*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cuba lihat komen pedas yang diutarakan oleh Ketua Jabatan Bahasa Melayu UKM terhadap Pemuda UMNO yang tersiar di dalam agenda daily.... betul ker ni? kalau betul, kita tunggu dan lihat komen Pemuda UMNO pulak:
KUALA LUMPUR,Sabtu 25 Mei - Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Nik Safiah Karim menyifatkan Pemuda Umno tidak ada pendirian apabila menerima sahaja cadangan pemimpin mereka supaya subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. "Pemuda Umno macam ayam yang hanya tahu mengangguk tanda bersetuju," katanya ketika berucap pada Forum Isu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) semalam. Beliau mendakwa, Pemuda Umno tidak prihatin terhadap isu penghapusan bahasa Melayu oleh pemimpin tertinggi mereka. Katanya, ahli Umno harus meneliti sama ada wujud agenda tertentu yang cuba dimainkan oleh pemimpin mereka melalui pelaksanaan cadangan itu. "Orang Umno harus tahu seandainya cadangan ini tetap dijalankan bermakna impian melihat perpaduan orang Melayu akan lenyap sekaligus menghapuskan identiti bangsa Melayu," katanya pada forum sehari itu. Sementara itu,bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Hassan Ahmad menyifatkan, kata-kata pemimpin tertinggi negara yang melabelkan para pejuang bahasa Melayu sebagai sempit pemikiran adalah satu kesilapan. "Merekalah (pemimpin negara) yang seharusnya digelar sebagai pelampau kerana cuba meminggirkan identiti dan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. "Oleh kerana pemikiran mereka sudah terpengaruh dengan budaya bahasa Inggeris mereka cuba untuk menggunakan acuan pemikiran mereka kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Menurutnya, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di negara ini dicemari dengan cadangan pemimpin tertinggi negara ini yang ingin memperkenalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek Matematik dan Sains. Kata beliau, perjuangan selama 30 tahun lalu seolah-olah dipandang remeh oleh pihak tertentu, sedangkan negara kita sudah banyak menghasilkan ramai profesor-profesor matematik aliran Melayu. "Bagaimanapun, cadangan pemimpin negara ini bagaikan ingin kembali pada zaman penjajahan dulu, yang kita lihat tiada seorang pun profesor Matematik dilahirkan," katanya lagi. Beliau menambah, idea itu nampak tidak relevan kerana ia terhasil dari ideologi Inggeris, sedangkan sudah lama isu memartabatkan bahasa Melayu diperjuangkan. "Jika kita ikut orang sesat, maka kita akan menjadi lebih sesat," tambahnya. Malah beliau menyifatkan, cadangan penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik kepada masalah penguasaan bahasa tersebut. Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia, Prof Dr Abdullah Hassan menolak cadangan subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris. "Ini bukan dasar yang kita harus dilakukan, dasar yang ada sekarang ini sudah baik," tegasnya berucap pada majlis yang sama. Menurut beliau, media arus perdana sekarang seolah-olah menyokong cadangan yang mula dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, dengan memperbesarkan isu tersebut setiap hari. "Idea penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains tercetus apabila PM terlihat seorang pegawai tinggi negara ini gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan jurujual wanita di Paris," dedah beliau. Mungkin selepas ini, katanya, pemimpin Umno akan mencadangkan pula bahasa Inggeris digunakan dalam semua subjek kecuali bahasa Melayu. "Pemimpin negara kita hanya mengagumi bahasa Inggeris, itulah yang kita kecewakan," tegasnya. _________________________________________________________________ MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>