*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kisah selak kain dalam Puteri Umno
> Thursday, May 16
>
> Ini kisah selak-selak kain yang berlaku dalam Puteri Umno sekarang.
> Menarik cerita ini sebagaimana yang disiarkan oleh Agendadaily.com -
> Pengarang.
>
> AKU difahamkan pagi itu bahawa malam tu akan ada perjumpaan tertutup
> antara Azalina Othman Said dan calon-calon 6 penjahanam.
> Wow..eksklusif! Aku tak sabar-sabar nak tahu apa yang terjadi. Maka
> alkisahnya tepat pukul 8.00 malam, sampailah dua pencalonan itu iaitu
> Rohaya Attan dan pelakun kontroversi Malaysia Erma Fatima.
>
> Sampai jam 8.30, mesyuarat dimulakan kerana seorang lagi yang
> dipanggil tak datang jugak, mungkin laki dia dah warning dia jangan
> campur hal-hal ni lagi nanti habis kain laki dia juga disingkap. Dia
> pun takut dan menggelabah, terus tutup talipon dan tak datang.
>
> Dua penjahanam ini pun masuklah kedalam bilik mesyuarat Puteri
> diikuti oleh beberapa orang yang hendak m enyoal mereka ini. Katanya,
> dah macam mahkamah pulak.
>
> Lalu inilah butir-butir soal jawab antara mereka di dalam bilik
> mesyuarat itu yang aku ketahui dari sumber-sumber yang boleh aku
> percayai.
>
> Rohaya Atan: Saya nak tahu ni sebelum saya masuk dalam bilik ni.
> Azalina ada atau tidak?
>
> Ros: Sabar dulu Cik Rohaya, kita bincang dulu.
>
> Rohaya Atan: Saya tak mahu berbincang dengan awak semua! saya dapat
> SMS dari Azalina mengatakan yang dia yang nak jumpa saya bukan awak
> semua.
>
> Semua masuk ambil tempat duduk dan pintu pun ditutup maka bertanyalah
> mereka pada si Rohaya Atan dan Erma Fatima ni.
>
> Ros: Apa yang sebenarnya tak puas dihati Cik Rohaya yang menyebabkan
> berlakunya perselisihan faham ini dan konspirasi menjatuhkan Azalina?
>
> Rohaya Atan: ( sambil bermain SMS, tanpa memandang kemuka mereka) No
> komen! Saya hanya akan jawab pada Azalina, Pak Lah atau PM sahaja.
>
> Roy: Azalina sepatutnya ada pada malam ini tetapi kerana dia ada hal
> yang tak dapat dielakkan maka dia menyuruh saya teruskan mesyuarat
> ini mungkin selepas dia selesai kerja, dia akan datang dan jumpa Cik
> rohaya dan Erma. Buat sementara ni saya minta kalau Cik Rohaya boleh
> bagi kerjasama dengan kami.
>
> Rohaya Atan: Saya ada appoitment lain, excuse me! Saya nak minta diri
> dulu.
>
> Rohaya dengan muka yang merah padam terus bangun dan menuju kearah
> pintu tetapi salah seorang dari ahli Puteri sempat bangun dan berdiri
> menghalang dia keluar.
>
> Ros: Nanti dulu Rohaya! Tolonglah bagi saya 5 minit aja lagi lepas tu
> you baliklah.
>
> Rohaya duduk semula.
>
> Ros: Boleh tak kalau ada apa-apa yang you tak suka tentang Azalina
> atau kalau ada bukti apa yang you tuduh Azalina itu dibawa kepada
> kami dan kami akan membuat appoitment untuk you dan kawan-kawan you
> jumpa Pak Lah atau PM kalau you nak malahan Azalina bersedia letak
> jawatan kalau you boleh tunjukkan bukti-bukti tu. Boleh tak you bagi
> tahu kami samaada you ada bukti ke atas tuduhan-tuduhan you pada
> Azalina?
>
> Rohaya Atan: No komen!
>
> Ros: Erma? Apa masaalah you dengan Azalina? apa yang you tak puas
> hati dengan dia?
>
> Erma: Saya tak puas hati kerana dia tuduh saya makan duit Puteri! Apa
> buktinya? Kalau you ada bukti, hukumlah saya, Bawaklah isu ni
> ketengah. Apasalah cakap belakang aja?
>
> Rohaya Atan terus bangun dan meluru kearah pintu.
>
> Rohaya Atan: Dah 5 minit. Saya nak balik ! Tolong beralih dari pintu
> ni Cik shila.
>
> Shila masih berdiri dipintu.
>
> Duri: Okey! Dulu you kutuk-kutuk Erma, kata dia jumpa bomoh di
> Jakarta, dia bagi makan nasi kangkang pada suami dia tapi kenapa
> sekarang you berbaik dengan dia pulak? Jawablah.
>
> Rohaya Atan: ( Tak peduli lansung dengan soalan itu ) Aku nak balik!
> Jangan sampai aku berkasar dengan kau Shila! Tepi! selama ni aku
> anggap kau sebagai kawan tapi kau buat aku macam-macam!
>
> Shila: Apa pulak yang aku buat kat kau? Kau yang buat Aza!
>
> Rohaya Atan terus menolak Shila ketepi dan meluru keluar meninggalkan
> mereka ini terlopong. Hah...si Erma pulak katanya pucat lesi. nak
> ikut tak boleh sebab dia duduk diapit oleh 2 orang jadi dia tak ada
> peluang nak keluar. Ha..ha...padan muka! Maka marilah kita dengar
> pulak jawapan dari calon penjahanam sorang ni. Malam tu katanya Erma
> Fatima macam Perempuan melayu terakhir lagaknya. Pijak semut tak
> mati...tapi mereka kat dalam tu semua tak mahu tertipu dengan
> lakunannya.
>
> Ros: Kenapa you all buat Azalina macam tu?
>
> Erma: Buat apa? Apa yang saya buat?
>
> Ros: Bukan ke you berkonspirasi dengan mereka untuk burukkan Azalina?
>
> Erma: Buktinya? You minta mereka kasi bukti tentang Azalina, boleh i
> pulak nak minta bukti yang i konspirasi dengan mereka untuk jatuhkan
> Azalina?
>
> Ros: Adalah...orang kata you yang pergi Perdanasari.
>
> Erma: Saya ada banyak kerja lain yang saya nak buat. Perdana sari tu
> pun saya tak tahu kat mana. Khalid Jefri muka macam apa pun saya tak
> pernah ambik tahu. Saya cuma tahu dia tulis buku dalil Anwar ibrahim.
> Macamana pulak saya yang dituduh ni.
>
> Ros: Kalau tak ada angin takan pokok bergoyang!
>
> Erma: Zaman sekarang banyak sangat tangan yang nak menggoyangkannya!
> Tak payah nak tunggu angin. jadi you dah kenal pasti ke tangan mana
> yang goyang? Jangan main dengar cakap orang aja!
>
> Duri: You tahu kan yang Rohaya kutuk you dulu supaya Azalina benci
> you?
>
> Erma: I dah tahu lama dulu cuma I tak mahu jadi bodoh untuk bertanya
> pasal semua itu kerana bagi I, itu adalah perkara remeh. Biarlah
> kalau siapa pun nak kutuk i asalkan orang tu bahagia. tak luak
> malahan dapat pahala lagi.
>
> Duri: Apasal you mesti baik dengan dia orang kalau you tahu dia orang
> ni dari dulu dah tak suka dan mengutuk you!
>
> Erma: I need them!
>
> Duri: Tapi dia orang menggunakan you untuk jatuhkan Azalina.
>
> Erma: Apa yang besar sangat I ni untuk dia gunakan I. Kalau dia
> gunakan I tak apalah, I pun gunakan dia.
>
> Duri: Mereka gunakan you untuk memburukkan nama you.
>
> Erma: Alhamdulillah! I gunakan mereka untuk Azalina!
>
> Duri: Maksud you?
>
> Erma: Carilah sendiri maksudnya! Yang pasti kita gunakan antara satu
> sama lain. Tak guna kita cakap pun, buat penat aja. Apa pun you tanya
> I, kalau I cakap ye...I salah. I cakap tak...you all tak percaya.
> Macam ni ajalah! insyaallah dalam masa terdekat ni aja you all akan
> tahu duduk perkara sebenarnya.
>
> Ros: Kenapa mereka sanggup jatuhkan Azalina sampai macam tu sekali?
>
> Erma: Sebab mereka marah! Marah diperlekehkan, marah dianiaya, marah
> dimalukan, marah diaibkan. Faham?
>
> Ros: Bukan ke Azalina yang sepatutnya merasa semua itu? Dia yang
> diperlakukan seperti itu.
>
> Erma: Itulah masaalahnya bila kita tak faham politik! Kita mula
> berperangai macam budak-budak. Kau cubit aku sekali, aku cubit kau
> dua kali. Cubit-cubit ni tak akan habis. Cuba kita tolak tepi dulu
> soal politik. kita cerita tentang kemanusiaan. Apa you rasa andainya
> you dimalukan? Di fitnah dan dikeji? Tentu api kemarahan dan dendam
> itu akan meluapluap kan?
>
> Ros: Ohhh...jadi you kata semua ni kerana dendam?
>
> Erma: Ye...mungkin...Mastina marah kerana dia dipecat tanpa sebab,
> nama dia diburukkan melalui surat layang yang dihatar keseluruh
> bahagian, orang UMNO dan MT. Manakala Rohaya Atan dan Cat marah
> kerana mereka diperlekehkan di forum perdana anjuran Puteri. Mereka
> tak dibenarkan masuk.
>
> Ros: Itu adalah sebab dia tak pakai pas!
>
> Erma : Tak pakai pas? Tak kan exco sendiri you all tak kenal? Exco
> tak pakai pas tak boleh masuklah ye?
>
> Orkid: Program nak datang ye? Meeting lansung tak peduli! Exco apa
> tu? Kenapa you tak tanya dia orang semua tu?
>
> Erma: Apasal i pulak yang kena tanya? Masaalah dia orang dengan
> azalina tak ada kena mengena dengan saya. masaalah saya...masaalah
> saya.
>
> Orkid: Sebelum ni I ada call you tanyakan tentang Mas ayu tetapi
> kenapa you pertikaikan campurtangan dari dia sedangkan terang-terang
> sekarang ni dia turut serta dalam konspirasi ini.
>
> Erma: Masa you call memanglah I confident sebab dia tak pernah jumpa
> mereka dan itulah yang dia katakan pada i.
>
> Orkid: Baru-baru ni banyak kali dia jumpa dia orang kan?
>
> Erma: mana saya tahu, bukannya saya ikut bontot Mas ayu tu 24 jam.
> Saya pun ada kerja lain nak buat. Malaslah nak fikir masaalah bodoh
> ni. Penat tau! Penat! Boleh i balik sekarang?
>
> Shila: Belum! kami belum habis tanya. Ada juga cerita yang i dengar
> baru-baru ni you pergi Bacaria minta coverpage bacaria supaya sambung
> cerita Azalina memandangkan perdana sari dah tutup. betul ke?
>
> Erma: Syaitan mana pulak yang buat dosa ni?
> Astagfirullahulazim...saya ada kerja kat sana tentang promosi filem
> saya yang nak keluar tak lama lagi. Macam nilah, apa kata kalau you
> kasi tahu i siapa yang cakap semua tu.
>
> Shila: Mana boleh cakap...orang tu kata you siap bersumpah depan
> artis-artis tu yang you mengesahkan Azalina tu lesbian?
>
> Erma: Bawaklah artis tu jumpa i, senang sikit kita bercakap. buat apa
> sampai menyampai ni. tak ada kelas lansung.
>
> Shila: You berani ke jumpa Bacaria dengan kami?
>
> Erma: Kenapa tak kita call dulu? Kalau nak jumpa Bacaria maknanya
> esok dan kalau esok mungkin nanti you tuduh i dah pakat apa nak suruh
> orang tu cakap pada you. Macam ni ajalah, cuba you call orang
> suratkhabar tu sekarang dan tanya terus. Jangan lupa tanya kenapa I
> minta cover Bacaria itu.
>
> Shila: Ok!
>
> Maka si pelakun terbaik tu pun terus talipon entah siapa, tanpa
> banyak cakap dia terus serahkan talipon itu pada Shila.
>
> Shila: I nak tanya betul ke Erma ada pergi jumpa you?
>
> Editor: Betul ! kenapa? Siapa pulak you ni yang tanya I macam I buat
> salah aja.
>
> Maka bersoal jawablah si shila tu dengan seorang editor itu tentang
> tujuan utama Erma kesana. Akhirnya keputusan mahkamah mengatakan
> bahawa Erma difitnah sekali lagi oleh mereka-mereka yang tidak
> berperikemanusian itu.
>
> Erma: Puas hati kan? Saya tak faham kenapa ada lagi manusia yang
> macam syaitan tu yang fitnah saya. Ingatkan dah tinggalkan Puteri
> saya terselamat rupanya bertambah teruk. Macam nilah, apa pun perkara
> ni tak akan selesai malam ni. I cadangkan sebelum you all menuduh
> sesiapa carilah dulu bukti-buktinya kerana kalau you tak suka Azalina
> difitnah, begitu jugak saya tidak suka difitnah. Kalau tak ada apa-
> apa, saya nak balik.
>
> Ros: Bila kita nak pergi perdana sari pulak?
>
> Erma: Bila you all bersedia, anytime kita boleh pergi.
>
> Ros: Kenapa mereka tuduh Azalina hantar orang ikut mereka dan ugut
> mereka?
>
> Erma: Manalah I tahu kenapa! Tetapi yang saya tahu dari mereka memang
> mereka sentiasa di ikut oleh orang yang tidak dikenali malahan mereka
> mendapat ugutan-ugutan ditalipon. Saya tak pasti samaada mereka tuduh
> you all ke tidak. Ada satu hal lagi yang saya nak cakap disini untuk
> pengetahuan you. Apa pun yang berlaku samaada instruction dari
> Azalina atau tidak maka perbuatan itu akan meninggalkan kesan buruk
> pada Azalina sendiri. Mereka mungkin anggap Azalina yang buat semua
> itu walaupun Azalina buat atau tidak.
>
> Shila: Azalina ada 40,000 ahli Puteri dan 800 ahli BTS yang sayang
> kan dia. Mana mungkin Azalina mampu mengawal mereka. Kalau mereka
> buat pun mungkin sebab mereka hendak membela Azalina yang
> dirasakannya teraniaya.
>
> Erma: Ialah...tetapi apa pun Azalina yang akan kena taik itu makanya
> hentikan saja game singkap menyingkap kain ni. Ianya sangat-sangat
> memalukan. Cukuplah!
>
> Daun: Siapa yang mulakan dulu?
>
> Erma: Mana saya tahu!
>
> Daun: Mastina ada menyuruh seorang sahabatnya menulis didalam
> internet mengutuk Azalina dan saya boleh sebutkan nama penuh kawannya
> itu, dari komputer mana dia hantar dan nama isterinya siapa. Saya
> mahir dalam bidang komputer jadi saya boleh selidik sampai ketahap
> yang you sendiri tak akan percaya. Orang itu adalah kawan mastina
> yang sehingga sekarang ni mereka kehulu hilir bersama-sama. Maaf saya
> kata bahawa artikel itu ditaip didalam PWTC ni juga. Kalau Mastina
> nak tahu suruh dia hubungi saya. Saya boleh sebutkan nama penuh orang
> itu dan dari tingkat berapa tulisan itu ditaip.
>
> Erma: Maaf! yang itu saya tak tahu!
>
> Ros: Mereka yang marah kan sangat Azalina ini ada bukti ke?
>
> Erma: Saya tak tahu!
>
> Ros: Boleh tak you kasi tahu kawan-kawan you tu, kalau mereka nak
> Azalina letak jawatan, dia akan lakukan itu sekiranya semua tuduhan-
> tuduhan itu ada bukti dan Azalina minta bukti itu dibentangkan
> didepannya kemudian dia akan bawa you semua berjumpa dengan p.Lah
> atau PM bersama bukti itu. Azalina cabar you all tampil dengan bukti.
> Kalau nak gaduh biarlah dengan cara terhormat. Jangan main bangsat
> macam ni. Nak jadi melayu, jadilah melayu yang bermaruah!
>
> Erma: Kenapa tak you sendiri yang hubungi mereka dan sampaikan
> message tu.
>
> Ros: Bukan ke you selalu jumpa dengan kawan-kawan you tu?
>
> Erma: Selalu tak selalu jugaklah. Bila ada perlu...bila ada perkara
> yang nak dibincangkan. Berjumpa bukan beerti berkonspirasi. Jangan
> menuduh kalau tak ada bukti!
>
> Ros: Baru-baru ni you jumpa mereka di Coffee Bean kan?
>
> Erma: Ye...sebab Rohaya Atan ajak saya buat teater.
>
> Ros: Teater apa pulak? Teater yang tajuknya konspirasi ke?
>
> Erma: Tak! Tajuknya 6 jahanam...ha...ha.....sebab tu kami semua jumpa
> kerana kami kan dituduh maka kamilah yang akan berlakun menjadi 6
> jahanam yang you all katakan itu.
>
> Ros: Cakaplah betul-betul...susah cakap dengan you nilah erma, banyak
> sangat berbunga-bunga.
>
> Erma: Masa kita bincang tu, ada jugak kita terfikir untuk ambik
> Azalina berlakun. Rasa-rasanya dia setuju ke dengan tawaran kami tu
> nanti?
>
> Shila: You jangan main-main Erma!
>
> Erma: Sekarang ni manusia dah susah nak bezakan antara main-main dan
> betul-betul kan? Terserahlah! Tapi memang kami bincang pasal teater
> baru yang kami nak buat berjudul 6 jahanam. Tittle yang you all bagi
> kat kita orang menarik sungguh sehingga membuka hati kami untuk
> menerbitkan sebuah pementasan.
>
> Shila: Maknanya betullah you berkonspirasi dengan mereka untuk
> jatuhkan Azalina. Tak dapat melalui Perdanasari, you gunakan pulak
> medium teater.
>
> Erma: Alhamdulillah! I minta diri dulu ye...Apa pun you all nak buat.
> Suka i ingatkan bahawa dalam masa terdekat ini tuhan akan tunjukan
> semuanya. Kita tengok nanti siapakah yang penjahanam.
> Assalamualaikum!
>
> Maka mereka pun bersalaman dan baliklah si pelakun hebat itu. Kata
> kawan-kawan aku puas dia menonton lakunan Erma Fatima depan-depan
> macam tu. TETAPI dalam pada itu hebat lagi lakunan Rohaya Atan yang
> kononnya tegaslah pendirian dia tu. Macam besar sangat pangkat dia
> sampai hanya Azalina, PakLah dan PM saja yang boleh soal siasat dia.
> Meluat aku! Walaupun lakunan tetapi kesopanan Erma aku puji.
>
> Apa pun mereka berdua sanggup juga datang berjumpa Azalina
> dibandingkan dengan penjahanam yang lain. Berani kerana benar kan?
> Tapi keberanian belum tentu kebenaran. Aku teringin jugak nak tengok
> penjahanam-penjahanam yang lain itu tampil membawa bukti tentang
> Azalina.
>
> Kalau mereka sudah mampu menjaja nama Azalina kesana kemari, aku
> pasti mereka juga berani menjatuhkan Azalina dengan bukti. Kalau
> setakat macam anjing menyalak bukit lupakan ajalah. Belum lagi
> dicabar benda besar, suruh datang bersemuka pun dah takut. Okeylah
> ye...aku dah penat.
>
>
>
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
> Take the Yahoo! Groups survey for a chance to win $1,000.
> Your opinion is very important to us!
> http://us.click.yahoo.com/NOFBfD/uAJEAA/Ey.GAA/TcOolB/TM
> ---------------------------------------------------------------------~->
>
> Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
> Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
> Digest message: [EMAIL PROTECTED]
> HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
> PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
>
> HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising
from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to
ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability,
civil or criminal.
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
>
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jamal" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to