*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salaam

terima kasih diatas komen tuan.saya memang setuju dengan komen tuan
bahawa radar gun tidak dapat mengesan kelajuan kereta tuan pada jarak
40 km. setau saya jarak paling jauh untuk radar gun ialah hanya sekitar
500 meter dalam garisan lurus dan mendatar.

oleh yang sedemikian saya rasa tuan tersalah faham dengan maksud ayat
saya bila saya katakan bahawa jarak diantara radar gun dan pasukan
pegawai polis ialah paling kurang ialah 50 km. untuk memudahkan
pemahaman biarkan saya sertakan contoh sekali lagi. untuk kereta tuan
ditahan oleh polis di kawasan sungkai, maka radar gun yang bersembunyi
didalam semak semak selalunya berada di tanjung malim atau behrang.
jadi jarak diantara keduanya ialah lebih dari 50 km. jika kearah
selatan pula radar gun yang bersembunyi selalunya berada di simpang
pulai atau sekitar kawasan gua tempurung dan pasukan yang menahan dan
memberikan saman berada di Sungkai. jarak yang jauh ini ialah untuk
memastikan bahawa kereta tuan tidak menerima sebarang amaran dari
kereta yang datang dari arah hadapan. jika ada pun sebarang amaran,
ianya sudah 40 minit terlalu lewat. 

chief


On Wed, 16 Jan 2002 19:21:16 +0800, "abumuaz" <[EMAIL PROTECTED]>
said:
> pasal speed trap ambik sampai 40 km tu.. rasanya macam tak logik je...
> Gun speed trap tu guna konsep infra red. Polis akan tembak kearah
> kereta
> yang datang dari arah depan, bila infra red kena pada kereta kita, maka
> pantulan infra red akan pancar semula ke receiver gun tsbt dan akan ada
> reading berapa kelajuan kereta kita.
> 
> Kalau 40 km, rasanya infra red dah tak boleh pegi sebab dia bukan
> bentuk
> gelombang.
> 
> Sebab tu kadang-kadang ada org sempat brek bila tengok ada payung speed
> trap
> kat tepi jambatan. Kadang-kadang la. Jangan brek emergency kat highway
> sudah. Lagi satu ada org cakap polis tak tembak dari belakang sebab
> dari
> segi teorinya, pantulan susah nak dapat sebab kereta kita bergerak
> selari
> dengan arah infra red gun speed trap.
> 
> Lagi satu, kalau nak elak dari kereta kita memantul kembali cahaya
> merah
> dari gun speed trap tu, cuba fikirkan supaya pantulan itu tidak
> straight fwd
> tetapi scattered atau pecah. Macam jet Amerika yanng warna hitam macam
> kelawar yang tidak boleh kesan oleh radar, dia guna konsep bahan serap
> gelombang dan tidak pantul gelombang. Jadi kereta kita boleh fikirkan
> cara
> tu, serap atau kalau pantul pun tapi pantul secara pecah. Mungkin boleh
> letak kulit durian, sebab kulit durian ada banyak duri, nanti gelombang
> tu
> akan pecah dan tak pegi ke receiver gun speed trap polis.
> 
> 
> 
> 
> ----- Original Message -----
> From: "chief" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>; "Halmi Mohamed"
> <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Friday, May 03, 2002 5:26 PM
> Subject: Re: H-Net* Saman Trafik
> 
> 
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > salaam
> >
> > sebelum memulakan ulasan, saya nak komen dulu sikit. undang undang
> > polis ke apa ke, semua nih buatan manusia jadi boleh dipinda ikut suka.
> > perlembagaan kita amat longgar jadi jangan dok harap sangat bahawa
> > benda benda yang polis buat tu tak legal atau unconstitutional. semua
> > boleh jadi legal kalo polis dan home ministry kata legal. perasan tak
> > banyak kali kata kata menteri tak align dengan kata ketua polis. dan
> > banyak kali jugak kata Dr Rais tak sama dengan kata kata Attorney
> > general dan ketua polis negara. semua orang kena ingat bahawa malaysia
> > adalah police state dan rekod hak asasi seperti yang suhakam sendiri
> > akui tak berapa nak cantik sangat. jadinya itulah realitinya yang kita
> > sendiri kena terima.
> >
> > perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah kita sendiri kena
> > proaktif untuk melindungi diri kita dan harta kita dari semua jenis
> > saman saman. satu lagi kita kena ingat semua jenis saman nih tak ada
> > kena mengena dengan penguatkuasaan lalu lintas. kalo ada pun mungkin
> > tempias sikit sikit sahaja. saman adalah BIG BUSINESS dan jugakk salah
> > income earner dan revenue untuk negara. bayangkan sendiri masih ada
> > lagi outstanding saman belum berbayar sebanyak 3.3 juta dan kalo di
> > naik kan saman dari normal 300 ke RM 600, sudah herapa revenue untuk
> > malaysia. ini adalah salah satu cara percukaian antara rela dan tidak
> > rela. syarikat syarikat perniagaan gergasi banyak menghabiskan wang dan
> > manpower untuk mengurangkan dari membayar cukai dengan segala loopholes
> > yang ada didalam sister percukaian. mengelakkan dari membayar cukai
> > adalah satu kesalahan tetapi mengurangkan pembayaran cukai secara sah
> > dan legal adalah diterima. sama juga halnya dengan saman.
> >
> > cara terbaik untuk tidak disaman ialah jangan memandu laju dan jangan
> > meletak kereta tak tentu hala esp di airport. sebab apa kita sanggup
> > buat kerja ikut procedures dan manual di pejabat dan tiba tiba bila
> > kita dibelakang steering kereta sendiri, dengan rela hati pula
> > melanggar undang undang. ??? satu contoh lain paling mudah. solat zohor
> > ada 4 rakaat, tiba tiba kita pandai sendiri nak jadikan solat tu 3
> > rakaat, nak short cut. mungkin contoh ini kurang sesuai tapi inilah dia
> > perbandingan rules of law. tak kira samada polis tu pemeras ke, undang
> > undang zalim ke apa ke, yang penting kita tidak disaman dan tidak usah
> > beratur macam orang gila didepan balai polis nak bayar saman.
> >
> > argument tentang time ( statue of ) limitation untuk saman, calibration
> > of radar gun, saman tanpa tandatangan, police entrapment, pokok setang
> > yang speeding dsb dsb sangat baik untuk kulliyyah undang undang atau
> > bila di mock court di universiti. tapi dalam kehidupan sebenar
> > dimalaysia, argument macam ini semua akan menghabiskan masa dan perabis
> > beras. kerana bila semua dah kering mulut berhujah, saman tetap kena
> > bayar. jadi jangan buang masa dan tenaga.
> >
> > kalo nak speeding kena ada cara dan kena sanggup bayar. ini ada
> > bebarapa point yang dikira sesuai dengan perbincangan.
> >
> > 1. nak speeding kena tau BILA masa ( pagi petang siang malam, senja )
> > dan DIMANA ( km berapa, jalan mana ) ? kalau tak tau sila belajar. jadi
> > dari sapa nak belajar semua ini.? antara percaya dengan tidak, tok guru
> > yang paling baik untuk kita semua belajar ialah tuan para pegawai polis
> > itu sendiri. polis macam juga manusia lain suka bercerita dan
> > bersembang, maka pandai pandailah suruh mereka bercerita. tok guru
> > kedua ialah orang yang hidup diatas jalanraya dan lebuhraya, pemandu
> > bas express, pemandu lori dan pemandu trak tunda. jangan terkejut
> > dengan secawan teh tarik yang dibelanja untuk pemandu lori dan trak
> > tunda, kita semua akan jimat beribu ribu ringgit dari disaman.
> >
> > untuk mereka mereka yang benar benar serious saya ingin menyarankan
> > satu perkara. sila belajar dari pemandu bas express. sila beli tiket
> > bas dengan tempat duduk dibelakang drebar dan berbual sepanjang
> > perjalanan dengan drebar. saya amat pasti tuan tuan semua pasti akan
> > kagum dengan cerita pemandu bas dan tentang pengalaman mereka semua.
> > satu peringatan sila jangan naik bas express waktu malam dan jangan
> > naik bas transnasional dan plusliner. sebab apa ?? kerana waktu malam
> > kita tidak akan  nampak km marker ditepi jalan dan jugak tak nampak
> > tempat persembunyian para pegawai polis saman ekor:) kedua dua bas
> > express diatas drebar mereka dibayar gaji bulan dan bukan mengikut
> > trip, jadi secara am drebar bas yang dibayar gaji bulanan tidak ada
> > insentif dan kurang memerhati gerak geri pegawai saman ekor.
> >
> > 2. adakah ianya berbaloi untuk speeding. ? ada masanya memang berbaloi
> > dan ada kalanya langsung tidak berbaloi. ianya berbaloi jika kita ada
> > a. temujanji yang maha penting dengan supplier atau clients yang dapat
> > menguntungkan diri sendiri atau syarikat paling sikit RM10,000.
> > b.jika ada kematian dikampong dimana kita ingat melihat mayat sebelum
> > dikebumikan.
> > c.jika ibu bapa sedang nazak di ICU
> > d.jika isteri sedang sarat untuk melahirkan anak di delivery room.
> >
> > selain dari 4 senario diatas, IMHO speeding adalah tidak berbaloi dan
> > menghabiskan beras.
> >
> > masalahnya banyak antara kita yang speeding kerana gian, nak kan
> > adrenalin rush atau cuma nak release tension dan stress dari kehidupan
> > kota. masalahnya, pegawai saman ekor sedang memerhati kita yang gian
> > menekan pedal di KM 444 Rawang misalnya,jadi kita semua akan bertambah
> > stress dan beratur macam badut di balai polis selama 5 jam dalam panas
> > mentari untuk menjelaskan saman.
> >
> > 3. apa nak buat bila ditahan ? ( di Sungkai misalnya )
> > a. usahlah pura pura tidak tahu dan ingin berhujah dengan pegawai
> > polis.
> > b. jangan lah pula menjadi bodoh dan ingin merasuah
> > c. jangan keluar dari kereta dan menyemakkan lalu lintas
> >
> > cuma senyum, kasi salam dan mintak maaf dan beri lesen, dan duduk diam
> > diam dalam kereta. ini adalah kerana kita speeding untuk sampai ke
> > destinasi dengan cepat,jika kita buat 3 perkara diatas perjalanan akan
> > menjadi lambat dan pegawai tersebut jugak tidak akan memberi saman
> > dengan cepat dan membuang masa kita.
> >
> > apa apa arguments sekali pun tidak akan diterima oleh para pegawai ini
> > yang sudah berjam jam berdiri ditengah panas. pada pandangan pegawai
> > ini semua pesalah trafik adalah hanya satu wajah atau nombor dalam
> > kehidupan seharian meraka. hanya mereka yang amat mahir sahaja dapat
> > menggunakan hujah sakit nazak, kematian dan kelahiran anak untuk
> > mengelakkan dari disaman. peringatan: ada juga ketika kerana kita semua
> > terlalu mahir berhujah maka pegawai itu melepaskan kita pergi tanpa
> > saman dikeluarkan akan tetapi samannya tetap dikeluarkan dan DI POS kan
> > kerumah sama macam saman ekor. so perabis beras sahaja.
> >
> > alasan yagn sering digunakan oleh pegawai saman ialah " kami tau encik
> > mintak maaf dan lembu encik sedang sakit nak beranak di kampong tapi,
> > ada kamera di belakang sana dan kamera tu tak pernah tipu, bila kami
> > balik kepejabat jumlah gambar yang diambil oleh kamera mestilah sama
> > dengan jumlah saman yang dikeluarkan, kalo tidak kami semua 10 orang
> > disini yang sedang buat operasi nih kena......"  tak tau lah nak kena
> > apa, tapi itulah alasan standard dalam manual yang mungkin gamaknya
> > diajar dalam ilmu police science di akademi.
> >
> > 3. kalo dah disaman, sila semak pastikan semuanya betul dan tepat,
> > sebelum tandatangan. kita tak mau tandatangan surat saman milik BMW
> > 730i yang pecut 170kmj padahal kita bawa kancil dengan kelajuan 119kmj.
> > sebelum beredar SILA TANYA pegawai berkenaan dimana lagi ada speed trap
> > dihadapan. pegawai yang baik hati mungkin akan memberitahu bahawa di
> > hadapan antara kawasana rehat sungai perak dan exit kuala kangsar
> > misalnya ada satu lagi speedtrap. maka berterima kasihlah pada pegawai
> > berkenaan.
> >
> > 4. ingin sekali lagi saya ulang JANGAN CUBA CUBA MEMBERI RASUAH. sebab
> > nya tak usahlah dihuraikan. kita nak bayar saman RM 110 atau nak masuk
> > penjara, ihsan BPR ??? fikir fikirkan lah sendiri.
> >
> > 5. kalo disaman ekor, sila bayar RM10.00 dan semak gambar. ulang SILA
> > BUANG MASA DAN KETIKA DAN KERINGAT DAN BAWA DIRI DAN PERUT KEBALAI
> > POLIS BERKENAAN DAN SEMAK GAMBAR. Ini adalah kerana kamera jugak
> > membuat kesilapan lebih lagi bila waktu nak hujan, sedang hujan, bila
> > senja, bila angin kuat dan bila jalan raya terlalu sibuk. ini contoh
> > mudah jika plat nombor kereta ada nombor 3 maka amat senang kamera
> > tersilap jadi nombor 8 atau vice versa. nombor 9 amat senang menjadi 8
> > atau vice versa. begitu juga dengan abjad.
> >
> > peringatan: amat baik jika tidak membawa isteri bila ingin menyemak
> > gambar saman ekor di balai polis daerah. ini adalah kerana
> > a. isteri akan mengomel sepanjang zaman sampai kiamat dan jugak akan
> > menaikkan tekanan darah.
> > b. kemungkinan tuan sekalian memandu dengan wanita lain yang BUKAN
> > isteri tuan diketika gambar diambil. digital camera sony ini amatlah
> > clear dan jelas gambarnya jika foto diambil dari hadapan, ini
> > termasukkanlah ketika memanduu dengan client wanita atau sepupu
> > perempuan atau secretary sendiri atau bakal isteri kedua. perkara
> > sebegini akan membuatkan isteri menjadi lebih mengamuk dan merosakkan
> > sebarang plan. :)
> >
> > 6. bila disaman atau bila terima saman, maka sila bayar untuk
> > mengelakkan complication. jika dalam semenjak dua menjak tidak pernah
> > menerima saman atau surat saman ekor maka silalah singgah dimana mana
> > cawangan trafik dan semak saman masing masing. macam muhasabah diri
> > dengan komputer saman. saman boleh disemak dengan kad pengenalan DAN no
> > plat kereta seperti mana yang semua tahu.
> >
> > 7. jika ada saman ekor maka ianya berdasarkan kepada plat nombor dan
> > mengikut alamat lesen yang diberikan kepada JPJ. kita mungkn sudah
> > pindah randah dan tukar alamat di kad pengenalan tapi saman ekor akan
> > mengikut alamat lesen. jadi kemungkinan saman itu sudah dihantar
> > kealamat lama.
> >
> > 8. Ada banyak kali jugak saman ekor tidak langsung diposkan oleh PDRM
> > kerana sebab sebab yang kita sendiri tidak tahu. maka adalajh menjadi
> > tanggungjawab KITA sebagai pemandu dan rakyat malaysia  untuk menyemak
> > dan membayar. ingat di malaysia "you are guilty until proven innocent".
> > jadi untuk menjadi rakyat yang bertanggung jawab maka sila semak dan
> > bayar dan jangan banyak berhujah, kerana menghabiskan beras dan tenaga.
> >
> > 9. akhir kalam, jarak antara kamera radar dan pasukan polis yang
> > menahan dan memberi saman adalah paling minima 50km. ( lima puloh
> > kilometer) contoh mudah, jika tuan ditahan di sungkai atau bidor,maka
> > kamera radar itu terletak 50km dibelakang, selalunya di tanjung malim
> > atau pun rawang jika kearah utara dan kamera berada di simpang pulai
> > jika ke selatan. jadinya usahlah membakar bulb lampu tinggi masing
> > masing kerana pemandu yang tuan ingin beri warning itu sudah pun ditrap
> > selalunya 40 km dibelakang dan kemungkinan tuan sendiri pun sudah pun
> > diperangkap. "so smile u r on camera "  :)))
> >
> > semoga ada baiknya...
> >
> > chief
> >
> > p/s: chief amat mengalu alukan sebarang komen :)
> >

-- 
  [EMAIL PROTECTED]

-- 
http://fastmail.fm - You've just been FastMailed!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "chief" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to