*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Salah saman ni bukan perkara baru. Aku pun dulu kena jugak. Nombor kereta, orang lain punya, yang tak pernah aku kenal, tapi IC nombor aku.
Bila talipun nak settle, diarahkan aku kesana sini. Dia orang ingat dia orang tu hapa? Akhirnya lepas talipun sana sini, aku minta nak cakap dengan bos dia orang kat satu balai. Akhirnya dia orang setuju drop the case. Inilah rupanya polis antara yg terbaik didunia (kata orang). Tapi yang menyaman@menyamun bukan sikit. Ada kawan aku cakap, kat taman melati di KL tu ada polis yg asyik dok kutip duit warga indon dan bangla dah berkurun. Semalam pun aku nampak sorang polis tahan 2 orang (macam indo) kat tempat gelap. Sekarang acara menyaman@menyamun dibuat secara besar-besaran. Dapat backing menteri pulak. Satu petanda, negara dah pokai. Cerita polis zalim ni tak habis2 nampaknya. Kenapa pdrm tak perbetulkan dulu sistem mereka tu, asyik dok blame "kesalahan teknikal" aje yang zalim lagi menzalimi. Ataupun ubah aje slogan polis tu. --------------- Setempat: Edisi KL: Silap saman salah teknikal Oleh Zalifah Mohd Yatim KUALA LUMPUR: Masalah teknikal mungkin menyebabkan seorang pesara yang tidak mempunyai lesen kereta menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan saman, baru-baru ini. Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizan Mohd Aras, berkata pihaknya berharap pesara berkenaan tampil ke Bukit Aman supaya tindakan lanjut dapat diambil dengan segera. “Dia boleh datang ke Bukit Aman untuk menyelesaikan masalah berkenaan atau berjumpa terus dengan saya supaya tindakan dan siasatan lanjut dapat dilakukan dengan segera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Beliau mengulas kejadian seorang pesara yang tidak mempunyai lesen kereta, tetapi menerima saman sebuah teksi bandar ketika membuat semakan saman trafik di balai polis Petaling Jaya di sini, baru-baru ini. Mohd Razali Abdullah, 44, mendakwa dia mempunyai saman yang tidak pernah dilakukannya di Jalan CTA 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertarikh 21 November 2001. Dalam kesalahan itu, Razali disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 Peraturan Seksyen 079(2)E yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM300. Dia pelik bagaimana nombor pendaftaran kenderaan yang tertera pada surat saman itu milik sebuah teksi bandar, sedangkan nombor pendaftaran WHB2715 adalah nombor pendaftaran motosikal Modenas Kris. Pesara berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai teksi, malah tidak mempunyai lesen memandu kereta. Dia cuba mendapatkan penjelasan di balai polis Petaling Jaya, tetapi diarah mengemukakan surat dan menyelesaikan sendiri masalah itu di balai polis Sepang. Razali berkata, dia tidak pernah bermotosikal ke Sepang, apatah lagi ke KLIA. “Saya menghargai peranan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang, tetapi apabila berlaku kesilapan seperti ini mana-mana balai polis yang dikunjungi patut membantu pengguna,” katanya. Sebelum itu, seorang peniaga, Gary Chong, 40, yang sudah menjelaskan saman trafik tahun lalu menerima perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)menyatakan dia belum membayar saman itu. Menurutnya, saman letak kereta bernilai RM30 pada 11 Disember 2000 sudah dijelaskan pada 11 Disember 2001 di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields(IPPDB). -- _______________________________________________ Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com http://www.mail.com/?sr=signup ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>