*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ _____________________
Nota Hari ini - Mysig _____________________ Perkumpulan Pakar Ilmu ICT Malaysia kali ini menjadi bahan nota hari ini. Telah banyak diperkatakan tentang usaha perkembangan IT di Malaysia. Sama ada ia diusahakan oleh kerajaan Malaysia, pihak swasta, organisasi atau pun individu, ia menunjukkan bertambahnya berkesedaran pentingnya perkembangan IT dalam kemajuan sesebuah negara. Sama ada usaha kerajaan dengan pembagunan MSC, bertambahnya syarikat IT dan pelaburan industri IT di dalam negara atau bertambahnya individu yang mahu mempelajari bidang IT, semua usaha ini menjadi tidak penting sekiranya mereka yang mempunyai kepakaran masih kurang berbanding dengan peningkatan usaha dan penambahan belanja IT. Tenaga pakar IT umpama seorang doktor. Ia mengambil masa yang lama,lebih daripada 10 tahun untuk melahirkan seorang doktor pakar. Begitu juga dengan kepakaran dalam IT. Ia memerlukan individu yang mempunyai pengalaman yang luas dan lama dalam bidang IT. Sesuatu perkara boleh diajar dan dipelajari, tetapi tiada nilai yang dapat mengantikan pengalaman. Suatu usaha perlu dilakukan agar mereka yang pakar dalam IT dapat dikumpulkan supaya mereka dapat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada orang baru dan mempercepatkan pertambahan jumlah tenaga betul-betul pakar dalam bidang IT. Usaha ini telah mula diusahakan oleh sebuah pertubuhan berdaftar. Perkumpulan Pakar Ilmu ICT Malaysia. Wujudnya pertubuhan untuk pakar-pakar IT ini adalah satu langkah yang baik dan sepatutnya mendapatkan sokongan dikalangan tenaga pakar IT. Memetik muka laman Mysig. Sekian laman kumpulan pakar lain sama ada dalam bidang doktor, akitek dan peguam, mempunyai pertubuhan yang memperjuangkan supaya kepakaran mereka diiktirafkan. Maka sudah sampai masanya pula pakar-pakar IT mewujudkan satu pertubuhan yang boleh menilai dan mengiktirafkan kepakaran IT seseorang individu dan memperjuangkan pengiktirafan itu. Menurut laman webnya di http://www.mysig.org.my/ . Mysig adalah program komuniti yang cuba menemukan tenaga pakar ICT yang terdiri daripada penuntut, golongan lepasan sekolah dan mereka yang memang berada dalam bidang ICT. Menemukan mereka yang berada dalam bidang ICT ini penting. Sekian lama golongan ICT berkomuniti di dunia maya didalam IRC, ICQ dan laman forum, sekarang adalah masa yang sesuai, golongan ICT bergiat melalui pertubuhan yang berdaftar. Dengan menemukan tenaga pakar IT, pelbagai aktiviti dan projek dapat dirangka dan dijalankan untuk kebaikan ahli-ahlinya. Usaha pertama aktiviti Mysig ialah mengurus dan mengendalikan kursus-kursus yang bersesuaian dengan IT. Sama ada ia diadakan dengan kerjasama institusi pendidikan lain sebagai permulaan dan dengan sumbangan ahli-ahli Mysig yang menjadi tenaga pengajar dalam pelbagai bidang, sebagai rancangan jangka panjang. Walau apa pun jua usaha pertubuhan ini, kehadiran dan penyertaan ahli amat diperlukan. Mysig boleh menarik ramai pakar ICT menjadi ahli, namun sukar untuk mendapatkan ahli untuk hadir atau menyertai aktiviti terutama kursus-kursus yang akan dan sedang dijalankan. Satu kelemahan orang kita, suka tunggu dan lihat. Untuk memastikan pertubuhan kita, tempat kita menjadi tenaga pakar yang diiktirafkan sama seperti golongan doktor, peguam dan akitek, kita sekarang perlu bergerak secara aktif. Saya tidak nampak sebarang sebab untuk kita tidak bergerak secara aktif melalui pertubuhan yang sah dari segi undang-undang. Melainkan kelemahan kita sendiri , suka tunggu dan lihat. Ini boleh melumpuh cita-cita kita untuk mempunyai pertubuhan yang diktiraf dan dihormati. Kita sepatutnya mahu mencuba, walaupun langkah awal baru merangkak, diharap satu hari nanti kita mampu berlari. Penulisan nota ini tentang Mysig hanyalah satu pandangan peribadi. Ia tidak mewakili pertubuhan itu secara langsung atau tidak langsung. Untuk keterangan yang lebih jelas dan rasmi, anda boleh melawat laman Mysig di http://www.mysig.org.my/ atau melalui email [EMAIL PROTECTED] . Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan melalui telepon 03-40224854 atau melalui ruang forum di laman Internet Mysig. Mysig sedang mengadakan kursus Kejuruteraan Sistem Komputer secara separuh masa. Bagi anda yang berminat sila hubungi Mysig melalui nomor telepon diatas. Diharapkan anda semua terutama mereka yang berada di bidang ICT dapat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti Mysig sebagai sokongan awal. Kursus Kejuruteraan Sistem Komputer baru bermula, luangkan masa nada untuk mendaptkan sijil MLVK ini, melalui Mysig. Buat masa ini kursus ini bertempat di bilik gerakan Mysig di Kuala Lumpur. Sila telepon 03-4022 4854 untuk keterangan lanjut. Sokongan anda juga boleh dilanjutkan dengan anda mendaftar sebagai ahli laman Mysig di http://www.mysig.org.my/ Moga usaha baik ini mendapat sokongan semua. Wassalam. : ) http://hafnie.tripod.com/ ---- Email Mysig kepada yang berminat. http://lovmalaysia.tripod.com/pmysig.html ------- Disclaimer - Pelepasan Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti. Used it at your own risk. Terima Kasih. Harisfazillah Bin Jamel http://hafnie.cjb.net/ http://harisfazillah.tripod.com/ Versi 1. 26 Apr 2002. _______________________________________________________ The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]