Assalammualaikum,
 
    Saya mendengar rakaman ceramah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Agama Kluang Johor yang disiarkan oleh Radio Malaysia Johor. Ceramah beliau berkisar tentang 4 golongan yang mudah masuk Syurga.
 
 4 golongan yang mudah masuk Syurga ialah:
 
1. Yang berjuang di jalan Allah (fi sabilillah)
2. Yang mendapat haji mabruh
3. Yang mengajar ilmu kepada orang lain
4. Yang rajin bersedekah, mewakafkan harta untuk pembelajaran ilmu.
 
    Apabila semua roh dibangkit pada hari kiamat, 4 golongan tersebut and dipanggil oleh Malaikat Ridwan ke pintu Syurga. Semua golongan di atas berebut-rebut utk masuk Syurga maka Malaikat Jibril menjadi hakim utk mereka masuk ke Syurga.
 
    Ditanya kepada pejuang fi sabilillah, maka mereka menjawab mereka berjuang di jalan Allah dan layak masuk ke Syurga. Maka ditanya lagi dari mana mereka mengetahui mereka berhak maka mereka menjawab dari guru mereka. Lalu Malaikat Jibril menyuruh mereka memanggil guru mereka bersama mereka utk masuk ke Syurga.
 
    Ditanya kepada haji yang mahrub kenapa mereka berhak masuk Syurga, maka menjawab mereka adalah haji yang mabruh maka mereka berhak masuk Syurga. Maka ditanya lagi dari mana mereka mengetahui mereka berhak maka mereka menjawab dari guru mereka. Lalu Malaikat Jibril menyuruh mereka memanggil guru mereka bersama mereka utk masuk ke Syurga.
 
    Ditanya kepada golongan yang berilmu yang mengajar ilmu kepada orang lain, maka mereka menjawab mereka berhak masuk Syurga tetapi kerana golongan yang rajin bersedekah, mewakafkan harta mereka utk membina pusat pengajiaan, masjid lalu mereka boleh masuk Syurga. Maka golongan yang rajin bersedekah, mewakafkan harta disuruh masuk Syurga diikuti oleh golongan yang berilmu.
 
    Pengajaran yang dapat dikongsi bersama adalah jadikan bersedekah, mewakafkan harta sebagai amalan. Jadikan sebagai budaya kita umat islam bersedekah, mewakafkan harta utk mendirikan masjid, pusat pengajian yang menjurus ketebalan iman di dada.
 
    Segala kesilapan dalam tulisan saya adalah datang dari dan mohon maaf semuga Allah memberkati usaha kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah jua.
 
Wasalam..
Osman.M

Kirim email ke