*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lebih 5,000 teriak HANCUR ISRAEL depan Kedutaan
Amerika
 
Friday, April 12 @ 14:04:07 MYT 


3.00petang Teriakan hancur Israel, hidup Islam,
jahanan Yahudi, reformasi, takbir adalah antara slogan
berkumandang di depan Kedutaan Amerika.

Lebih 5,000 orang kini berkumpul di depan kedutaan
Amerika bagi membantah keganasan Israel di Palestin. 
Manakala itu, kira-kira 10 pemimpin Barisan Alternatif
telah masuk ke kedutaan bagi menyerahkan memorandum
kepada Keduataan Amerika itu.

Presiden PAS, Dato' Fadzil Moh Noor, Presiden
Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan
Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali dengan diiringi oleh
Setiausaha Agung PAS, Nasharudin Mat Isa, AJK, Dr
Lo'Lo' Mohd Ghazali dan lain-lain pemimpin BA telah
masuk ke kedutaan. 

Sebelum itu, beberapa pemimpin telah berucap di luar
kedutaan. Antaranya Dr Syed Husin Ali, Jason Chong dan
Dr Sanusi Osman. 

Perkarangan kedutaan itu kini penuh sesak dengan orang
ramai. 

Orang ramai mulai berkumpul di depan kedutaan Amerika
di Jalan Tun Razak sebaik sahaja selesai solat Jumaat.


Mereka bersembahyang di masjid yang berdekatan khasnya
Masjid Tabung Haji. 

Ada juga bersembahyang di Masjid Jamek Kuala Lumpur
serta masjid berdekatan dan naik Putra LRT ke stesen
Ampang Park untuk menyertai demontrasi itu. 

Selain orang ramai, polis juga bersedia untuk
menyuraikan tunjuk perasaan itu dengan pelbagai
peralatan termasuk water canon dan gas pemedih mata. 

Bagaimana pun mereka nampaknya berada agak jauh dari
kawasan orang ramai mula berkumpul. 

Polis dikatakan memberikan kebenaran tetapi hanya 25
minit sahaja kepada penunjuk perasaan ini. Selepas
memo diserahkan kepada Kedutaan Amerika, mereka semua
mesti bersurai. 




=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke