*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Semasa brainstorming, ahli kumpulan dikehendaki
meluahkan saja idea tanpa mengira idea tu bagus atau
tidak.  Kalau seseorang bagi idea, terus ada orang
kata takleh pakai,  ramailah yg jadi pemerhati. 
Begitu jugak kalau orang bagi komen, terus ada orang
tanya "awak dah terror kah",  nanti bertambah ramai
lah otak2 telur.

Satu ketika dulu Malaysia amat digeruni dalam sepak
takraw. Mati kutu Thailand dan negara lain
dibuatnya. Tiba2 Thailand muncul dengan servis
kuda.  Mati akal Malaysia dibuatnya. Itulah
Thailand, rakyat berotak kreatif.   Kreativiti
mereka dapat dilihat dipasar2 di Kota Bharu.  

Hasil dari kreativiti keluarga Rashid, muncul 
Servis-S.  Mati langkah dibuatnya pasukan2 lain. 

Kerana kurang kreativiti, macam nak kiamat dibuatnya
satu negara dengan saman trafik.  Naik malu
dibuatnya pada dunia luar. Mengapa tak study tengok
bagaimana negara maju jalankan kerja menyaman ni. 
Atau fikir cara yang lebih penyayang-rakyat. Pesalah
trafik salah, tapi sistem yang dipakai pun bukan tak
sunyi dari kesalahan. Oleh kerana ini, orang
beranggapan tujuan utama saman trafik ni bukanlah
hendak mendisiplinkan pemandu, tapi sebenarnya nak
kumpul duit.

Satu lagi contoh ialah majlis perbandaran yang guna
akta tertentu untuk jual tong sampah.  Walhal
kebanyakan rumah dah ada tempat letak sampah batu
bersekali dengan pagar.  Apa perlu pada tong sampah
plastik yang mungkin ditumbangkan oleh anjing2 dan
berkulat berbau.  Bila penduduk tak setuju, mereka
hantar surat saman.  Sekali lagi, kerana tiada
kreativiti.  Maka tak salahlah orang beranggapan,
majlis perbandaran sengaja guna akta nak bagi bisnes
kepada pihak2 tertentu.   

Kerana tak kreatif,  ada cadangan dihidupkan balik
sekolah kuno aliran Inggeris.  Bertambah celarulah
sistem persekolahan kita.  Tak cukupkah dengan
pelbagai aliran yang telah ada? 

Walaupun pelajar Malaysia selalu top di University
Antarabangsa, entah kenapa kecemerlangan akademik
tidak dapat diterjemah di luar University. 
Mungkinkah budaya rakyat Malaysia ni menekan
kreativitI?   Tak boleh itu tak boleh ini.  Setuju
ajelah.  Angguk ajelah.  Jangan jadi pembangkang. 
We are peace loving people.  Kita tak suka tunjuk
perasaan.  

Baru2 ini sepasang ibu bapa di US (kalau tak silap)
ingin memfail satu "patent" cara berbuai pabila
melihat anaknya berbuai tidak ikut kebiasaan. 
Sekali imbas nampak macam bodoh.  Dua kali imbas
nampak cerdik. Mungkin mereka sedang berfikir untuk
melahirkan satu buaian yang radically berbeza dari
yang ada sekarang  untuk menangani kebosanan anak2
berbuai kedepan kebelakang.  

Salah satu pendorong kreativiti ialah komplen. 
Customer servis dan helpdesk perlu pada komplen. 
Bila ada komplen, ia mengalakkan orang berfikir 
untuk berubah. Semua kehidupan mesti berubah dari
masa kesemasa.  Orang Quality panggil Continuous
Improvement.  

Hanya tunggul mati aje yang rasa selesa dan tak mahu
berubah. Even tunggul mati pun berubah bilamana 
ia reput dimakan anai. 

    

-- 
_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke