assalamu'alaikum,
ni sorang lagi yg nak mencabar Ust Taib Azamuddeen ke? Kang tak pasal-pasal kena macam Zam tu.
Pada saya, tak semua perkara mesti dihebohkan pada awam. Dalam banyak hal, diam, menutup keaiban orang adalah lebih baik.
Tentu Ust Taib Azamuddeen lebih arif dalam perkara ni. Dan memang jerat yang dipasang olh Zam dah makan tuan.
Takkan saudara pula yang nak tolong bukak jerat tu?
wassalam.
-----Original Message-----
From: cucu reformasi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, May 23, 2002 2:46 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* APA RAHSIA BESAR TAIB AZAMUDDEEN?

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ada beberapa isu menarik yang boleh diketengahkan oleh penulis yang membawa isu di atas yang mungkinnya dari kalangan ahli UMNO ataupun atas pagar. Apa jua parti yang didokongnya, yang pasti isu ini cukup menarik untuk diperbincangkan.

Isu `rahsia besar` ini telah dimulakan oleh Zam selaku pendokong KERAjaan yang dilihat cuba memasang jerat kepada Taib supaya mendedahkan apakah dia rahsia besar itu. Bahan yang digunakan oleh Zam sebagai rujukan hanyalah bersumberkan kepada sebuah pita video yang dikatakan mengandungi rakaman pengakuan mangsa liwat DSAI dengan disaksikan oleh Taib sendiri. Bermakna, jika diikut logik akal terdapat lebih dari dua orang yang telah menjayakan rakaman pita video itu termasuklah jurukamera dan lain-lain hamba Allah yang hanya diketahui oleh Taib, mangsa liwat dan jurukamera tersebut. Persoalannya sekarang,  jika benarlah salah seorang dari pelakun utama di dalam rakaman tersebut ialah Taib, kenapa selaku orang yang dikenali ramai sebagai mufti dan ulamak, tidak sanggup berdepan dengan realiti sebenar isu tersebut dan seterusnya mendedahkan apa yang telah berlaku berkaitan dengan rahsia besar itu (dalam konteks ini dilihat merujuk kepada rakaman pita video itu)?

Umum telah mengetahui bagaimana kini DSAI sedang merengkok dipenjara Sungai Buloh hasil akibat apa yang dipanggil konspirasi jahat pihak atasan ke atas beliau. Pastinya penyokong-penyokong BA terutamanya dari kalangan Parti Keadilan Nasional masih ingat akan perbicaraan kes DSAI dua tahun yang lalu di mana berpuluh-puluh saksi samada yang hidup mahupun benda mati telah dikemukan oleh pihak Pendakwa. Sehinggakan tilam DSAI turut diusung keluar masuk mahkamah untuk disoal siasat . Soalnya sekarang, kenapa pita video ini tidak dijadikan sebagi bahan bukti utama dan Taib pula tidak dipanggil untuk hadir sebagai saksi utama pihak Pendakwa?

Jika dilihat dari relevansinya bahan bukti itu, ianya sudah cukup untuk menjatuhkan hukuman ke atas DSIA mengikut undang-undang sekular hari ini dan tidak perlulah dijalankan perbicaraan panjang-panjang sehingga malampaui 3/4 bulan... Dan juga, kenapa sehingga hari ini, tiada orang-orang UMNO yang berani tampil kehadapan untuk melapurkan kepada pihak polis akan rakaman pita video itu untuk dijadikan sebagai kes terbaru di samping kes-kes yang sedia ada? Kita amat mengalu-alukan perkara ini terutamanya pihak penulis yang berhajat untuk menyiarkan traskrip penuh perbualan mangsa liwat agar melapurkan penemuan bahan bukti ini kepada pihak polis. Jika BA berhujah dengan bukti yang kukuh, kami turut mengalu-alukan langkah yang serupa dibuat oleh pihak UMNO supaya isu jelas buat masyarakat.

Jelas di sini, kewujudan pita video itu sendiri boleh dipertikaikan dan ini belum lagi kita sentuh soal kehadiran Taib seperti apa yang dilihat oleh penulis dalam pita video itu. Adakah i! an! ya wujud semasa perbicaraan kes DSAI atau sebelum itu lagi sudah ramai yang mengtahui dan melihatnya? Kerana Peribahasa Melayu ada menyebut `Mulut tempayan boleh ditutup, inikan pula mulut manusia`, lambat laun orang akan tahu juga akan perangai buruk DSAI itu.

Ataupun ianya telah dirakam semasa pilihanraya yang lalu? Atau selepas pilihanraya...? Semuanya berkemungkinan belaka dan apa yang pasti, seingat penulis ianya telah wujud semasa pilihanraya yang lalu (betulkan saya jika silap...)dan disebarkan dengan meluasnya pada ketika itu sebagai langkah pihak tertentu untuk terus-terusan mengaibkan DSAI termasuk juga pihak BA. Kenapa penulis beranggapan begitu? Kerana penulis sendiri pernah terdengar adanya kalangan pak lebai, makcik-makcik dan orang-orang kampung yang dibawa ke putra jaya telah disajikan dengan tanyangan video itu semasa dalam perjalanan ke sana.

Penulis asal tajuk di atas turut yang mengatakan Taib telah bertahun-tahun tahu akan perbuatan ini turut diragui. Jika dikira dari peristiwa DSAI dipecat dengan pertuduhan yang dibuat, sudah lebih dari 10 tahun perkara ini berlaku. Bermula dengan pertuduhan asal pada tahun 1993 yang kemudiannya dipinda-pinda hinggalah sekarang, Taib telah menyimpan satu rahsia KERAjaan yang cukup besar seperti yang dimaksudkan oleh penulis. Bermakna, semasa DSAI masih dalam jawatan TPM, beliau telah bermaharajalela melakukan kerja terkutuk ini tanpa diketahui oleh sesiapapun termasuklah penulis sendiri dan hanya Taib serta para mangsa sahaja yang tahu akan perilaku buruk DSAI itu. Soalnya sekarang, kenapa perlu tunggu begitu lama baru nak dedahkan? Kenapa sampai perlu diadakan rakaman video untuk pendedahan? Cara manakah yang lebih mudah, merakamkan video atau hebahan menerusi media-media akhbar? Apakah merakamkan video-video pengakuan mereka-mereka yang berjumpa dengan Taib itu! m! erupakan satu prosidur resmi pihak masjid atau kerajaan? Jika begitu, banyaklah video-video pengakuan lain yang boleh didedahkan oleh Taib untuk tatapan masyarakat.

Penulis sendiri belum melihat pita video itu, malah tidak akan melihatnya. Saya ingin mengajak pembaca berfikir, siapakah dalang sebenar disebalik pembikinan rakaman video itu? Yang pasti, Taib dan mangsa liwat merupakan para pelakunnya. Dan siapa pula yang merakamkan video itu? Sudah pastinya, jurukamera dan pembantu yang akan mengawal urusan cahaya turut berada di tempat rahsia itu. Jika telahan ini benar, bermakna terdapat empat orang yang hadir semasa sesi rakaman itu iaitu, Taib, mangsa liwat, jurukamera dan juga pengawal cahaya. Bagaimana pula dengan si mangsa liwat? Adakah mangsa hadir secara bersendirian dan dengan rasa relahati, tanpa sebarang sebarang paksaan dari mana-mana pihak? Jika perkara di atas itu benar, kita minta Taib untuk dedahkan siapakah yang terlibat sama dalam proses bikinan pita video itu.

1. Dedahkan, siapa jurukamera dan juru lampu yang bertugas semasa rakaman itu

2. Dedahkan, identiti sebenar mangsa liwat itu

3. Dedahkan, siapa lagi yang hadir selain dari empat orang di atas itu

Kita sedia maklum, Taib telahpun mengadakan sidang akhbar berhubung isu ini. Di pihak UMNO, jelas sudah perangkap yang dipasang tidak menjerat mangsanya akan tetapi menjerat lehernya sendiri. Sebagai orang Islam yang tahu akan adab-adab menyimpan rahsia, beliau memilih untuk tidak mendedahkan identiti siapakah yang dimaksudkan dalam rahsia besar itu. Mungkin sebagai satu strategi bagi menghadapi pihanraya yang hampir menjelang ini, hanya Taib sahaja yang tahu.

Begitu jugalah halnya dengan rakaman pita video itu. Mungkin Taib mempunyai beberapa agenda tertentu sebagai usaha menjadikan pilihanraya yang bakal menjelang nanti sebagai medan pendedahan sebenar video itu. Hanya masa dan ketika yang memisahkan kita buat masa ini. Kita tunggulah perkembangan selanjutnya.
 
Wassalam
 
Cucureformasi


Send and receive Hotmail on your mobile device: Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "cucu reformasi" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to