Assalamu'alaikum wbt...
 
Terlebih dahulu, terimakasih kepada moderator dan Tahniah dan syabas kepada rakan-niaga IHB di seluruh Malaysia.
 
    Saya, En. Adnan Bin Mohamed Nor dari Institut Harapan, Banting ingin menjemput tuan/puan/encik/cik yang mempunyai kelengkapan komputer untuk menjalankan kursus kemahiran MLVK  dalam bidang teknologi maklumat. Dengan kemudahan tersebut, pihak tuan/puan semua dapatlah menggunakan ruang-niaga yang ada bagi menjanakan pendapatan dari perniagaan tersebut. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai kumpulan kami yang berpusat di Banting, kami mengalukannya demi melahirkan lebih ramai usahawan melayu di seluruh Malaysia.  Apa yang ingin kami maklumkan adalah perkongsian keuntungan adalah 30% - 70% di mana pihak tuan/puan bakal menikmati keuntungan 70% dan kami 30% dimana urusan perlesenan, permohonan pinjaman pelatih serta nota-nota serta kertas-kerja akan dibantu oleh pihak kami . Pengendalian pusat latihan tersebut akan menggunakan lesen tauliah MLVK melalui pusat latihan kami. Keperluan minima pusat latihan sebagai cawangan adalah seperti berikut:-
 
    1. Mempunyai kelengkapan komputer ( Min. 10 buah )
    2. Software - MS Office 2000
    3. Mempunyai tenaga pekerja terlatih - Tenaga pengajar
    4. Pengendalian pusat latihan - pengurusan sendiri
    5. Bilangan min. pelatih adalah 20 orang setiap pengambilan. 
 
Sekiranya pihak tuan/puan berminat, bolehlah menghubungi pihak saya di 012-6134728 / email di atas dengan segera. Bayaran awal sebagai cawangan hanya RM500.00 / MOU hendaklah ditandatangi di Banting. Terbuka kepada semua pemilik kedai komputer, pusat latihan, pusat tusyen, cybercafe dll yang ingin  membuka satu cabang perniagaan yang hangat sekarang ini secara usahasama dengan pihak Institut Harapan, Banting ( IPTS ) dan mempunyai lesen JPS No 927. Insya Allah, dengan purata 20 pelatih setiap pengambilan, pihak tuan/puan bakal memberikan pendapatan tambahan  kepada perniagaan yang dijalankan sekarang tanpa perlu membuka premis yang baru > RM150,000.00 ( 6 bulan pertama ). Insya Allah. Bertindaklah hari ini untuk memulakan satu perniagaan yang berteraskan penyediaan latihan kemahiran MLVK yang disokong sepenuhnya oleh kementerian sumber manusia. Pada masa akan datang, sijil kemahiran akan menjadi salah satu kriteria yang mesti dimiliki oleh setiap pekerja sekurang-kurangnya Tahap 2. Pada masa tersebut, kita akan dapati ramai orang kita akan tercicir untuk mendapatkan kerja /  tempat di IPTA/IKBN/Politeknik dan sebagainya. Jangan biarkan  orang kita ketinggalan di masa depan.  Bukalah pusat latihan kemahiran MLVK yang berhampiran dengan kediaman mereka. Peluang pemasaran adalah sungguh luas iaitu 15 - 50 tahun dan boleh bertutur & menulis BM shj. Malah, budak lepasan darjah 6 juga boleh menjadi tenaga kerja mahir. Kursus MLVK terbuka kepada sesiapa sahaja dan Pinjaman adalah 100% disediakan ( Dijamin mendapat kelulusan penuh dari  Tabung Pembangunan Kemahiran ). Jangan biarkan anak-anak kita ketinggalan dari mendapat kemahiran dari peringkat remaja lagi sedangkan keperluan kemahiran adalah sentiasa meningkat dari masa ke semasa mengikut keperluan sesuatu teknologi itu sendiri.
 
Bakal Pelabur dialukan untuk  berhubung dengan pengurus kami Ust. Hamdan ( 019-3681900 ). Keuntungan adalah dijamin dan cukup memuaskan dan untuk jangkamasa panjang  ( 2 - 3  tahun ). Bukannya bulanan.  Insya Allah,  pelaburan tuan/puan bakal mewujudkan rangkaian usahawan yang besar dan membantu perkembangan perniagaan usahasama ini dengan lebih cepat lagi. 
 
 
wassalam.
En. Adnan B Mohamed Nor
Eksekutif Pembangunan Perniagaan
Institut Harapan Banting ( JPS No.927) ( MLVK L00704 )
Tel: 03-31879871
H/P:012-6134728
Pengurus: Ust Hamdan
 
Satu lagi program pewujudan usahawan melayu dalam bidang latihan IT
Makluman: 5 Cawangan baru kami dibuka sehingga 6hb Mei 2002, 10 lagi dalam proses rundingan terakhir

Kirim email ke