*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Wa'alaikumussalam.

Izinkan saya mencelah sikit ... sekadar komen peribadi saya.

Benar kata tulisan saudara "apanama" tu. Itulah yang dinamakan "marketing". 
Mereka yang mempelajari bidang Marketing akan lebih memahami strategi 
pemasaran seperti ini. Terpulanglah kepada para pengguna/pembeli untuk peka 
dan rajin membuat perbandingan harga.

Antara contoh strategi pemasaran boleh dilihat apabila menjelang tiba musim 
perayaan. Pasaraya yang bijak pemasaran mungkin akan menaikkan harga 
barangan makanan bersaiz besar kerana biasanya pembeli akan membeli barang 
bersaiz besar kerana menyangkakan ia lebih ekonomi untuk persediaan 
perayaan. Wahal, kalau beli beberapa yang bersaiz kecil adalah lebih murah 
sekiranya dijumlahkan.

Jadi, rajin-rajinlah membandingkan harga serta berkira-kiralah juga 
jumlahnya. Jangan sekadar membuat andaian sahaja.

Tugas pasaraya adalah untuk membuat keuntungan sebanyak mungkin supaya dapat 
menampung berbagai kos serta memperolehi lebihan pendapatan. Tugas pembeli 
pula adalah untuk berjimat cermat. Masing-masing mempunyai kepentingan 
berlawanan. Jangan mengharapkan pasaraya sentiasa memberi penjimatan kepada 
pembeli.

Sekian.





>From: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Giant, Makro, Carefour....dll
>Date: Mon, 20 May 2002 09:57:57 +0800
>
>
>Assalamualaikum,
>
>Kalau kita ke pasaraya seperti Giant, Makro, atau
>Carefour, biasanya sesak dengan manusia. Antara sebab
>nya kerana kemudahan shopping dibawah satu bumbung.
>
>Di Giant Ulu Kelang, terutama weekend, nak parking
>pun susah dan nak dapatkan kereta sorong pun susah.
>Parking pulak berbayar. Di Carefour Wangsa Maju,
>parking free, kereta sorong pun banyak, tapi tak
>sepadat Giant. Mungkin kerana kawasannya lebih luas.
>Makro pun lebih kurang begitu.
>
>Sebab lain kenapa orang berpusu2 kesana kerana mereka
>beranggapan harga2 yg ditawarkan murah sedikit dari
>tempat lain.
>
>Dari pemerhatian, memang ada beberapa barang2 yang
>diturunkan harga sebagai umpan menarik orangramai.
>Tapi jika diperhati betul2, ada pula yang harganya
>lebih tinggi. Inilah taktik pemasaran mereka. Oleh
>itu perlu waspada.
>
>Selepas dibuat perbandingan harga beberapa barangan
>harian, didapati harga di Giant Supermarket Ulu
>Kelang dan sebuah pasar mini berdekatan adalah lebih
>kurang sama, malah ada yang lebih murah dari Giant.
>Antara barang2 yang dibandingkan ialah; Fabmatic,
>softlan, peluntur dobi, minyak masak, susu debu,
>sardin, nescafe, beras, milo, susu kotak, ubat gigi,
>sabun basuh pinggan, dll. Biskut Jacob di pasar mini
>(RM8.99) di Giant (lebih RM10). Harga ikan dan
>buah2an jauh lebih mahal di Giant dari harga diluar.
>
>Pasaraya2 besar seperti Giant dll yang sentiasa
>padat dengan pengunjung sepatutnya dapat memberikan
>harga yang jauh lebih istimewa. Kalau tidak, tak
>berbaloilah mengunjungi kesana kerana terpaksa
>berbaris panjang untuk parking, membayar, dan
>mencari kereta sorong.
>
>Jadilah pembeli yang prihatin.
>
>--


_________________________________________________________________
Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke