*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Edisi Melaka/NS: Ramai murtad Oleh Masni Ros Pakir Mohamad MELAKA: Gejala murtad di kalangan anak Melayu semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan kini berada di tahap yang membimbangkan. Ketua Penolong Pengarah, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata setakat ini tiada rekod rasmi menunjukkan bilangan yang sebenarnya. Menurutnya, Jaim masih menyiasat perkara itu dan isu murtad di kalangan anak Melayu dan saudara baru tidak boleh dipandang sepi kerana ia wabak yang menghancurkan umat dan agama. Katanya, pelbagai andaian dan kajian dibuat mengenai faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala di kalangan saudara baru seperti faktor peribadi dan keluarga, tiada bimbingan dan penghayatan Islam, penerimaan masyarakat Islam dan kemiskinan dan dakyah ajaran lain. "Ada antara kemasukan mereka dalam Islam disebabkan perkahwinan dan jika pasangan itu mempunyai latar belakang agama yang baik, maka pasangannya mampu memimpin tetapi jika tidak, sebaliknya akan berlaku," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Gejala murtad di kalangan saudara baru...satu persoalan' dalam Ijtimak Tahunan Saudara Kita peringkat kebangsaan dan negeri Melaka anjuran Perkim di Hotel Sri Costa di sini, semalam. Kira-kira 300 saudara baru menyertai ijtimak ini yang diadakan selama tiga hari bermula 28 Mei lalu. Menurut Rahimin, ada setengah saudara baru yang terus menghilangkan diri daripada mendapat bimbingan dan asuhan daripada pihak yang bertanggungjawab. "Saudara baru perlu dibantu dan diberikan sokongan moral untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang baru disebabkan perbezaan bangsa, budaya, bahasa dan warna kulit," katanya. Katanya, bagi mengatasi gejala murtad di kalangan saudara baru, tindakan yang sistematik dan berkesan perlu diambil bagi menghalang mereka terus kembali kepada agama asal. Antara langkah yang patut diambil ialah memberi kesedaran dan kefahaman ajaran Islam yang menyeluruh secara berterusan kepada saudara baru, melaksanakan gerakan dakwah sepadu meliputi semua peringkat serta menguatkuasakan peruntukan yang sedia ada dalam `Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam' bagi menghadapi gerakan dakyah ajaran lain. Selain itu, menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar dapat membantu dan membimbing saudara baru ke arah kecemerlangan diri dan keluarga termasuk mengaktifkan persatuan saudara baru yang sedia ada. http://www.emedia.com.my/z/Current_News/HM/Thursday/Frontpage/20020530092353 _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>