*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ yang saudara duk sangka JAKIM tu sebenarnya JAKUN
akmaru was here... wrote: > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila > lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda > ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE > ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > > A'mekom, > > Saya nak komen sikit perihal pemakaian tudung di kalangan gadis/wanita > islam di negara kita,walaupun Malaysia dah di istihar negara Islam > oleh PM. Kenapa masih ada lagi pihak tertentu seperti tidak > menghormati hak sebagai seorang islam, seperti bekerja di bidang > perhotelan di negara ini.Contohnya sebagai pramusaji atau 'tukang > serve' makanan sewaktu adanya sebarang majlis jamuan atau function di > hotel. Nak 'serve makanan' ,siapa yang bertudung (perempuan la) kena > bukak tudung kalau tak ,memang tak di benarkan. > > Ramai students yang cari wang saku untuk menampung kos sara > hidup/pelajaran yang bekerja sebagai 'part-time'. Apa salahnya 'KALAU > PAKAI TUDUNG'? Nak harapkan pinjaman PTPN seperti menanti buah yang > tak gugur.Wal hal bukan semua pelajar dari golongan 'big spender' dan > kayaraya.Saya tak heran langsung kot ada student yang terpaksa buat > kerjakerja tak sepatutnya seperti GRO, yea la kos sara hidup kat > bandar tinggi terpaksa buat 'par-time' macam kerja pramusaji kat > hotel-hotel besar. > > Kalau dari sudut kebersihan dan hygiene ,dapat mengelakkan makanan > dari tercemar seperti rambut gugur atau peluh dari muka.Hotel Istana > lagi teruk tak pasti la saya sapa pemiliknya tapi pramusaji perempuan > kena pakai 'skirt'. Mana kala HOTEL-hotel lain seperti Shangrilla > Hotel baju/seluar panjang. > > Nampaknya Orang JAKIM takkan tak boleh tengok masalah nie ?Kalau ada > netters yang nak bagi pandangan amat dialu-alukan. > > Terimakasih daun keladi. > > > > > > >From: Harun Aminurrashid > >To: [EMAIL PROTECTED] > >Subject: H-Net* Tudung- Utusan Malaysia terpaksa Akur > >Date: Sun, 31 Mar 2002 14:24:30 -0800 (PST) > > > > > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > >Lihat bagaimana kini semakin ramai mempertahankan > >pemakaian tudung dikalangan wanita Islam. Inilah yg > >berlaku dalam forum akhbar Utusan 1hb April 2002. > >Apabila masyarakat mengkehendakinya maka yg lain > >terpaksa akur. Asalnya tudung itu asing di malaysia, > >ia hanya mula dipopularkan pada tahun 70-an dan > >digelar sebagai 'pakai dakwah', tetapi kini majoriti > >wanita Islam memakainya dan Utusan Malaysia terpaksa > >akur walaupun masih menjaja wanita separuh lucah di > >dlm majalah2 hiburannya (dan walaupun judi itu haram > >Sport TOTO masih diiklankan dlm Utusan Malaysia muka > >surat belakang). > > > >Forum Utusan > > > >Teguran penulis memalukan peserta wanita bertudung > >SURAT 1 > >Saudara Pengarang, > >SAYA tertarik dengan pandangan Malu lihat gelagat > >peserta bertudung Roda Impian yang terjerit-jerit yang > >disiarkan pada Khamis 28 Mac 2002. > > > >Penulis yang mengaku dirinya tidak bertudung tidak > >wajar dan tidak layak untuk memperkatakan tentang > >maruah wanita bertudung jika beliau sendiri tidak > >memperlengkapkan dirinya dengan tuntutan syariah. > > > >Saudari Yang Menghormati tidak berhak memalukan > >peserta wanita dari Terengganu yang memperkenalkan > >dirinya sebagai guru. > > > >Kita sebagai muslimin sewajarnya mengamalkan sikap > >tegur-menegur untuk kebaikan, tetapi janganlah > >menjatuhkan maruah apatah lagi penulis tersebut > >mengaku yang dirinya sendiri tidak bertudung. > > > >Peliharalah diri dan maruah sendiri sebelum layak > >memperkatakan tentang maruah orang lain. Penulis > >mengatakan adalah lebih baik tidak bertudung jika > >tidak dapat menjadi muslimin sejati. > > > >Ini jelas menunjukkan bahawa niat penulis bukan untuk > >menegur, tetapi sekadar menjatuhkan maruah orang lain > >kerana merasakan dirinya lebih baik. - SUZAI, Ipoh. > > > > > > > > > > > >SURAT 2 > > > >Saudara Pengarang, > >TULISAN Yang Menghormati mengenai gelagat seorang > >peserta Roda Impian terbitan Astro amat benar. > > > >Seorang muslimah tidak wajar berperangai begitu, > >tambahan pula beliau bertudung. Seorang muslimah > >bertudung sebenarnya membawa imej Islam dan wajib > >baginya menjaga kesucian Islam itu supaya tidak > >diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam. > > > >Bagaimanapun, saya amat terkilan dengan pendapat > >saudari, menolak golongan bertudung kerana tidak mampu > >menampilkan akhlak dan peribadi yang mulia bersesuaian > >dengan imej yang dibawa. > > > >Pendapat saudari seolah-olah menghukum dan mewujudkan > >dilema atau saudari sendiri tidak faham konsep > >bertudung. Bertudung itu adalah syariat mewajibkan > >kaum hawa menutup auratnya apabila berdepan dengan > >bukan mahramnya. Bukannya dijadikan alat sebagai > >fesyen semasa dan ikut-ikutan. > > > >Akhlak adalah perbuatan yang lahir daripada jiwa yang > >diasuh dan dididik melalui Quran dan sunah. > >Kedua-duanya perlu seiringan, tidak boleh menyisihkan > >satu daripadanya lebih-lebih lagi syariat. - HAMBA > >ALLAH, Gurun Kedah. > > > > > > > > > > > >SURAT 3 > > > >Saudara Pengarang, > >SAYA merujuk kepada tulisan Yang Menghormati, Shah > >Alam mengenai peserta wanita bertudung menjerit-jerit > >dalam rancangan Roda Impian. > > > >Itu perkara remeh yang tidak perlu dibangkitkan. Saya > >faham apa maksud puan dalam hal itu. > > > >Puan sebenarnya bukan kisahkan mengenai sikap guru itu > >tetapi yang dapat saya rasakan puan lebih tekankan > >kerana guru itu bertudung, bukan? > > > >Kalau beliau tidak bertudung, terkinja-kinja, > >melompat-lompat mungkin tidak mengapa bagi puan. Saya > >bersetuju dan berpendapat bukan yang bertudung itu > >semuanya baik tetapi puan jangan lupa bertudung, > >menutup aurat itu tuntutan Allah s.w.t dan kewajipan > >setiap wanita Islam. Yang bertudung dikatakan tidak > >elok kerana sikap dan akhlaknya, tetapi yang tidak > >bertudung itu bagaimana? - AZAM DANIEL Bukit Mertajam. > > > > > > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: semetec <[EMAIL PROTECTED]>