Guru tadika diberitahu Ai Chin lapor dirogol polis

KUALA LUMPUR, Rabu: Seorang guru tadika memberitahu mahkamah hari ini, beliau diberitahu seorang polis wanita bahawa rakannya, bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ter Ai Chin, membuat laporan dia dirogol dalam kereta polis.

Imitiaz Begum Abdul Majid Khan, 46, yang memberi keterangan di Mahkamah Majistret Ampang hari ini, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika beliau dan Ai Chin dibawa ke balai untuk membuat laporan selepas Ai Chin terbabit dalam kejadian huru-hara di Kelab Darul Ehsan pada malam 25 Mac 1996.

Saksi keempat pendakwaan itu berkata, beliau tidak mengetahui kandungan laporan Ai Chin, tetapi dimaklumkan seorang anggota polis wanita, Ai Chin mendakwa dia dirogol polis dalam kereta.

Imitiaz berkata, beliau menemani Ai Chin atas permintaannya ke kelab itu selepas terjumpa di sebuah restoran di Damansara.

Katanya, mereka menyanyi di karaoke kelab itu sebelum beliau meninggalkan Ai Chin untuk ke tandas tetapi keluar selepas dua minit apabila mendengar keadaan huru-hara dan cermin pecah manakala Ai Chin menjerit di luar.

“Saya nampak semua dah huru-hara, semua lari... nak pegang dia tak jadi, dia jerit, pihak keselamatan datang, polis datang dan ambulans datang dan badannya ada darah,” katanya menjawab soalan pegawai pendakwa, Inspektor Siti Rozaida Aripin.

Beliau memberitahu mahkamah, beberapa kereta polis dan ambulans membawa Ai Chin ke hospital.

Bagaimanapun, ketika dalam pembawa usungan, Ai Chin, melompat dan terus masuk ke kelab itu.

“Saya nampak polis mengikut Ai Chin dari belakang dan menahan serta membawanya ke kereta polis. Saya mengikut ke balai polis dalam kereta yang sama,” katanya.

Beliau berkata, Ai Chin marah ketika dalam kereta polis itu, dan apabila tiba di balai mereka diminta membuat laporan polis.

Sementara itu, Imitiaz Begum tidak pasti sama ada rakannya itu dirogol dalam masa dua minit beliau di tandas.

Bagaimanapun, katanya, sebelum ke tandas beliau melihat Ai Chin yang tenang dan senyum.

Imitiaz Begum memberi keterangan terhadap Ai Chin, 49, menghadapi tuduhan memberi maklumat bohong kepada Lans Koperal Mohd Nor Abdul Majid, dengan mendakwa dia dirogol tiga lelaki di Kelab Darul Ehsan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat pertanyaan Balai Polis Ampang, Jalan Dagang, jam 1.50 pagi, 26 Mac 1996.

Ketika menjawab soalan Siti Rozaida, Imitiaz Begum berkata beliau minum bir manakala Ai Chin memesan “hard liquor” di kelab itu , pada malam kejadian.

Perbicaraan bersambung 9 Oktober depan.



MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: Click Here
--- Begin Message --- *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mydin holesale terbakar semalam dan berita belum disahkan mengatakan 3 orang terkorban didalam kebakaran berkenaan.
 
terima kasih.


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]> --- End Message ---

Kirim email ke