*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




> > > Bangunlah wahai ibu-ibu
> > >
> > > Tuesday, April 23 @ 09:38:32 MYT
> > >
> > >
> > > Oleh Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
> > >
> > > SELAMAT Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. Walaupun Hari Ibu
> akan
> > dirayakan secara rasminya pada 12 Mei ini tetapi saya mengambil
kesempatan
> > ini untuk membuat ucap selamat ini lebih awal sebelum terlambat, sebelum
> > lebih ramai ibu-ibu ditangkap dan ditahan dan disumbat dalam tahanan
yang
> > entah di mana.
> > >
> > > Apakah akan lebih ramai lagi ibu-ibu dicolek dari rumah mereka
ditengah
> > malam dihadapan anak-anak kecil yang mentah hijau, tidak langsung
mengerti
> > kenapa ibu mereka diseret keluar dari rumah dan mereka ditinggalkan
begitu
> > saja .
> > >
> > > Puan Sejahratul Dursina@Chomel telah ditangkap dirumahnya lebih kurang
> > pukul 11 malam oleh 5 orang yang mengaku polis, 4 orang polis lelaki
> > berpakaian biasa dan seorang polis wanita berpakaian seragam.
> > >
> > > Ibu muda beranak 4 ini diugut dihadapan anak-anaknya untuk digari
> apabila
> > memprotes tangkapan terhadapnya itu. Rumahnya digeledah kesekian kali
> kerana
> > sebelum ini juga telah digeledah berikutan tangkapan keatas suaminya
yang
> > dituduh ahli KMM tanpa boleh dibuktikan sehingga kini dan sekarang
ditahan
> > di Kemunting.
> > >
> > >
> > > Peliknya apa yang diambil ialah sebuah laptop, talipon bimbit dan dua
> buah
> > buku akidah. Rupanya buku akidah kini perlu di ISA kan kerana sangat
> bahaya
> > dan mengancam keselamatan negara atau mungkin dalam buku itu ada bom
atau
> > senjata bahaya, kalau tidak masakan menjadi antara barang yang diambil
> > bersama-sama dengan tahanan yang di'hukum' ahli KMM.
> > >
> > > Paling mendukacitakan ibu ini terus dibawa pergi dari rumahnya
walaupun
> > merayu untuk diberi sedikit masa bagi menunggu kedatangan ibu-bapanya
> iaitu
> > nenek dan datuk kepada anak-anaknya yang meraung ketakutan dan terkejut
> > malah salah seorang darinya sedang demam.
> > >
> > > Apakah itu arahan dari Menteri Dalam Negeri ? Menangkap seorang ibu
> > tunggal, seorang wanita yang terpaksa menjadi ibu dan bapa kepada 4 anak
> > kecil yang paling muda berumur 2 tahun ditengah malam ? Apa sudah tidak
> > cukup siang hari lagi ?
> > >
> > > Apa bahaya sangat ke ibu ini yang menurut adiknya bertubuh kecil dan
> kurus
> > serta kesihatan yang terganggu sejak penahanan suaminya dan terpaksa
pula
> > berulang saban minggu ke Kemunting untuk melawat suami yang terkurung.
> > >
> > > Bangunan mana , menara mana yang akan diletupkan oleh seorang wanita
> yang
> > lemah, sehingga begitu tergesa-gesa ditahan. Mana perginya slogan
> masyarakat
> > penyayang yang dilaung-laungkan oleh pemimpin kerajaan sebelum ini.
> > >
> > > Teruk sangat ke untuk menunggu beberapa ketika supaya anak-anak kecil
> yang
> > akan ditinggalkan diserahkan kepada datuk dan neneknya secara bersopan
dan
> > beradap. Sudah hilangkah sifat kemanusiaan anggota polis yang terlibat ?
> > >
> > > Polis wanita yang turut serta itu tiada berkeluarga dan tiada
> > anak-anakkah? Tidak mungkin tidak seorang pun dari mereka telah
> > berumah-tangga dan punya anak-anak. Buta dan tulikah hati mereka
sehingga
> > tidak mendengar raungan dan tangisan anak-anak malang itu.
> > >
> > > Bayangkan betapa hancurnya hati ibu dan bapa tahanan yang begitu
> berharap
> > agar dapat berjumpa dengan anaknya dan sekurang-kurangnya mengambil
> beberapa
> > pesanan buat bekalan menghadapi cucu-cucu yang sudah pasti terpaksa
> dikongsi
> > penderitaan mereka.
> > >
> > > Lebih-lebih sedih lagi mereka apabila melihat cucu-cucu mereka
menangis
> > dalam pelukan pembantu rumah Indon yang menggigil ketakutan. Adalah
> > dikatakan bapa tahanan sehingga kini tidak dapat mengeluarkan walau
> sepatah
> > perkataan pun kerana terkejut yang bersangatan.
> > >
> > > Tidak terbayang difikirannya kekejaman ini berlaku di Negara Malaysia
> yang
> > kononnya aman makmor dan sebuah Negara Islam !!
> > >
> > > Bayangkan seorang ibu muda ditahan tanpa bukti di bawah akta paling
> zalim
> > ISA, dipisahkan dari anak-anak dan menghancurkan sedikit harapan untuk
> > meneruskan kehidupan keluarga yang sudah sedia pincang, kemudian terus
> > dibariskan dimuka hadapan akhbar sebagai anggota kumpulan militan.
> > >
> > > Siapa yang membuat tuduhan, siapa yang mendakwa dan siapa pula yang
> > menghukum ?? Berpesta akhbar-akahbar berlumba-lumba menjatuhkan hukuman
> > 'maut' kepada tahanan yang terikat kakitangan tanpa dapat membela diri.
> > >
> > > Sehingga kini tidak diketahui di mana ia berada, selamat atau tidak.
> > Adakah ia mendapat rawatan atas gangguan kesihatannya yang sudah pasti
> > menjadi lebih parah kerana dipisahkan dari anak-anak kesayangan dan
> > kemanjaannya.
> > >
> > > Selamatkah kaum wanita ditangan anggota polis?
> > >
> > > Sudah pasti kita semua masih belum lupa cerita jijik dimana seorang
> > anggota polis merogol dan mencabul kehormatan 2 orang tahanan reman yang
> > ditahan dilokap polis.
> > >
> > > Apakah ini satu kejadian terasing atau hanya diketahui umum kerana
> > mangsa-mangsa mengambil tindakan sewajarnya. Apakah mungkin fenomena "
tip
> > of ice berg " berlaku di sini ?
> > >
> > > Bolehkah kita percaya tahanan selamat sedangkan bekas orang nombor dua
> > negara dibelasah separuh mati oleh tidak lain tidak bukan ketua kepada
> > anggota keselamatan yang langsung tidak melindungi keselamatan rakyat
dan
> > orang ramai.
> > >
> > > Ketua Pengganas Negara ini pula dengan muka selamba badak menipu
> > berjuta-juta rakyat Malaysia di kaca TV dengan kenyataan " He is safe
and
> > sound ". Tambah tragis pula apabila orang nombor satu negara menambah
> > perencah bagi menyedapkan lagi pembohongan dan penipuan teragung zaman
ini
> > dengan menyatakan bekas timbalannya menumbuk diri sendiri !!
> > >
> > > Bekas tahanan ISA dalam operasi lalang yang lalu iaitu aktivis
> masyarakat
> > Irene Xavier telah menceritakan kepada umum bagaimana beliau dipukul,
> > ditendang terajang dan dibogelkan malah diugut untuk dirogol oleh tak
lain
> > tak bukan polis2 tertentu yang merupakan anggota keselamatan negara.
> > >
> > > Kita juga pasti tidak lupa kerana kita rakyat Msia yang tak mudah
lupa,
> > peristiwa penahanan seorang lagi ibu muda beranak 5 dalam siri tangkapan
> > polis untuk menggagalkan perjuangan reformasi dimana ibu ini
> ditelanjangkan
> > dihadapan tahanan2 lain dan disuruh ketuk ketampi.
> > >
> > > Sejarah hitam ini tidak mungkin dipandang sepi oleh kaum wanita
> > lebih-lebih lagi yang mempunyai keluarga, akan tetap terpahat dalam
> lipatan
> > sejarah penyelewengan dan 'jenayah' institusi polis yang dibawah
> > tanggung-jawab Menteri Dalam Negeri.
> > >
> > > Mereka boleh menjeritkan apa jua slogan dari slogan cepat dan betul
> hingga
> > slogan mesra rakyat namun hakikatnya rakyat melihat dan merasai bahana
> > tindak tanduk mereka-mereka tertentu yang ganas dan tidak berhati-perut.
> > >
> > > Hari ibu semakin menjelang tiba. Menteri Pembangunan Keluarga dan
Wanita
> > sudah pasti begitu sibuk dengan tema-tema dan slogan-slogan basi yang
> hendak
> > dilaung-laungkan keserata ceruk bumi Msia. Nanti akan naiklah
> > sepanduk-sepanduk dan kain-kain rentang yang bertujuan melunakkan
ibu-ibu
> > dengan kata-kata palsu memartabat dan memperkasakan ibu-ibu Malaysia.
> > >
> > > Maka dibuatlah seminar-seminar, program-program dan majlis-,majlis
> > sambutan di padang, di hotel dan di dewan-dewan untuk memperagakan
betapa
> > prihatin dan ambil beratnya akan nasib ibu. Ttetapi ibu diganasi dan
> > dizalimi dengan akta zalim langsung tak diendahkan.
> > >
> > > Para pemimpin wanita UMNO/BN yang berkelulusan undang-undang eloklah
> > hantarkan saja sijil undang-undang yang bersusah-payah dimiliki itu ke
zoo
> > kerana rasanya penghuni zoo lebih memahami erti keadilan dan kebenaran
> > (termasuk seorang yang ada pertalian dengan penulis).
> > >
> > > Apa gahnya kementerian pembangunan keluarga sedangkan institusi
keluarga
> > beratus-ratus tahanan ISA dimusnahkan begitu saja atas dalil menjaga
> > keselamatan negara, macam mereka saja yang mementingkan kesselamatan
> negara.
> > >
> > > Desakan demi desakan terus dibisukan, meskipun tuan punya atau pembuat
> > undang-undang lapuk ini sendiri melalui parlimen mereka telah mengecam
dan
> > meminta agar undang-undang yang mereka wariskan itu dimansuhkan .
> > >
> > > Muka tebal dan telinga pekak pemimpin negara akan pasti ditagih oleh
> > orang-orang dan keluarga yang mereka aniayai. Mereka rasa tenteram dan
> aman
> > didunia ini kerana Allah terus mengurniakan 'istidraj'nya, namun bak
kata
> > YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bahawa di
> Padang
> > Mahsyar nanti tapak kaki dia, tapak kaki isterinya, tapak kaki anak-anak
> dan
> > saudara-mara serta parta penyokongnya akan memijak-mijak dan
> menonyoh-nonyoh
> > muka-muka mereka yang terlibat menangkap dan mengurung anaknya di
> Kemunting.
> > >
> > > Itu baru dendam seorang ayah, bagaimana pula beribu-beribu yang lain
> yang
> > ada antaranya tidak berhenti-henti bermunajat dan mengangkatkan qunut
> > nazilah saban kali solat menghadap Allah Azza Wa Jalla!
> > >
> > > Sebelum mengakhiri tulisan ini saya ingin mengajak rakan sejawatan
saya
> di
> > kem sebelah sana yang menyeru pimpinan PAS dan Keadilan supaya
berceramah
> > untuk mencegah sumbang mahram yang dikatakan semakin parah.
> > >
> > > Lucu pun ada lawak pun ada. Geli hati saya membaca kenyataan pendekar
> > ketua puteri-puteri yang mengiktiraf peranan pentas-pentas ceramah BA
> > sebagai platfom untuk pencegahan dan pembenteras jenayah keluarga yang
> > sememangnya merimaskan.
> > >
> > > Saya bersetuju benar dengan saranan itu. Cuma saya hendak minta tolong
> > supaya rakan sejawatan saya itu bermurah hati untuk mendapatkan
> > permit-permit ceramah dari pihak berkuasa , usahkan di markaz Taman
> Melewar
> > malah saya sanggup menjelajah seluruh negara untuk berceramah yang sudah
> > tentunya dipremis yang lebih baik seperti di dewan-dewan, padang-padang

> > sekolah, stadium ataupun sekurang-kurangnya di dewan-dewan berhawa
dingin
> > PWTC !!
> > >
> > > Baru kelas dan baru berbaloi jemputan anggota majlis tertinggi UMNO
lah
> > katakan . Jangan bimbang , saya bukan sahaja akan berceramah bab sumbang
> > mahram tetapi juga tentang bahayanya menebar fitnah besar menuduh zina
dan
> > liwat tanpa 4 saksi, haramnya makan rasuah, haramnya menelan duit rakyat
> > termiskin, busuknya menyapu duit bantuan pekebun kecil, hinanya
> menggelapkan
> > duit Tabung Haji, malunya menggagalkan projek komputer sekolah, kejamnya
> > merompak duit royalti minyak, dosanya menggalakkan maksiat dan
keruntuhan
> > moral melalui rancangan-rancangan TV dan melalui pemberian permit
majalah
> > sumbang yang meloyakan.
> > >
> > > Pendek kata semua kemungkaran akan saya bangkitkan tanpa segan-silu ,
> > maklumlah ceramah dapat permit. Saya menunggu-nunggu tindakan susulan
> rakan
> > saya itu.
> > >
> > > Akhir kata untuk semua ibu-ibu di Malaysia, jika anda tidak bangkit
> > menentang kezaliman akhirnya kezaliman itu akan singgah di batang hidung
> > anda, dan ketika itu sudah terlalu lambat untuk memprotes dan membantah
> > kerana mulut anda telah disumbat dan tangan- kaki anda telah digari.
> > >
> > > Selamat Hari Ibu kepada semua terutama dan teristimewa kepada Menteri
> > Pembangunan Keluarga dan Wanita.
> > >
> > > KEGANASAN TERHADAP IBU MENGANCAM KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN
KELUARGA
> .
> > Hari ibu yang selamat , ibu-ibu tidak selamat lagi !!!!!!!!
> > >
> > > [Penulis adalah AJK PAS Pusat, Ketua Pengarah Al-Nisa' Dewan Muslimat
> PAS
> > Pusat.]
> > >
> > >
> > > --
> > >
> > >
> > > http://www.geocities.com/bawebmy/pasnetwork.html
> > >
> > > http://groups.yahoo.com/group/pas-news/
> > >
> > > [EMAIL PROTECTED]
> > >
> > >
> > > _______________________________________________
> > > Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Email.com
> > > http://www.email.com/?sr=signup
> > >
> > >
> > >
> > > To unsubscribe from this group, send an email to:
> > > [EMAIL PROTECTED]
> > >
> > >
> > >
> > > Your use of Yahoo! Groups is subject to
> http://docs.yahoo.com/info/terms/
> > >
> > >
> > >
> >
> >
> > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
> > Buy Stock for $4
> > and no minimums.
> > FREE Money 2002.
> > http://us.click.yahoo.com/orkH0C/n97DAA/ySSFAA/mBhwlB/TM
> > ---------------------------------------------------------------------~->
> >
> > Note: Dilarang mem-forward-kan mana-mana artikel drpd mailing list ini
> tanpa kebenaran penulis asal.
> >
> > Your use of Yahoo! Groups is subject to
http://docs.yahoo.com/info/terms/
> >
> >
> >
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jamal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke