*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
waalaikumussalam.
terima kasih untuk maklumat yang diberi.
Keprihatinan tuan kpd. negeri kelantan dan rakyatnya
amat dihargai.
Sungguhpun begitu, sampai bila rakyat dan negeri
kelantan akan menjadi "museum" dan "arca" kepada
Masyarakat prihatin seperti kamu.
Di mana-mana dapat kita rasai himpitan yang diterima
oleh rakyat Kelate - bukan shj. kpd. penyokong PAS
tetapi jugak kpd. penyokong BN.
Data yang diperolehi merujuk bahawa "memang ujud" apa
yang dikatakan sbg. "red tape" dari pemerentah pusat.
Namun, kalau kita (kerajaan negeri) tak dapat buka
"hyper market" sekurang-kurangnya kita buat sekadar
kemampuan kita e.g PEMBEKAL MAKANAN HALAL YANG UTAMA
di malaysia dan rantau sebelah sini umpamanya.
Tanah-tanah banyak yang terbiar, tak terurus, boleh
ternak lembu, kambing, etc ... (kan ramai bijak pandai
dalam ahli kerajaan PAS). Kalau Arqam boleh menjana
ekonomi mengapa tidak PAS (tolong jange cari alasan
lagi).
Boleh rujuk statistik dari Kementerian - imbangan
perdagangan dengan negara luar berhubung dgn. import
makanan halal.
IKHTIAR HIDUP untuk survival rakyat Kelate perlu
dijanakan oleh Kerajaan PAS.(kita tengok Palastine -
mereka berusaha untuk survival negarabangsa mereka).

DILIHAT dari sudut pembangunan rohani , tiada
perubahan mendadak - rakyat kelate seperti biasa
jugak. Kemunculan sekolah pondok dan arab tidak
memberi kesan banyak - cuma sbg. pusat "pemangkin
kader-kader dan penyokong-penyokong PAS". Rakyat tidak
menikmati faedah  secara khusus cuma sbg. alternatif
utk. mendalami ilmu agama shj.
marilah kita BERSATU ...    

 --- Awang Jepun <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >
Assalamualaikum kepada Mamat BER"aduka",
> 
> Penerangan kamu sebagai anak Kelantan, ternyata
> permikiran kamu dan 
> permerhatian kamu yg terlalu sempit, akal fikiran yg
> tidak dapat melihat 
> sekeliling  dan lebih kepada perhitungan kemajuan
> kebendaan. Disebabkan kamu 
> nak bercerita akan kebendaan, elok kita bagi sebab
> musabab masalah yang di 
> hadapi oleh kerajaan Kelantan untuk memajukan
> Kelantan yang di terajui oleh 
> PAS. Yg kamu inginkan dan sesiapa juga inginkan
> adalah pembangunan, maka 
> kita bercerita bab pembangunan.
> 
> Ingat saudara, pengaliran wang keluar masuk ke dalam
> negara kita adalah di 
> bawah kelolaan Bank Negara Malaysia dan Kementerian
> Kewangan. Ingat, sejak 
> Pas mengambil alih Kelantan, wang wajib tahunan bagi
> peruntukan kepada 
> negeri Kelantan pun dilengahkan, ikut sesuka hati
> Pusat. Wang itu wang wajib 
> untuk mengelola negeri untuk rakyat negeri Kelantan.
> Dalam keadaan begitu 
> pun, Alhamdulillah hutang kelantan kepada Pusat pun
> dapat dijelaskan dengan 
> baik.
> 
> Kalau nak di ikutkan, pembangunan yang kamu mahukan,
> dah lama kelantan 
> membangun, kalau tiada sekatan dari kerajaan Pusat.
> Ingat...setiap company 
> yang ingin menjalankan projek di kelantan, banyak
> masalah yang mereka hadapi 
> dari segi 'fund' untuk kewangan bagi menjalankan
> projek. Masalah besar 
> mereka ialah bila jerung-jerung di MOF dan Bank
> Negara  menghalang, dan 
> kuasa hitam putih untuk pengaliran wang ini berada
> dan di pusatkan di tangan 
> PM anda.
> 
> Saya bukan anak Kelantan, tetapi ingin memuji rakyat
> negeri Kelantan yang 
> memahami masalah situasi pengurusan dan pentadbiran
> negeri Kelantan... bukan 
> seperti anda yang tak selidik dan menyokong Umno
> tanpa mengerti hujung 
> pangkal.
> 
> Saya nak anda selidik, bukan menuduh tanpa
> mengetahui, cuba anda selidik 
> kenapa rancangan membangunkan Bandar Baru Pengkalan
> Kubur tidak dapat 
> dijalankan dengan cepat ...sedangkan kerjasama yg
> baik di  perolehi dari 
> kerajaan negeri untuk membangunkan bandar ini.
> Senarai pembeli yang berminat 
> pun dah ada, tetapi ianya tidak dapat di jayakan
> sejak tahun 1996. 
> Puncanya....jerung-jerung tu tak akan biarkan wang
> di alirkan kepada 
> syarikat swasta untuk projek di kelantan dan
> sekarang giliran Terengganu 
> pula. Kalau ada yg masih berani, nama company tu pun
> di senarai 
> hitamkan...bank pun takut untuk 'fund'kan projek yg
> lain kepada company 
> bekenaan.
> 
> Sebagai seorang bekas ahli Umno yg dulu suka sangat
> mengejar projek secara 
> menjadi broker seperti ahli Umno yg ada sekarang ni,
> yang dok mengejar 
> projek untuk komisyen dan nak mudah jadi
> kaya...jangan nak menipu atau 
> berdalihlah..itu yang di ajar oleh PM sejak
> memerintah. Kalau tidak, tak lah 
> jadi begini ahli Umno yg menjadi pak turut,
> mengangguk segala arahan dari 
> atas dari tuan president tu, yg dok ranum serta dah
> naik busuk, menunggu 
> hari nak memusing jatuh dan hancur berkecai seperti
> nangka busuk.
> 
> Sekian.
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup
http://fifaworldcup.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?aduka=20aduka?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke