*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari tu masa BA dok plan nak tawan Terengganu, kita
kata hebat sungguh woi kalau kita dpt Terengganu;
Terengganu kaya, pembangunan dan jalanraya merata,
kita tak payah buat apa dah; kata orang Kedah:

"Gabuih-Gabuih (lap tangan) teruih masuk!!"

Kita dok ingat kita pandai dah; rupa2nya kepala putaq
pelit puak-puak UMNO nie pandai lagi, bila kita
batalkan kutipan tol jambatan di KT, hapus cukai pintu
dsg, tiba2 puak2 UMNO nie pi sekat duit royalti, pi
kacau duit peruntukan geran tahunan dll. Lepas tu bila
kita dok kelepiaq sebab tak cukup sumber kewangan;
depa pakat gelak kata:

"Ha, ha,ha....tu lah, dengar guruh di langit, dah pi
buang ayaq dalam tempayan"

Itu dulu, cerita Terengganu di awal2 dulu; la nie depa
kata berkat kerja ikhlas Tg Haji Hadi dan rakan2nya,
la nie Terengganu dah okey dah. Alhamdulillah!

La nie, pasal Kedah pulak.

Kalau di Tganu dulu kita dok harap duit minyak, di
Kedah pulak, agak2 kalau kita menang tahun depan, mana
agaknya kita nak korek duit kalau ditakdirkan kerajaan
Pusat dok main cak ciluk hak hak macam depa dok buat
dengan peruntukan wajib tahunan terhadap Kelantan dan
Terengganu itu.

Baru2 nie saya dapat maklumat terbaru dari BA Kedah;
depa kata sekarang ini kerajaan negeri tengah dok
terhutang dengan Pusat sebanyak RM1.3 billion dan cash
dalam tangan (dan dlm bank) cuma ada total RM7 Juta.

Lepas tu, dlm keadaan duit ada sekupang dua dan hutang
berjuta laksa tu; mesyuarat EXCO yg terbaru boleh
pulak pi luluskan bayaran sejumlah RM17 Juta untuk
Tauke Bakun (Ting Pek Khing)untuk satu project yg
terbengkalai di Kedah.

Hangpa tau project apa?

Project MUZIUM PADI!!

Ish, ish, ish apa punya bangang kerajaan negeri Kedah
nie; dlm keadaan tak dak duit dan terhutang pulak tu,
boleh pi buat kerja bodoh macam tu.

Kalau ada orang Kedah dalam nie, nak tanya hangpa la:

"Kedah perlu Muzium Padi ka?"

Ringkas ceritanya, kalau BA dapat Kedah, jenuh jugak
oii nak perbetulkan masalah kewangan negeri nie.

Sebab tu saya cukup berkenan dengan soalan dari ADUN
Lunas di DUN Kedah tak beberapa dulu yg boleh
diringkaskan seperti berikut:

YB Lunas: Adakah wajib setiap rakyat Kedah bayar cukai
tanah?
Jawab: WAJIB

YB Lunas: Apa jadi kalau kami tak mau bayar?
Jawab: KENA SITA/RAMPAS/LELONG TANAH

YB Lunas: Berapa banyakkah cukai tanah yg tak dibayar
oleh 3 ajensi utama kerajaan negeri, iaitu PKNK, LADA
dan Pemodalan Kedah Berhad?
Jawab: RM360 JUTA

YB Lunas: Ha, awat tak pi rampas/sita/lelong harta
depa?
Jawab: (peruntukan dewan membolehkan EXCO tak payah
jawab)

Point dia:
----------
KALAU BA DAPAT KEDAH, DUIT CUKAI TANAH RM360 JUTA TU
KITA KUTIP DULU!!

-Temingat Di Belantara-


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Games - play chess, backgammon, pool and more
http://games.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to