*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ MENENTANG KEZALIMAN : Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun (Program kebajikan & pilihan raya)
Inggeris terus menjajah..... http://webrtv.pemudapas.net/tk/b05/tlayu1.htm Isu Bahasa Inggeris timbul lagi. Kali ini PM sekali lagi cuba menunjukkan kejaguhannya dengan mencadangkan agar matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Hampir tak percaya PM yang selama ini selalu berfikiran terkehadapan kali ini bercakap seperti tidak berfikir. Tak ubah seperti anak-anak buahnya, berkokok walaupuan tidak tahu apa yang dikokokkan. Cadangan PM tu memang tak salah kalau disekolah-sekolah kita tidak diajarkan matapelajaran Bahasa Inggeris. Tidak salah jika disekolah tidak ada guru terlatih yang mampu mengajar Bahasa Inggeris. Tapi bukankah disekolah kita telah peruntukkan waktu untuk mengajar Bahasa Inggeris? Bukankah kita telah menghabiskan wang rakyat berjuta ringgit melatih pengajar-pengajar Bahasa Inggeris ada yang belajar sehingga ke luar negara? Kalau PM kita masih dapat menggunakan akalnya seperti dahulu beliau tentu sedar, yang perlu diubah bukannya matapelajaran Matematik, Sains atau lainnya tetapi adalah kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Cuba kita renungkan, berapa lama Bahasa Inggeris diajarkan. Dari Darjah Satu hingga ke Tingkatan Lima; sebelas tahun. Sebelas tahun bukannya satu jangkawaktu yang singkat, satu jangkawaktu yang cukup untuk pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Tidak cukup dengan disekolah, di Universiti pun Bahasa Inggeris terus diajar sehinggakan matapelajaran lain yang lebih penting yang sepatutnya diajar terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada matapelajaran Bahasa Inggeris. Apakah jangkamasa sedemikian tidak mencukupi untuk anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris? Tidakkah cukup dahulu Inggeris menjajah Tanah Melayu sehingga kita sanggup pula membiarkan bahasa mereka menjajah ruang ilmu kita dari sekolah hingga ke Universiti? Sebenarnya kaedah pengajaran Bahasa Inggeris disekolah kita yang perlu dikaji semula. Kurikulum Bahasa Inggeris kita yang perlu dirombak semula. Pakar-pakar dalam bidang bahasa ini perlu duduk bersama-sama mengubal kurikulum yang dapat membantu pelajar mengusai Bahasa Inggeris dengan baik. Pada pandangan penulis (mungkin pandangan penulis salah), mengajar bahasa tidak sama seperti mengajar Matematik ataupun Sains. Kita lihat bagaimana kita mengajar anak-anak kita menguasai bahasa Melayu. Kita tidak bermula dengan mengajar menulis pekataan-perkataan atau nahu bahasa kita tapi kita mula dengan bercakap. Hari-hari kita bercakap dengan mereka, kita betulkan kalau salah, kita tambah dengan perbendaharaan-perbendaharaan baru dan kita galakkan mereka bercakap walaupun nahunya salah atau bunyinya tak betul; pelat mahupun sengau. Begitu juga Bahasa Inggeris, penulis rasa kita kena mula ajar dengan bercakap. Penulis rasa pada peringkat sekolah rendah penekanan mestilah diberikan lebih kepada percakapan. Bila mereka masuk ke alam sekolah menengah barulah kita tumpukan kepada memperbaiki nahu, karangan dsb. Nilai lah mereka diperingkat PMR dan SPM tidak di peringkat UPSR. Matlamat kita perlulah jelas. Kita hanya hendakkan rakyat kita boleh Berbahasa Inggeris bukannya menjadi pakar Bahasa Inggeris sebab tidak semua orang Melayu pakar berbahasa Melayu. Wallahu’alam. tidak_layu. ______________________ Terbitan : 15 Mei 2002 Ke atas Home Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net Email : [EMAIL PROTECTED] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>