*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dalam artikel Utusan bertarikh 24-Mei-2002 bertajuk "Rais kritik siasatan kes -- Ada yang `panas' di awal siasatan tapi akhirnya senyap begitu sahaja", Datuk Rais Yatim mengatakan: >>>>>> ``Sekiranya kes itu terlalu lama setelah laporan dibuat, ini menjadi beban kepada kerajaan kerana akan dipersalahkan oleh masyarakat,'' tegasnya.
Sistem perundangan negara, katanya, adalah telus dan tidak sepatutnya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat kerana bimbangkan sesuatu. ``Pihak berkuasa tidak perlu takut atau khuatir untuk menjalankan siasatan sehingga ke akhirnya,'' jelasnya. >>>>>>> Dalam ruangan Berita Harian bertarikh 24-Mei-2002 bertajuk "Jangan peram kes: TPM mahu penguat kuasa umum hasil siasatan", antara petikan yang berkaitan dengan kenyataan Pak Lah: >>>>>>> Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, agensi penguat kuasa perlu mengumumkan siasatan mereka terutama membabitkan kes panas atau yang menarik perhatian umum, sebaik hasilnya diketahui. Timbalan Perdana Menteri berkata, matlamat semua siasatan ialah mahu memastikan keadilan kepada semua pihak dan kerana itu agensi berkenaan, selepas menyelesaikan siasatan, tidak harus menunggu terlalu lama untuk mengumumkannya. Beliau memberi jaminan, kerajaan tidak akan menutup kes panas termasuk yang membabitkan individu ternama di negara ini. Tidak ada arahan diberikan kepada pihak penguat kuasa memberhentikan siasatan yang mereka jalankan. Bagaimanapun, katanya, siasatan yang dijalankan mungkin memerlukan masa supaya ia mendapat bukti kukuh, adil serta tanpa rasa takut dan menyebelahi mana-mana pihak. "Sebarang siasatan mengenai kes-kes yang dibawa kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mesti disiasat dengan teliti. Kes besar tidak bermakna kita akan ketepikan," katanya. >>>>>> Dipetik daru Utusan bertarikh 3-Julai-2000: >>>>>> Keterangan mahkamah Shafie* adalah berkaitan dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya memberhentikan penyiasatan terhadap pengarah Unit Perancang Ekonomi ketika itu, Tan Sri Ali Abul Hassan pada Jun 1998. *Datuk Shafie Yahya - bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) >>>>>> http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0703&pub=Utusan_Malays ia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_09.htm KOMEN: ====== Apa yang telah terjadi kepada siasatan terhadap salahlaku Mahathir sedangkan Penguasa Perhubungan Awam Polis Bukit Aman, Supritendan Benjamin Hasbie mengatakan pihak polis telah pun membuka siasatan mengikut Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970) pada Julai 2000?? Dah hampir nak masuk 2 tahun lapuran tentang salahlaku & penyalahgunaan kuasa oleh PM telah dibuat, tetapi kes tersebut masih senyap sunyi!!! Begitu juga dengan kes kebakaran Dewan Tunku Canselor UM pada Jun tahun lalu, dah masuk setahun tapi masih tidak diumumkan siasatan tersebut. Boleh percaya ke kenyataan Datuk Rais Yatim iaitu sistem perundangan adalah telus??? Dan pihak berkuasa tidak perlu TAKUT atau KHUATIR menjalankan siasatan??? Boleh percayakah jaminan Pak Lah bahawa kerajaan tidak akan menutup kes panas & besar dan tidak akan diketepikan??? _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>