*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Sepatutnya RTM1 ambik gambar depa ni & tayang kat TV tiap2 hari!!


----- Original Message -----
From: "Saiful Anuar Deris" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, April 22, 2002 7:38 PM
Subject: H-Net* Re: [PAS-news] (unknown)


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Dalam Berita Harian hari ini Pemuda Barisan bakar patong Sharon dan
bendera
> Israel, tak ada apa-apa tindakan pun. Tak militan ke mereka ni...
>
>
> 5,000 Pemuda Barisan berhimpun kutuk Israel
>
>    Oleh Ahmad Ghazali Musa
>
>   JOHOR BAHRU, Ahad - Lebih 5,000 ahli Pergerakan Pemuda Barisan Nasional
> (BN) dan rakyat pelbagai
>   kaum berhimpun di kawasan tempat letak kereta di Selat Tebrau, di sini,
> hari ini, sebagai bantahan terhadap
>   keganasan Israel di Palestin.
>
>   Perhimpunan tiga jam bermula jam 2 petang itu dianjurkan Pergerakan
Pemuda
> Umno Johor dan turut disertai
>   Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
>
>   Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, masyarakat dunia perlu bertindak
> segera menghentikan sikap
>   bongkak Israel yang terus menumpahkan darah rakyat Palestin.
>
>   "Kita berkumpul di sini, menuntut keadilan untuk rakyat Palestin. Kami
> menuntut supaya pembunuhan kejam
>   rakyat Palestin di kalangan kanak-kanak dan wanita dihentikan.
>
>   "Masyarakat antarabangsa perlu menghentikan segera perbuatan kejam
Israel,
> yang tidak berhati perut
>   sehingga sanggup menyekat bekalan perubatan daripada sampai kepada
mangsa
> rakyat Palestin yang dizalimi,"
>   katanya.
>
>   "Kekejaman mereka (Israel) sehingga sanggup membunuh wanita dan
> kanak-kanak akan kita ingati,' katanya.
>
>   Perhimpunan itu diakhiri dengan bacaan memorandum, yang antaranya
menuntut
> Israel meninggalkan bumi
>   Palestin, meminta misi damai di Asia Barat diteruskan dan pemimpin
Israel,
> Ariel Sharon dibawa ke muka
>   pengadilan sebagai penjenayah perang.
>
>   Pemuda Umno Johor akan menyerahkan memorandum membantah keganasan Israel
> itu kepada
>   Hishammuddin untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr
> Mahathir Mohamad bagi
>   dipanjangkan ke PBB.
>
>   Pada perhimpunan itu, mereka membakar patung Sharon dan bendera negara
> itu. Deklamasi sajak turut
>   diadakan dalam hujan lebat di tepi Selat Tebrau itu, termasuk oleh artis
> Aziz Singah dan penyair Pyan Habib.
> ----- Original Message -----
> From: <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Monday, April 22, 2002 12:17 PM
> Subject: [PAS-news] (unknown)
>
>
> > Demo anti Israel: Sikap polis Perak dikesali
> >
> > Friday, April 19 @ 17:31:03 MYT
> >
> >
> > Oleh Hafiz Mohd Baqi
> > IPOH,19 April (Hrkh)- Orang ramai kesal dan tersinggung dengan kata-
> > kata yang dikeluarkan oleh seorang anggota polis bertaraf pegawai
> > ketika cuba menyuraikan perhimpunan mengutuk keganasan Israel di
> > perkarangan masjid Negeri Perak sejurus selepas solat Jumaat
> > tengahari tadi.
> >
> > Pegawai tersebut yang mengeluarkan kata-kata, "macam inikah cara
> > Islam.." dan "ini memalukan" kepada kumpulan orang ramai
> > diperhimpunan itu telah menjadikan suasana aman bertukar tegang.
> > Selain itu, tindakannya beberapa kali cuba merampas alat pembesar
> > suara turut memarakkan lagi kemarahan hampir 1000 orang yang hadir.
> >
> > Lanjutan dari itu orang ramai semakin bersemangat melaungkan takbir
> > sambil mengutuk Yahudi dan Amerika serta berlaku pertengkaran antara
> > beberapa pimpinan PAS dengan pegawai polis tersebut.
> >
> > Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang turut melahirkan rasa
> > kesalnya dengan kejadian tersebut kerana beliau sendiri mendengar
> > polis tersebut berkata demikian.
> >
> > "Amat mengecewakan apabila perkataan itu keluar dari mulut seorang
> > pegawai polis beragama Islam ketika umat Islam berhimpun mengutuk
> > keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin.
> >
> > "Malahan perhimpunan itu sepatutnya dibenarkan kerana ia dibuat di
> > perkarangan masjid dan tidak menimbulkan masalah termasuk masalah
> > lalu lintas.
> >
> > "Sedangkan perhimpunan yang sama dibuat di hadapan kedutaan Amerika
> > di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak diganggu malahan dibenarkan
> > pimpinan membuat ucapan," ujar beliau.
> >
> > Dalam masa yang sama Ketua Pemuda PAS Perak, Misbahul Munir Masduki
> > turut menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap.
> >
> > "Perhimpunan ini untuk mengutuk Israel. Sepatutnya anggota polis
> > boleh bertolak ansur atau menggunakan cara yang lebih baik sekiranya
> > hendak menyuraikan perhimpunan."
> >
> > Walau bagaimana pun perhimpunan itu diakhiri dengan bacaan doa oleh
> > Ahmad Awang dan solat hajat tanpa berlaku sebarang kejadian tidak
> > diingini.
> >
> > Antara barisan pimpinan PAS Negeri yang turut serta ialah Ustaz Ahmad
> > Awang, Ustaz Sabran Asmawi, Idris Ahmad, Misbahul Munir, Ustaz Nor
> > Azli dan beberapa lagi pimpinan PAS Perak.
> >
> >
> >
> > __________________________________________________________________
> > Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas.
> Experience the convenience of buying online with Shop@Netscape!
> http://shopnow.netscape.com/
> >
> > Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at
> http://webmail.netscape.com/
> >
> >
> >
> > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
> > Buy Stock for $4
> > and no minimums.
> > FREE Money 2002.
> > http://us.click.yahoo.com/orkH0C/n97DAA/ySSFAA/7gSolB/TM
> > ---------------------------------------------------------------------~->
> >
> > Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Parti Islam
> SeMalaysia(PAS) unless otherwise stated
> > Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
> >
> > To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
> > To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
> > PAS Homepage : http://www.parti-pas.org
> >
> > Your use of Yahoo! Groups is subject to
http://docs.yahoo.com/info/terms/
> >
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Saiful Anuar Deris" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke