Sila lihat perenggan akhir dalam ruangan yang keluar dalam Berita Harian bertarikh 3-Mei-2002,
Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengatakan bahawa cadangan kerajaan Terengganu mengharamkan pemakaian baju mandi BERTENTANGAN dengan perlembagaan negara malah bertentangan dengan NILAI ISLAM???
 
 

Pelancong tukar destinasi kerana kod berpakaian


KUALA LUMPUR, Khamis: Cadangan kerajaan Terengganu mewujudkan kod etika berpakaian kepada pelancongan asing termasuk mengharamkan pemakaian baju mandi menyebabkan kerajaan kerugian berjuta ringgit apabila pelancong asing membatalkan tempahan untuk melancong ke negara ini.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, cadangan itu menyebabkan pelancong asing curiga berkunjung ke negara ini.

Katanya, pelancong asing bukan saja membatalkan percutian di Terengganu malah destinasi lain seperti Langkawi, Sabah dan Sarawak.

“Kebanyakan pelancong menganggap larangan itu membabitkan semua destinasi di negara ini sedangkan cadangan itu membabitkan Terengganu saja.

“Cadangan kerajaan Terengganu itu dipetik dengan meluas oleh agensi berita asing di luar negara dan ia seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak sesuai untuk dikunjungi sama seperti yang berlaku ke atas Pulau Sipadan pada tahun 2000,” katanya selepas melancarkan Logo Karnival Kebudayaan dan kesenian Rakyat anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Bumiputera di Hotel Pan Pacific, hari ini.

Bulan lalu, Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Terengganu, Wan Hassan Mohd Ramli dilaporkan berkata, kerajaan Kerajaan Pas Terengganu bercadang menyediakan risalah mengenai tatacara berpakai-an ketika berkunjung ke negeri itu.



Abdul Kadir berkata, kebanyakan agensi pelancongan asing terpaksa membatalkan tempahan dan mencadangkan pelancong bercuti ke destinasi lain seperti Bangkok, Haadyai dan Bali berikutan cadangan itu.

Katanya, tindakan agensi pelancongan itu kerana mereka tidak mahu menanggung risiko disaman oleh pelanggan apabila pelancong tidak boleh berpakaian mandi seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Terengganu itu.

Beliau berkata, cadangan Kerajaan Terengganu itu memberi gambaran yang tidak baik mengenai Malaysia sehingga menyebabkan pelancong mula beralih ke destinasi lain termasuk Singapura.

“Sektor pelancongan baru saja pulih kesan daripada peristiwa 11 September tetapi kini tercemar berikutan cadangan yang menakutkan pelancong itu,” katanya.

Beliau berkata, Terengganu tidak sepatutnya melaksana dasar yang menyekat kebebasan dan hak asasi orang bukan Islam.

Katanya, cadangan itu bukan saja bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang membenarkan rakyat bebas mengamalkan agama, budaya dan cara hidup masing-masing malah bertentangan dengan nilai Islam.

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke