*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>KISAH HIDUP KAMAL ATARTUK!
>
>Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal "Atartuk" iaitu
>IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI Turki. Sama-samalah kita ambil
>ikhtibar dari kisah ini. "Atartuk" merupakan gelaran Barat kpd beliau
>sebagai "Bapa Pemodenan Turki".
>
>1.. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
>
>2.. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan
>topi (sesuai dengan kehendak barat)
>
>3.. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
>pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
>Ankara.
>
>4.. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
>tidak cenderung kepada pakaian moden"
>
>5.. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
>
>6.. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
>
>7.. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
>membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
>
>8.. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
>Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung  dan tugu-tugunya di
>seluruh
>bandar Turki.
>
>9.. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
>terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
>harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
>
>10..Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
>
>11..Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
>
>12..Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
>barat.
>13..Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
>dijadikan gereja.
>
>14..Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
>
>15..Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim
>dan fakir miskin.
>
>16..Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
>
>17..Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
>huruf Latin.
>
>18..Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila
>salah seorang askarnya  ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?".
>Oleh kerana takut, askar ;tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan".
>Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan
>oleh askar itu.
>
>KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
>
>Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
>sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
>yang
>Allah berikan di dunia.
>
>Antaranya ialah
>
>1.. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
>gatal-gatal seluruh badan.
>
>2.. Sakit jantung
>
>3.. Penyakit darah tinggi
>
>4.. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
>diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu- pembantunya
>juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
>menyejukkan beliau. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang
>ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
>Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung
>jawab telah menghantar beliau ke tengah
>autan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
>Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938,
>beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
>tetapi beliau hilang ingatan.
>Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama  36 jam dan
>akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun  yang
>memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan
>selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta
>ulama-ulama Turki memandikan,  mengkafankan dan   menyembahyangkannya.
>Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di
>bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
>menerimanya . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
>dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap
>dengar) Ankara selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
>Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,
>bumi
>sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke Bukit
>Canakalee ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya
>ditanam di celah-celah batu mar-mar.
>Apa yang lebih menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
>mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh  bumi Allah ini tidak
>menerima Kamal Atartuk!"
>
>Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahuwa'lam).
>
>Renung dan fikirkanlah!
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Salasiah binti Kisman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke