(on suria .fke.utm.my)

aliasm.vcf was scanned by Interscan Viruswall on suria.fke.utm.my and no virus found.
------------------------------------------------------------------------
Dalam Quran Tuhan telah mensarankan kepada kita supaya mendoakan ibubapa
kita seperti berikut:

“Wahai Tuhan kasihani ibubapa ku seperti mana mereka telah mengasihani
daku semasa aku kecil dahulu”

Tidak ada ibu yang tidak sayang pada anaknya semasa anaknya kecil, ibu
sanggup bangun dari tidur di tengah malam kerana hendak menyusukan
anaknya. Ibu begitu sabar menghadapi segala macam kerenah anak-anak
mereka semasa membesarkan mereka. Terlalu besar pengorbanan ibubapa kita
dalam membesarkan kita semua, yang tak mungkin dapat kita membalasnya.

Walaupun setelah kita dewasa ini, ibu dan bapa kita mungkin tidak
meyayangi kita lagi seperti dulu atau mereka lebih menyayangi adik
beradik kita yang lain lebih dari kita, tetapi apalah sangat kekurangan
itu berbanding apa yang telah mereka korbankan untuk kita semasa kecil
dahulu.

Bila ibu sudah tua kebanyakan anak-anak cuba mahu mencari-cari alasan
untuk tidak mahu memelihara atau menjaga mereka. Anak yang muda kata anak
yang sulunglah patut menjaga ibu mereka, anak lelaki kata anak
perempuanlah yang sesuai jaga ibu mereka, anak yang kurang berada pula
kata anak yang lebih beradalah sepatutnya menjaga ibu mereka dan bermacam
macam lagi alasanlah yang mereka timbulkan bagi mengelak dari memikul
tanggungjawab tersebut.

Sudah menjadi sikap orang kita sangat suka mencari alasan untuk mengelak
dari bertanggungjawab tapi jarang sekali untuk memberi alasan untuk
bertanggungjawab. Sebagai contoh bila datang lewat, alasannya ialah
kerana trafik jam, sepatutnya yang sebaiknya dia patut bersikap atau
memberi alasan saya terpaksa bangun awal untuk pergi kerja untuk
mengelakkan trafik jam.

Begitu jugalah dalam menjaga ibu yang sudah tua ini, sepatutnya anak-anak
yang baik akan memberi alasan-alasan untuk bertanggungjawab seperti, saya
anak yang tua sayalah yang sepatutnya menjaga ibu, atau saya mempunyai
pendapatan yang lebih jadi saya patut menjaga ibu, atau saya anak
perempuan jadi saya rasa ibu lebih sesuai tinggal dengan saya, atau saya
anak lelaki sayalah patutnya menjaga ibu, atau anak-anak saya tak ramai
jadi saya rasa lebih sesuai tinggal dengan saya atau isteri saya tak
berkerja jadi saya rasa ibu lebih sesuai tinggal bersama saya.

Sebaliknya anak-anak yang bersikap buruk akan mencari segala macam alasan
dan kekurangan yang ada padanya untuk mengelak dari memikul
tanggungjawab. Seperti pendapatan saya kecil, isteri saya berkerja,
anak-anak saya ramai, saya terlalu sibuk, ibu tak suka dengan isteri
saya, suami saya tak suka dengan ibu,  rumah saya sempit, rumah saya
bertangga dan macam-macam lagi.

Bila suami isteri bercerai, suami isteri sanggup naik turun makamah
semata-mata berebut untuk mendapat hak penjagaan anak-anak mereka. Tapi
sayang tak ada kita dengar anak-anak yang mahu berebut untuk menjaga ibu
mereka yang sudah tua. Sungguh saya berasa bangga kalau ada anak-anak
yang sanggup naik makamah kerana berebut hendak menjaga ibu mereka yang
sudah tua, tapi saya rasa perkara seperti ini mustahil boleh berlaku.


Namun begitu ada juga anak yang mahu mengenang kebaikan ibu bapa mereka.
Mereka menjaga ibubapa mereka kerana adanya perasaan kasihsayang dan mahu
menjadi anak yang bertanggungjawab.

Kadang-kadang kita rasa kesal juga terhadap sesetengah anak, bila ada
adik beradik lain yang rela mahu menjaga ibu mereka, dia pula terus tidak
ambil pusing. Kalau ada adik beradik lain yang sanggup menjaga ibu kita,
ini tidak bermakna kita boleh terus terlepas dari tanggungjawab tersebut.
Kita yang tidak menjaga itu kena jugalah hulur-hulur dan menyumbang apa
saja bantuan yang patut kepada adik beradik yang menjaga ibu kita itu.
Janganlah buat derk ajer.

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah, andainya tulisanku ini dapat memberi
manafaat kepada pembacanya yang kerananya dapat mendatangkan pahala
kepadaku walau barang sedikit pun maka aku sedekahkan akan dia kepada
ibubapaku yang telah banyak berkorban dan berjasa padaku dan tiadalah
terbalas oleh ku akan jasa dan pengorbanan mereka itu. Hanya Engkau
sahajalah yang dapat membalasnya, sesungguhnya rahmat Mu amat luas,
Engkaulah yang mengasihani dari segala yang mengasihani.

begin:vcard 
n:Mohd Yusof;Alias 
tel;fax:07-5566272
x-mozilla-html:TRUE
org:Universiti Teknologi Malaysia;Kejuruteraan Elektrik Kuasa (POWER)
version:2.1
email;internet:[EMAIL PROTECTED]
title:Pensyarah
adr;quoted-printable:;;Fakulti Kejuruteraan Elektrik=0D=0A81310 UTM Skudai=0D=0AJohor Bahru=0D=0AJohor;;;;
fn:Alias Mohd Yusof
end:vcard

Kirim email ke