*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>       Media Arab hentam Dr Mahathir tiga hari
> berturut-turut
> 
> Friday, April 05 @ 11:01:42 MYT
> 
> 
> Oleh Salman Al Munziri
> KAHERAH, 5 April (Hrkh) - Ucapan perasmian Perdana
> Menteri, Dato' Seri Dr
> Mahathir Mohammad di Sesi Khas Menteri-Menteri Luar
> Pertubuhan Persidangan
> Negara-Negara Islam (ICFM) Mengenai Keganasan di
> Putra Jaya 1 April lalu
> menarik minat kebanyakan media elektronik dan cetak
> di negara-negara Arab.
> 
> Tiga hari berturut-turut stesen-stesen TV utama di
> Mesir menyiarkan sedutan
> ucapan Perdana Menteri itu. Akhbar-akhbar harian
> juga turut menyiarkannya.
> Malangnya, apa yang menjadi fokus utama media
> berkenaan bukanlah satu
> kegembiraan bagi Mahathir. Bahkan media-media
> berkenaan mengkritik secara
> terbuka di samping menyiarkan bantahan terhadap
> ucapan berkenaan.
> 
> Dalam ucapannya, Mahathir dilaporkan telah
> menyifatkan operasi syahid rakyat
> Palestin sebagai tindakan keganasan. Beliau turut
> menyamakan tindakan yang
> disifatkan mereka mulia itu dengan keganasan yang
> dilakukan oleh kumpulan
> pengganas Tamil Elam di Sri Langka dan Serbia di
> Bosnia.
> 
> Utusan Online melaporkan, "Perdana Menteri
> menyenaraikan serangan ke atas
> Pusat Dagangan Dunia (WTC) 11 September tahun lalu,
> pengeboman berani mati
> oleh rakyat Palestin dan Barisan Pembebasan Harimau
> Tamil Elam (LTTE),
> serangan ke atas orang awam oleh tentera Israel dan
> pembunuhan rakyat Bosnia
> sebagai tindakan ganas serta pelakunya perlu dilabel
> sebagai pengganas."
> 
> Dr Mahathir turut memberi bayangan akan mengiktiraf
> negara haram Israel.
> 
> Menurutnya, "Kita perlu realistik mengenai perkara
> ini. Kita perlu menerima
> hakikat yang Israel wujud dan dunia telah
> mengiktiraf Israel sebagai sebuah
> negara. Apa yang kita perlu desak ialah mereka tidak
> keluar dari sempadan
> negara mereka."
> 
> Al Qanat turut melaporkan ucapan Mahathir yang
> menyamakan tindakan pejuang
> Palestin itu dengan tindakan ganas tentera Israel.
> 
> Kenyataan ini menimbulkan kemarahan kebanyakan umat
> Islam dan pemimpin Arab.
> Ini kerana operasi syahid yang disifatkan sebagai
> serangan berani mati itu
> telah disepakati oleh kebanyakan (jumhur) ulama akan
> keharusannya.
> 
> 
>       Dr Yusuf Qardhawi
> 
> Antara ulama moden yang menerima konsep operasi
> syahid ini ialah Dr Nasr
> Fareed Wasil (bekas mufti Mesir), Dr Syed Mohd
> Tantawi (Syeikhul Azhar), Dr
> Yusuf Al Qardhawi (ulamak terkenal dari Qatar), Dr
> Wahbah Az Zuhaily (ulama
> terkenal dari Syria yang pernah melawat Malaysia
> atas jemputan kerajaan), Dr
> Said Ramadhan Al Buti dan lain-lain lagi.
> 
> 
> 
> 
> 
>       Dr Wahbah Zuhaily
> 
> (Laman web Dr Az Zuhaily dan Dr Al Buti boleh
> dikunjungi di www.zuhayli.com
> dan www.bouti.com. Web Al Buti disediakan dalam
> sembilan bahasa.)
> 
> 
> Bahkan Syeikhul Azhar, Syed Mohd Tantawi
> mengisytiharkan bahawa mereka yang
> terbunuh di dalam operasi berkenaan adalah syahid
> dan merupakan antara
> syahid yang paling mulia.
> 
> 
>       Dr Ramadhan Al Buti
> 
> Selain ulama zaman moden ini, ulama-ulama silam juga
> turut menyifatkan
> operasi syahid (amaliyyah istisyhadiyyah) sebagai
> amalan yang mulia. Bahkan
> para sahabat Rasulullah SAW juga ada yang pernah
> melakukan tindakan seumpama
> ini.
> 
> Seorang sahabat yang dilemparkan dengan menggunakan
> 'menjanit' (lastik
> besar) ke dalam kota Khaibar lalu dia di bunuh oleh
> orang Yahudi, telah
> dipuji oleh Rasulullah saw.
> 
> 
>       Dr Syed Tantawi
> 
> Baginda menerima tindakan tersebut kerana ia
> bertujuan untuk membolehkan
> sahabat berkenaan membuka pintu kota dan memudahkan
> tentera Islam
> memasukinya.
> 
> Tindakan berkenaan tidak boleh diklasifikasikan
> sebagai bunuh diri atau
> keganasan. Ia adalah salah satu jalan untuk memenuhi
> maslahah umat Islam.
> 
> Memandangkan kesepakatan ulama dahulu dan kini dalam
> isu ini, media utama di
> negara-negara Arab mengkritik hebat ucapan Dr
> Mahathir.
> 
> Bukan kali pertama beliau memberikan ucapan yang
> bercanggah dengan pendapat
> jumhurul ulama' bahkan adakalanya bercanggah dengan
> Al Qur'an dan Hadith.
> 
> Sebelum ini, Dr Mahathir telah menafikan kesahihan
> hadith, "Ulama adalah
> pewaris nabi." Para muhaddithin dahulu dan kini
> bersepakat bahawa hadis
> berkenaan adalah hadis sahih.
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to