkan pihak berkenaan supaya > > membatalkan program > > berkenaan. > > > > . Menteri Besar perlu memanggil semua tok guru dan > > alim ulama bagi > > mendapatkan pengesahan mereka mengenai perkara ini, > > kemudian mengisytiharkan > > hasil pertemuan tersebut. > > > > . Pendaftar Pertubuhan perlu diminta untuk > > mengetahui status MTRK sebuah > > pertubuhan berdaftar atau sebaliknya. > > > > . Sekiranya MTRK tidak berdaftar maka ia merupakan > > pertubuhan haram di sisi > > undang-undang. Oleh itu, Menteri Besar berhak > > meminta pihak berkuasa > > undang-undang supaya membatalkan program berkenaan. > > > > . Menteri Besar perlu mengizinkan, turut serta dan > > mengarahkan semua > > pemimpin negeri dan rakyat mengadakan majlis Solat > > Hajat memohon kepada > > Allah agar program maksiat dan syirik tersebut > > terbatal atau dibatalkan demi > > mengelakkan berlaku bencana yang menimpa seluruh > > rakyat. > > > > Memorandum tersebut juga menyebut, patung itu akan > > melalui beberapa Wat > > Siam, To'kong Cina dan Kuil Hindu, di mana sami-sami > > akan mengalungkan bunga > > pada patung tersebut. > > > > Memorandum berkenaan ditandatangani Takiyuddin, > > Ketua Dewan Ulamak, Ustaz > > Mohamed Daud dan Hajah Siti Zailah. > > > > Program jamuan rakyat anjuran MTRK itu dijangka > > dihadiri Sultan, Raja > > Perempuan, Perdana Menteri, pembesar negara dan > > pemimpin Barisan Nasional. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>