*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inikah undang-undang Negara Islam Malaysia Al-Boleh ?
Orang yang membeli 4 nombor ekor ini ditangkap dan didakwa bersalah kerana berjudi.
TETAPI mengapa tidak ditangkap dan didakwa si tauke besar Pengerusi Magnum 4 nombor 
ekor iaitu Tan Sri Khir Johari ?
Adakah Tan Sri Khir Johari tidak didakwa kerana dia bukan Islam lagi atau kerana dia 
mencurahkan banyak wang kepada UMNO Baru ?
Bagaimana dengan Pengerusi Judi Genting Berhad dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri 
Hanif Omar yang mengatakan dia tidak pernah jumpa ayat Quran yang menghukum bahawa 
judi adalah haram ?
Hukuman hanya kepada ikan bilis ?

********************************************************************************************************************************************

http://www.emedia.com.my/z/Current_News/HM/Wednesday/Business/20020515093901
Mengaku salah beli nombor ekor 

KUALA LUMPUR: Saya mohon tarikh baru Yang Arif, kata seorang lelaki ketika merayu 
diringankan hukuman kerana didakwa berjudi oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah 
Persekutuan, di sini, semalam. 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh, Agus Said Ibrahim, 38, ditahan di premis judi Magnum 
di Jalan Chemor, Off Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu dan 
dibebaskan dengan ikat jamin.

Tertuduh sedang membeli nombor ekor apabila sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan 
Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengadakan pemeriksaan di premis itu.

Selepas pertuduhan dan fakta kes dibacakan, tertuduh mengaku bersalah dan faham akibat 
pengakuan itu walaupun pada mulanya, tertuduh mengambil masa untuk memberi pengakuan.

Kes itu dikendalikan Hakim Syarie, Yusuf Musa.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie, Maizurah Shamsuddin.

Agus didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Jenayah Syariah 
Wilayah-wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 
RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran 
kepada tertuduh.




Is your boss reading your email? ....Probably
Keep your messages private by using Lycos Mail.
Sign up today at http://mail.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke