*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



>From: "Jamal" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Kisah selak kain dalam Puteri Umno
>Date: Fri, 17 May 2002 11:40:50 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Kisah selak kain dalam Puteri Umno
> > Thursday, May 16
> >
> > Ini kisah selak-selak kain yang berlaku dalam Puteri Umno sekarang.
> > Menarik cerita ini sebagaimana yang disiarkan oleh Agendadaily.com -
> > Pengarang.
> >
> > AKU difahamkan pagi itu bahawa malam tu akan ada perjumpaan tertutup
> > antara Azalina Othman Said dan calon-calon 6 penjahanam.
> > Wow..eksklusif! Aku tak sabar-sabar nak tahu apa yang terjadi. Maka
> > alkisahnya tepat pukul 8.00 malam, sampailah dua pencalonan itu iaitu
> > Rohaya Attan(pengarah teater) dan pelakun/pengarah ternama Malaysia Erma Fatima.
> >
> > Sampai jam 8.30, mesyuarat dimulakan kerana seorang lagi yang
> > dipanggil tak datang jugak, mungkin laki dia dah warning dia jangan
> > campur hal-hal ni lagi nanti habis kain laki dia juga disingkap. Dia
> > pun takut dan menggelabah, terus tutup talipon dan tak datang.
> >
> > Dua penjahanam ini pun masuklah kedalam bilik mesyuarat Puteri
> > diikuti oleh beberapa orang yang hendak m enyoal mereka ini. Katanya,
> > dah macam mahkamah pulak.
> >
> > Lalu inilah butir-butir soal jawab antara mereka di dalam bilik
> > mesyuarat itu yang aku ketahui dari sumber-sumber yang boleh aku
> > percayai.
> >
> > Rohaya Atan: Saya nak tahu ni sebelum saya masuk dalam bilik ni.
> > Azalina ada atau tidak?
> >
> > Ros: Sabar dulu Cik Rohaya, kita bincang dulu.
> >
> > Rohaya Atan: Saya tak mahu berbincang dengan awak semua! saya dapat
> > SMS dari Azalina mengatakan yang dia yang nak jumpa saya bukan awak
> > semua.
> >
> > Semua masuk ambil tempat duduk dan pintu pun ditutup maka bertanyalah
> > mereka pada si Rohaya Atan dan Erma Fatima ni.
> >
> > Ros: Apa yang sebenarnya tak puas dihati Cik Rohaya yang menyebabkan
> > berlakunya perselisihan faham ini dan konspirasi menjatuhkan Azalina?
> >
> > Rohaya Atan: ( sambil bermain SMS, tanpa memandang kemuka mereka) No
> > komen! Saya hanya akan jawab pada Azalina, Pak Lah atau PM sahaja.
> >
> > Roy: Azalina sepatutnya ada pada malam ini tetapi kerana dia ada hal
> > yang tak dapat dielakkan maka dia menyuruh saya teruskan mesyuarat
> > ini mungkin selepas dia selesai kerja, dia akan datang dan jumpa Cik
> > rohaya dan Erma. Buat sementara ni saya minta kalau Cik Rohaya boleh
> > bagi kerjasama dengan kami.
> >
> > Rohaya Atan: Saya ada appoitment lain, excuse me! Saya nak minta diri
> > dulu.
> >
> > Rohaya dengan muka yang merah padam terus bangun dan menuju kearah
> > pintu tetapi salah seorang dari ahli Puteri sempat bangun dan berdiri
> > menghalang dia keluar.
> >
> > Ros: Nanti dulu Rohaya! Tolonglah bagi saya 5 minit aja lagi lepas tu
> > you baliklah.
> >
> > Rohaya duduk semula.
> >
> > Ros: Boleh tak kalau ada apa-apa yang you tak suka tentang Azalina
> > atau kalau ada bukti apa yang you tuduh Azalina itu dibawa kepada
> > kami dan kami akan membuat appoitment untuk you dan kawan-kawan you
> > jumpa Pak Lah atau PM kalau you nak malahan Azalina bersedia letak
> > jawatan kalau you boleh tunjukkan bukti-bukti tu. Boleh tak you bagi
> > tahu kami samaada you ada bukti ke atas tuduhan-tuduhan you pada
> > Azalina?
> >
> > Rohaya Atan: No komen!
> >
> > Ros: Erma? Apa masaalah you dengan Azalina? apa yang you tak puas
> > hati dengan dia?
> >
> > Erma: Saya tak puas hati kerana dia tuduh saya makan duit Puteri! Apa
> > buktinya? Kalau you ada bukti, hukumlah saya, Bawaklah isu ni
> > ketengah. Apasalah cakap belakang aja?
> >
> > Rohaya Atan terus bangun dan meluru kearah pintu.
> >
> > Rohaya Atan: Dah 5 minit. Saya nak balik ! Tolong beralih dari pintu
> > ni Cik shila.
> >
> > Shila masih berdiri dipintu.
> >
> > Duri: Okey! Dulu you kutuk-kutuk Erma, kata dia jumpa bomoh di
> > Jakarta, dia bagi makan nasi kangkang pada suami dia tapi kenapa
> > sekarang you berbaik dengan dia pulak? Jawablah.
> >
> > Rohaya Atan: ( Tak peduli lansung dengan soalan itu ) Aku nak balik!
> > Jangan sampai aku berkasar dengan kau Shila! Tepi! selama ni aku
> > anggap kau sebagai kawan tapi kau buat aku macam-macam!
> >
> > Shila: Apa pulak yang aku buat kat kau? Kau yang buat Aza!
> >
> > Rohaya Atan terus menolak Shila ketepi dan meluru keluar meninggalkan
> > mereka ini terlopong. Hah...si Erma pulak katanya pucat lesi. nak
> > ikut tak boleh sebab dia duduk diapit oleh 2 orang jadi dia tak ada
> > peluang nak keluar. Ha..ha...padan muka! Maka marilah kita dengar
> > pulak jawapan dari calon penjahanam sorang ni. Malam tu katanya Erma
> > Fatima macam Perempuan melayu terakhir lagaknya. Pijak semut tak
> > mati...tapi mereka kat dalam tu semua tak mahu tertipu dengan
> > lakunannya.
> >
> > Ros: Kenapa you all buat Azalina macam tu?
> >
> > Erma: Buat apa? Apa yang saya buat?
> >
> > Ros: Bukan ke you berkonspirasi dengan mereka untuk burukkan Azalina?
> >
> > Erma: Buktinya? You minta mereka kasi bukti tentang Azalina, boleh i
> > pulak nak minta bukti yang i konspirasi dengan mereka untuk jatuhkan
> > Azalina?
> >
> > Ros: Adalah...orang kata you yang pergi Perdana Sari.
> >
> > Erma: Saya ada banyak kerja lain yang saya nak buat. Perdana sari tu
> > pun saya tak tahu kat mana. Khalid Jefri muka macam apa pun saya tak
> > pernah ambik tahu. Saya cuma tahu dia tulis buku dalil Anwar Ibrahim.
> > Macamana pulak saya yang dituduh ni.
> >
> > Ros: Kalau tak ada angin takan pokok bergoyang!
> >
> > Erma: Zaman sekarang banyak sangat tangan yang nak menggoyangkannya!
> > Tak payah nak tunggu angin. jadi you dah kenal pasti ke tangan mana
> > yang goyang? Jangan main dengar cakap orang aja!
> >
> > Duri: You tahu kan yang Rohaya kutuk you dulu supaya Azalina benci
> > you?
> >
> > Erma: I dah tahu lama dulu cuma I tak mahu jadi bodoh untuk bertanya
> > pasal semua itu kerana bagi I, itu adalah perkara remeh. Biarlah
> > kalau siapa pun nak kutuk i asalkan orang tu bahagia. tak luak
> > malahan dapat pahala lagi.
> >
> > Duri: Apasal you mesti baik dengan dia orang kalau you tahu dia orang
> > ni dari dulu dah tak suka dan mengutuk you!
> >
> > Erma: I need them!
> >
> > Duri: Tapi dia orang menggunakan you untuk jatuhkan Azalina.
> >
> > Erma: Apa yang besar sangat I ni untuk dia gunakan I. Kalau dia
> > gunakan I tak apalah, I pun gunakan dia.
> >
> > Duri: Mereka gunakan you untuk memburukkan nama you.
> >
> > Erma: Alhamdulillah! I gunakan mereka untuk Azalina!
> >
> > Duri: Maksud you?
> >
> > Erma: Carilah sendiri maksudnya! Yang pasti kita gunakan antara satu
> > sama lain. Tak guna kita cakap pun, buat penat aja. Apa pun you tanya
> > I, kalau I cakap ye...I salah. I cakap tak...you all tak percaya.
> > Macam ni ajalah! insyaallah dalam masa terdekat ni aja you all akan
> > tahu duduk perkara sebenarnya.
> >
> > Ros: Kenapa mereka sanggup jatuhkan Azalina sampai macam tu sekali?
> >
> > Erma: Sebab mereka marah! Marah diperlekehkan, marah dianiaya, marah
> > dimalukan, marah diaibkan. Faham?
> >
> > Ros: Bukan ke Azalina yang sepatutnya merasa semua itu? Dia yang
> > diperlakukan seperti itu.
> >
> > Erma: Itulah masaalahnya bila kita tak faham politik! Kita mula
> > berperangai macam budak-budak. Kau cubit aku sekali, aku cubit kau
> > dua kali. Cubit-cubit ni tak akan habis. Cuba kita tolak tepi dulu
> > soal politik. kita cerita tentang kemanusiaan. Apa you rasa andainya
> > you dimalukan? Di fitnah dan dikeji? Tentu api kemarahan dan dendam
> > itu akan meluapluap kan?
> >
> > Ros: Ohhh...jadi you kata semua ni kerana dendam?
> >
> > Erma: Ye...mungkin...Mastina(peguam) marah kerana dia dipecat tanpa sebab,
> > nama dia diburukkan melalui surat layang yang dihatar keseluruh
> > bahagian, orang UMNO dan MT. Manakala Rohaya Atan dan Cat marah
> > kerana mereka diperlekehkan di forum perdana anjuran Puteri. Mereka
> > tak dibenarkan masuk.
> >
> > Ros: Itu adalah sebab dia tak pakai pas!
> >
> > Erma : Tak pakai pas? Tak kan exco sendiri you all tak kenal? Exco
> > tak pakai pas tak boleh masuklah ye?
> >
> > Orkid: Program nak datang ye? Meeting lansung tak peduli! Exco apa
> > tu? Kenapa you tak tanya dia orang semua tu?
> >
> > Erma: Apasal I pulak yang kena tanya? Masaalah dia orang dengan
> > azalina tak ada kena mengena dengan saya. masaalah saya...masaalah
> > saya.
> >
> > Orkid: Sebelum ni I ada call you tanyakan tentang Mas ayu tetapi
> > kenapa you pertikaikan campurtangan dari dia sedangkan terang-terang
> > sekarang ni dia turut serta dalam konspirasi ini.
> >
> > Erma: Masa you call memanglah I confident sebab dia tak pernah jumpa
> > mereka dan itulah yang dia katakan pada i.
> >
> > Orkid: Baru-baru ni banyak kali dia jumpa dia orang kan?
> >
> > Erma: mana saya tahu, bukannya saya ikut bontot Mas ayu tu 24 jam.
> > Saya pun ada kerja lain nak buat. Malaslah nak fikir masaalah bodoh
> > ni. Penat tau! Penat! Boleh i balik sekarang?
> >
> > Shila: Belum! kami belum habis tanya. Ada juga cerita yang i dengar
> > baru-baru ni you pergi Bacaria minta coverpage bacaria supaya sambung
> > cerita Azalina memandangkan perdana sari dah tutup. betul ke?
> >
> > Erma: Syaitan mana pulak yang buat dosa ni?
> > Astagfirullahulazim...saya ada kerja kat sana tentang promosi filem
> > saya yang nak keluar tak lama lagi. Macam nilah, apa kata kalau you
> > kasi tahu i siapa yang cakap semua tu.
> >
> > Shila: Mana boleh cakap...orang tu kata you siap bersumpah depan
> > artis-artis tu yang you mengesahkan Azalina tu lesbian?
> >
> > Erma: Bawaklah artis tu jumpa i, senang sikit kita bercakap. buat apa
> > sampai menyampai ni. tak ada kelas lansung.
> >
> > Shila: You berani ke jumpa Bacaria dengan kami?
> >
> > Erma: Kenapa tak kita call dulu? Kalau nak jumpa Bacaria maknanya
> > esok dan kalau esok mungkin nanti you tuduh i dah pakat apa nak suruh
> > orang tu cakap pada you. Macam ni ajalah, cuba you call orang
> > suratkhabar tu sekarang dan tanya terus. Jangan lupa tanya kenapa I
> > minta cover Bacaria itu.
> >
> > Shila: Ok!
> >
> > Maka si pelakun terbaik tu pun terus talipon entah siapa, tanpa
> > banyak cakap dia terus serahkan talipon itu pada Shila.
> >
> > Shila: I nak tanya betul ke Erma ada pergi jumpa you?
> >
> > Editor: Betul ! kenapa? Siapa pulak you ni yang tanya I macam I buat
> > salah aja.
> >
> > Maka bersoal jawablah si shila tu dengan seorang editor itu tentang
> > tujuan utama Erma kesana. Akhirnya keputusan mahkamah mengatakan
> > bahawa Erma difitnah sekali lagi oleh mereka-mereka yang tidak
> > berperikemanusian itu.
> >
> > Erma: Puas hati kan? Saya tak faham kenapa ada lagi manusia yang
> > macam syaitan tu yang fitnah saya. Ingatkan dah tinggalkan Puteri
> > saya terselamat rupanya bertambah teruk. Macam nilah, apa pun perkara
> > ni tak akan selesai malam ni. I cadangkan sebelum you all menuduh
> > sesiapa carilah dulu bukti-buktinya kerana kalau you tak suka Azalina
> > difitnah, begitu jugak saya tidak suka difitnah. Kalau tak ada apa-
> > apa, saya nak balik.
> >
> > Ros: Bila kita nak pergi perdana sari pulak?
> >
> > Erma: Bila you all bersedia, anytime kita boleh pergi.
> >
> > Ros: Kenapa mereka tuduh Azalina hantar orang ikut mereka dan ugut
> > mereka?
> >
> > Erma: Manalah I tahu kenapa! Tetapi yang saya tahu dari mereka memang
> > mereka sentiasa di ikut oleh orang yang tidak dikenali malahan mereka
> > mendapat ugutan-ugutan ditalipon. Saya tak pasti samaada mereka tuduh
> > you all ke tidak. Ada satu hal lagi yang saya nak cakap disini untuk
> > pengetahuan you. Apa pun yang berlaku samaada instruction dari
> > Azalina atau tidak maka perbuatan itu akan meninggalkan kesan buruk
> > pada Azalina sendiri. Mereka mungkin anggap Azalina yang buat semua
> > itu walaupun Azalina buat atau tidak.
> >
> > Shila: Azalina ada 40,000 ahli Puteri dan 800 ahli BTS yang sayang
> > kan dia. Mana mungkin Azalina mampu mengawal mereka. Kalau mereka
> > buat pun mungkin sebab mereka hendak membela Azalina yang
> > dirasakannya teraniaya.
> >
> > Erma: Ialah...tetapi apa pun Azalina yang akan kena taik itu makanya
> > hentikan saja game singkap menyingkap kain ni. Ianya sangat-sangat
> > memalukan. Cukuplah!
> >
> > Daun: Siapa yang mulakan dulu?
> >
> > Erma: Mana saya tahu!
> >
> > Daun: Mastina ada menyuruh seorang sahabatnya menulis didalam
> > internet mengutuk Azalina dan saya boleh sebutkan nama penuh kawannya
> > itu, dari komputer mana dia hantar dan nama isterinya siapa. Saya
> > mahir dalam bidang komputer jadi saya boleh selidik sampai ketahap
> > yang you sendiri tak akan percaya. Orang itu adalah kawan mastina
> > yang sehingga sekarang ni mereka kehulu hilir bersama-sama. Maaf saya
> > kata bahawa artikel itu ditaip didalam PWTC ni juga. Kalau Mastina
> > nak tahu suruh dia hubungi saya. Saya boleh sebutkan nama penuh orang
> > itu dan dari tingkat berapa tulisan itu ditaip.
> >
> > Erma: Maaf! yang itu saya tak tahu!
> >
> > Ros: Mereka yang marah kan sangat Azalina ini ada bukti ke?
> >
> > Erma: Saya tak tahu!
> >
> > Ros: Boleh tak you kasi tahu kawan-kawan you tu, kalau mereka nak
> > Azalina letak jawatan, dia akan lakukan itu sekiranya semua tuduhan-
> > tuduhan itu ada bukti dan Azalina minta bukti itu dibentangkan
> > didepannya kemudian dia akan bawa you semua berjumpa dengan p.Lah
> > atau PM bersama bukti itu. Azalina cabar you all tampil dengan bukti.
> > Kalau nak gaduh biarlah dengan cara terhormat. Jangan main bangsat
> > macam ni. Nak jadi melayu, jadilah melayu yang bermaruah!
> >
> > Erma: Kenapa tak you sendiri yang hubungi mereka dan sampaikan
> > message tu.
> >
> > Ros: Bukan ke you selalu jumpa dengan kawan-kawan you tu?
> >
> > Erma: Selalu tak selalu jugaklah. Bila ada perlu...bila ada perkara
> > yang nak dibincangkan. Berjumpa bukan beerti berkonspirasi. Jangan
> > menuduh kalau tak ada bukti!
> >
> > Ros: Baru-baru ni you jumpa mereka di Coffee Bean kan?
> >
> > Erma: Ye...sebab Rohaya Atan ajak saya buat teater.
> >
> > Ros: Teater apa pulak? Teater yang tajuknya konspirasi ke?
> >
> > Erma: Tak! Tajuknya 6 jahanam...ha...ha.....sebab tu kami semua jumpa
> > kerana kami kan dituduh maka kamilah yang akan berlakun menjadi 6
> > jahanam yang you all katakan itu.
> >
> > Ros: Cakaplah betul-betul...susah cakap dengan you nilah erma, banyak
> > sangat berbunga-bunga.
> >
> > Erma: Masa kita bincang tu, ada jugak kita terfikir untuk ambik
> > Azalina berlakun. Rasa-rasanya dia setuju ke dengan tawaran kami tu
> > nanti?
> >
> > Shila: You jangan main-main Erma!
> >
> > Erma: Sekarang ni manusia dah susah nak bezakan antara main-main dan
> > betul-betul kan? Terserahlah! Tapi memang kami bincang pasal teater
> > baru yang kami nak buat berjudul 6 jahanam. Tittle yang you all bagi
> > kat kita orang menarik sungguh sehingga membuka hati kami untuk
> > menerbitkan sebuah pementasan.
> >
> > Shila: Maknanya betullah you berkonspirasi dengan mereka untuk
> > jatuhkan Azalina. Tak dapat melalui Perdanasari, you gunakan pulak
> > medium teater.
> >
> > Erma: Alhamdulillah! I minta diri dulu ye...Apa pun you all nak buat.
> > Suka i ingatkan bahawa dalam masa terdekat ini tuhan akan tunjukan
> > semuanya. Kita tengok nanti siapakah yang penjahanam.
> > Assalamualaikum!
> >
> > Maka mereka pun bersalaman dan baliklah si pelakun hebat itu. Kata
> > kawan-kawan aku puas dia menonton lakunan Erma Fatima depan-depan
> > macam tu. TETAPI dalam pada itu hebat lagi lakunan Rohaya Atan yang
> > kononnya tegaslah pendirian dia tu. Macam besar sangat pangkat dia
> > sampai hanya Azalina, PakLah dan PM saja yang boleh soal siasat dia.
> > Meluat aku! Walaupun lakunan tetapi kesopanan Erma aku puji.
> >
> > Apa pun mereka berdua sanggup juga datang berjumpa Azalina
> > dibandingkan dengan penjahanam yang lain. Berani kerana benar kan?
> > Tapi keberanian belum tentu kebenaran. Aku teringin jugak nak tengok
> > penjahanam-penjahanam yang lain itu tampil membawa bukti tentang
> > Azalina.
> >
> > Kalau mereka sudah mampu menjaja nama Azalina kesana kemari, aku
> > pasti mereka juga berani menjatuhkan Azalina dengan bukti. Kalau
> > setakat macam anjing menyalak bukit lupakan ajalah. Belum lagi
> > dicabar benda besar, suruh datang bersemuka pun dah takut. Okeylah
> > ye...aku dah penat.

> > dari penyokong Azalina

> >

> > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
> > Take the Yahoo! Groups survey for a chance to win $1,000.
> > Your opinion is very important to us!
> > http://us.click.yahoo.com/NOFBfD/uAJEAA/Ey.GAA/TcOolB/TM
> > ---------------------------------------------------------------------~->
> >
> > Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
> > Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
> > Digest message: [EMAIL PROTECTED]
> > HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
> > PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
> >
> > HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising
>from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to
>ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability,
>civil or criminal.
> >
> > Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
> >
> >
> >
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Jamal" <[EMAIL PROTECTED]>


Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "akmaru was here..." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke