ADUHAI PUTERIKU SAYANG 32
 
 
Doaku padamu wahai anakku,
 
            Ya Allah ya Tuhanku! Hanya …….Engkaulah sahaja yang mengetahui akan diri anakku ini. Tunjukkanlah dia jalanMu, permudahkanlah segala urusannya, tenangkanlah jiwanya dan perkenankanlah doa ini.
 
 
 
Wahai permata hatiku,
 
            Apabila ada orang sedang marah dan kau terpaksa berhadapan dengannya, maka berilah peluang kepadanya untuk menyatakan sebab-sebab kemarahannya, jangan merendah-rendahkan dirinya. Jika kemarahannya berpunca daripada kesilapanmu, anakku, maka minta maafkan daripadanya dan bersabarlah.
 
 
 
Wahai sayangku,
 
            Jika kau dalam keadaan marah pula, maka sentiasalah ingat kepada Allah. Ambil wuduk dan bertenang. Ingat kembali perlakuan buruk kau apabila marah dan bandingkan rupa orang yang bersabar dan bersopan. Fikirkan semula mengapa kau harus marah. Nilaikan semula punca yang menyebabkan kau marah, sama ada wajar atau sebaliknya.
 
 
 
Anakku, janganlah jadikan dirimu mudah marah dan dikuasai oleh kemarahan.
 
 
 
Aduhai muslimahku sayang,
 
            Berusahalah, agar dirimu memiliki rasa kehambaan. Hamba Allah yang sebenarnya, kerana dengannya, akhlakmu jadi menawan, kata-katamu tidak akan menyakitkan hati bahkan mendidik. Kecintaan pada makhluk merata, sehinggakan sentiasa mendoakan keselamatan dan hidayah untuk orang yang melakukan kemungkaran.
 
 
 
Oh anakku sayang,
 
            Kita dituntut agar merasakan diri begitu kerdil di hadapan Allah. Merasakan diri sebagai hamba-Nya yang lemah, dhaif, dan hina. Allah sentiasa melihat dan mengawasimu. Setiap gerak-gerimu dalam pengetahuan-Nya dan kau tidak dapat berselindung lagi. Rasa diawasi, diperhati dan dilihat mendorongmu untuk takut dan cinta kepada-Nya.
 
 
 
Namun, wahai anakandaku,
 
Rasa itu terlalu seni, tidak dapat dirasa tanpa dilatih dan tanpa diusahakan. Orang yang berjaya mendapatkannya mudahlah baginya mendapat kecintaan dari Allah dan kecintaan makhluk seluruhnya.
 
 
 
Sesungguhnya, wahai anakku,
 
            Hanya orang yang ada rasa hamba saja dapat membuang penyakit hasad dengki, cinta dunia dan sebagainya. Rasa hamba mendorong dirimu melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran.
 
 
 
Jika anda ingin membaca aps siri lepas sila ke sini
 
cikgunik.tripod.com
 
 

Kirim email ke