*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Laman KM2 - Mail Article to a friend             [KM2:7151]

Sender Name  : UMNO s*it 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
------------------------------------------------------------
Extra message from sender: 
Aha.

Satu Lagi Project Oleh BN-Barisang Nasional
------------------------------------------------------------
  
MMMM: B12 - Melayu Baru Yang Kaki Bangku 
By Marhain Tua 
6/6/2002 9:24 pm Thu



Siri MMMM  
 
Bab 12 - Melayu Baru Yang Kaki Bangku  
 
Ketika suasana perlawanan bolasepak Piala Dunia sedang 
membara, rakyat negara ini masih tertanya-tanya apa sudah 
jadi dengan sukan bolasepak Malaysia?  
 
Memang, ia sudah semacam rumput di tepi jalan; Hidup Segan, 
Mati Tak Mahu. Namun, Dell Akhbar Khan, Setiausaha Agung 
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada menyebut betapa 
budaya wang adalah penyebab pemain hanya sanggup menyarung 
jersi bola di zaman ini dan bukan semacam zamannya dulu, di 
mana setiap pemain berbangga bermain untuk negaranya. 
Demikianlah, kalau begitulah tanggapan seorang pegawai 
tinggi bolasepak negara ini, apakah itu juga tanggapan 
rakyat marhaen?  
 
Cuba fikirkan faktor-faktor berikut:  
 
a) Zaman Dell Akhbar bermain bola dulu, keseluruhan Asia 
Tenggara belum mempunyai pasukan semi-pro, apatah lagi liga 
professionalnya. Tetapi, pada waktu itu bolasepak ditaja 
oleh syarikat perniagaan dan pengurusannya bolehlah 
dikatakan bersih. Pada waktu itu juga pengurusan bola sepak 
belum disuntik oleh warna-warna dan kerenah orang politik 
dan diraja. Rakyat marhaen yang bermain bola dan rakyat 
marhaen yang menguruskannya. Kalau ada polis dan tentera 
terlibat, ia hanya untuk urusan keselamatan dan lalulintas. 
 
b) Pada tahun 1972, Malaysia layak bermain di Olimpik 
bererti kedudukan Malaysia ketika itu adalah di bawah 
tangga 40 di seluruh. dunia. Pada tahun 1993, FIFA yang 
merupakan badan pengawal bolasepak dunia telah membuat 
?ranking? (susun atur keunggulan pasukan) dan terus 
memantau kecemerlangan pasukan bola negara dan inilah 
?ranking? terkini dengan angka dalam kurungan mengikut 
ranking 1993.  
 
Jepun 32 (43), Korea Selatan 40 (36), China 50 (45), 
Thailand 60 (66), Indonesia 92 (98), Malaysia 112 (75), 
Korea Utara 126 (63), Hongkong 142(103).  
 
Harus diingat kemerosotan ranking Malaysia berlaku selepas 
diwujudkan Semi-pro di mana setiap pemain mendapat gaji 
bulanan dan hanya perlu menumpukan perhatian kepada 
bolasepak. Badan pengurus bolasepak pula sudah diwarnai 
dengan keemasan diraja, di mana seorang Sultan menjadi 
presiden dan seorang Tengku mahkota menjadi pengarah 
eksekutifnya. Kalau saya tidak silap ini adalah tahun yang 
kedua Dell Akhbar menjadi Setiausaha Agung persatuan bola 
sepak Malaysia (FAM).  
 
Soalnya sekarang kenapa bolasepak masih bertahap semi-pro? 
Kenapa tidak diwujudkan sistem bolasepak professional 
seperti di Turki, Yunani (Greek), Latin Amerika, Eropah dan 
banyak tempat lagi? Kenapakah bolasepak masih mahu 
dipolitikkan? Apakah selepas 45 tahun merdeka bolasepak di 
Malaysia tidak mampu diuruskan secara professional, seperti 
semua hotel besar di negara ini yang masih memerlukan orang 
luar menjadi pengurus besarnya?  
 
c) Apabila bolasepak masih di tahap semi-pro, setiap pemain 
terpaksa menangani kerenah pengurus bolasepak dan penajanya 
dalam hal gaji bulanan yang selalu tertunggak. Ada kalanya 
sampai lebih tiga bulan pemain semi-pro tidak menerima 
gaji. Tetapi dia perlu bayar sewa kereta, ansuran rumah, 
kos pelajaran anak-anak dan perbelanjaan peribadi seperti 
pengiriman bulanan ke kampung. Bagaimana dengan para 
pegawai pengurusan bolasepak? Apabila terbang keluar negara 
apakah kelas tempat duduk yang digunakannya? Apakah lagi 
belanja kasar pemergiannya dan anak dan isterinya? 
Bagaimana dengan elaun keluar negara atas nama FAM?  
 
d) Disebabkan FAM mahu diinstitusikan sebagai satu alat 
politik dan untuk kepuasan istana, hancur-leburlah 
permainan bolasepak di negara ini. Ini baru kisah pemain 
semi-pro yang kerap lambat menerima gaji. Bagaimana kisah 
pengadil yang terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk elaun 
bertugas?  
 
e) Bolasepak menjadi alat politik. Tetapi cuba fikirkan 
semasa Kerajaan BN memperuntukkan RM70 juta untuk Project 
Rakan Muda, hampir tujuh puluh peratus pergi kepada 
perbelanjaan hangus, seperti iklan, papan tanda dan segala 
gembar-gembur projek itu. Tetapi, cuba bayangkan kalau 
setengah daripada peruntukan itu digunakan untuk 
menyediakan sekolah latihan bolasepak di setiap daerah di 
negara ini, berapa ribu pemain muda yang sudah menjadi 
pakar dengan projek itu. Masalahnya, setiap projek kerajaan 
BN mesti menghabiskan sembilan puluh peratus kepada 
infrastruktur dulu. Mesti ada bangunan tersergam indah, ada 
kemudahan termoden untuk tukang tonggang di situ, dan 
sekitar sepuluh peratus barulah digunakan untuk latihan 
sebenar. Sudah tentu orang yang membina infrastruktur 
adalah sukusakat dan kroni sahaja.  
 
Bagaimanakah negara termiskin di Afrika boleh mengeluarkan 
pemain professional untuk berligat di kelab professional 
dunia ini? Mereka tidak ada sekolah latihan, tidak ada 
persatuan bola yang kaya raya. Tetapi mereka boleh berjaya. 
Malahan kalau kita kaji kejayaan pemain Brazil, mereka 
berlatih sejak muda di tepi laut sahaja (Ipanema dan 
Copacabana di Rio de Janeiro)  
 
f) Kerajaan boleh menjadikan bola sepak sebagai satu 
industri yang membawa keuntungan besar setiap tahun. 
Pertama, bawa masuk jurulatih professional dan letak mereka 
di merata daerah. Pilih sebuah pusat belia sebagai 
penggeraknya dan sebuah sekolah bola di setiap daerah 
sebagai padang latihannya. Kedua, adakan liga semi-pro di 
kalangan remaja, yang masih di sekolah supaya mereka 
bermain di hujung minggu. Gaji bulanan mereka diperam 
sehingga mereka lulus sekolah menengah. Ketiga, kerajaan 
mesti bersikap terbuka dalam menjadikan bolasepak sebagai 
industri membayar cukai negara. Masalahnya dalam hal ini 
orang politik yang suka kacau dan buat kerenah. Lihat 
bagaimana Karl Heinz Weigang mengendalikan Perak. Dia boleh 
berjaya di Vietnam tetapi apabila di Malaysia dia dihayun 
oleh kerenah Melayu mangkuk-ayun, dia pun boleh gagal juga. 
Inilah budaya orang politik mahu campur semua tempat 
walaupun kepintaran dalam sesuatu bidang itu cukup untuk 
setakat orang ketawakan sahaja.  
 
g) Kita perhatikan pemain bola sepak Afrika dapat pergi 
bermain di Eropah kerana beberapa sebab: (1) Mereka 
dipimpin oleh badan amal dan agama seperti gereja-gereja 
dan NGO. (2) Mereka digalakkan bermain di kelab bawahan di 
divisyen tiga dan empat di Eropah dan selepas itu mereka 
berjaya naik mendadak di kelab utama Eropah. (3) Pemain 
beragama Islam dapat menonjol di Eropah kerana banyak bank 
dan institusi kewangan Islam yang memegang saham kelab 
ternama di Eropah. Contohnya Ghadaffi membeli saham dalam 
Juventus. Ramai peniaga kaya raya di negara al-maghribi 
(Tunisia, Algeria, Maghribi) dan juga di Timur Tengah yang 
memegang saham kelab bolasepak ternama di Eropah. Sekaligus 
secara senyap-senyap mereka mendesak agar diambil pemain 
beragama Islam seperti Zinedine Zidane, Alhaj Diof, dan 
ramai lagi pemain Algeria dan Afrika. Sekarang sudah ramai 
anak-anak muda pelatih bolasepak beragama Islam di sekolah 
bolasepak di Eropah.  
 
Kerajaan dan rakyat Afrika memberi penghormatan yang tinggi 
kepada pemain bolasepak mereka. Ramai pemain bolasepak 
profesional diberikan tahap kehormatan yang lebih tinggi 
daripada wakil rakyat mereka. Contohnya George Weah, dia 
diberikan peluang melabur wang profesionalnya menubuhkan 
sekolah latihan bola dan kelas tuisyen untuk anak-anak 
sekolah yang tidak termampu tetapi minat untuk bermain 
bola. Di beberapa negara Islam Afrika, pemain sukan dan 
bola sepak yang miskin menerima bantuan daripada tabung 
derma masjid untuk mempersiapkan diri mereka. Tetapi apa 
yang dibuat oleh masjid yang kaya raya di Malaysia? Ada 
jawatankuasa masjid yang mencuri tabung kutipan hari Jumaat 
tanpa diketahui oleh pendermanya.  
 
Hampir semua negara yang mengeluarkan pemain bola 
unggulannya di Afrika (kecuali Afrika Selatan) masih 
mempunyai stadium bola yang mempunyai tempat duduk 
ala-?tangga-kambing?. Tidak ada satu stadium di Afrika yang 
boleh menempatkan sampai seratus ribu penonton, ataupun 
berbumbung seperti di Bukit Jalil, Shah Alam dan banyak 
tempat lain di Malaysia.  
 
Sekarang kita tanya kenapakah begitu singkatnya perancangan 
kerajaan Mahathir dalam pembangunan bolasepak di negara 
ini?  
 
Dia akan menjawab ?tidak ada satu kerajaan di dunia ini 
yang berbelanja besar membuat stadium bola yang 
besar-besar?. Jawapan semacam itu akan diulang oleh tukang 
angguk dalam UMNO dan parti BN. Mereka tidak sedar betapa 
bolasepak merupakan punca pendapatan negara yang paling 
besar di beberapa negara di Afrika. Oleh kerana negara 
mereka miskin, ramai pemain bola professional di Eropah 
memberikan separuh gaji bulanan mereka kepada pembiayaan 
perniagaan ahli keluarga ataupun syarikat kabilah mereka 
untuk menyuap nasi penduduk negara mereka, secara halal. 
Oleh sebab rasuah yang menjadi-jadi dan budaya nepotisme, 
kronisme dan mahathirisme di Afrika, kebanyakan negara yang 
miskin itu terpaksa bergantung kepada pendapatan tinggi 
pemain bola mereka untuk menjadi pelicin jentera perniagaan 
eksport dan import dalam negara.  
 
Cuba bayangkan perkara ini:  
 
1) Al-Fayed memperuntukkan 100 juta dollar pada tahap 
pertama untuk membeli Fulham FC yang ketika itu berada di 
Division One. Dia baru sahaja menghabiskan sekitar 60 juta 
dollar dan Fulham kini sudah memasuki liga premier England. 
Yang terbaru Fulham FC sedang merancang sekolah latihan 
bolasepak untuk pemain wanita pula.  
 
2) Sir Elton John (penyanyi dan penggubah lagu terkenal) 
telah membelanjakan sebahagian simpanan wangnya untuk 
membeli saham Watford FC yang berusia lebih 120 tahun. 
Daripada Kelab Division Empat, Wartford naik menonjol dan 
berjaya memperbaharui prestasinya.  
 
3) Kenapakah Mahathir tidak memperuntukkan dua ratus juta 
dollar untuk membeli sebuah kelab bolasepak di London 
ataupun di Eropah. Bukankah itu satu laluan untuk 
menentukan ada pemain Malaysia beraksi di sana dan 
meningkatkan mutu permainan mereka? Apa gunanya menaja Alex 
Yoong untuk memandu kereta lumba Minardi sebanyak tiga juta 
dollar sebulan (?) kalau untuk menjadikan Alex Yoong terus 
maju dalam hobinya? Bayangkan berapa banyakkah faedah 
kepada negara kalau ada sekurang-kurangnya dua puluh anak 
Melayu bermain bola di kelab professional di Eropah. Apa 
sudahnya dengan penajaan Malaysia dengan Jackie Stewart 
Racing Team dulu? Ke mana hangusnya perbelanjaan itu?  
 
Cuba perhatikan pemain Peranchis. Dalam satu pasukan yang 
bertarung hanya sekitar dua ataupun tiga orang pemain 
berkulit putih. Yang lain datang daripada tanah bekas 
jajahan Peranchis. Zidane daripada Algeria, Patrick Veira 
daripada Senegal, Theirry Henry daripada Caribbean dan 
sebagainya. Semua pemain Peranchis itu menerima gaji lebih 
satu juta sebulan (termasuk simpanan annuiti). Satu ketika 
dulu, Eric Cantonna menerima sekitar dua puluh tiga ribu 
dollar setiap hari. Lebih empat puluh pemain bertaraf 
antarabangsa Peranchis sedang menganggotai kelab ternama di 
Eropah. Bayangkan berapakah kiriman wang yang mereka hantar 
ke negara sendiri?  
 
Kalaulah perkara semacam ini difikirkan secara waras, sudah 
lama anak Melayu berligat di padang bola dunia, semacam 
ligatnya anak-anak Melayu menjadi nakhoda kapal Portugis 
dan Belanda di zaman dulu.  
 
Sentuhan DiRaja  
 
Sepatutnya, majlis raja-raja boleh mengusahakan satu tabung 
khas untuk membeli sebuah kelab bola di Eropah. Peruntukan 
wang boleh diambil daripada konsesi balak yang setiap tahun 
diagihkan kepada warga istana, yang kemudiannya difaraidkan 
kepada peniaga bukan-Melayu. Bayangkan kalau raja-raja 
Melayu berbuat begitu, mempunyai kelab bolasepak di Eropah. 
Mungkin sebagai langkah pertama, raja-raja Melayu melelong 
semua kereta antik mereka dan gunakan wang itu untuk 
membiayai pembelian beberapa kelab bola sepak di Eropah. 
Tak kiralah kelab divisyen satu ke ataupun divisyen empat. 
Yang pentingnya, ada anak Malaysia yang berbakat bermain 
dalam kelab itu secara professional.  
 
Kalau Mahathir kata tidak ada wang untuk projek itu, suruh 
dia kurangkan pembelian dua jet pejuang Amerika yang 
bernilai Satu Ratus Juta Dollar, dan peruntukan wang itu 
untuk membeli kelab bola di England ataupun Scotland 
ataupun Peranchis. Dengan penulisan ini kalau Mahathir dan 
UMNO tidak mahu juga mengusahakannya, memang jelas betapa 
Mahathir memang tidak suka melihat orang Melayu kaya secara 
halal dan usaha. Dia mahu orang Melayu kaya dengan kerja 
mengkhianati bangsanya seperti yang dilakukan oleh ramai 
pemimpin Melayu dalam UMNO.  
 
Apabila Malaysia mempunyai kelab bola sendiri di Eropah 
sekurang-kurangnya tiga puluh peratus pemain bola adalah 
daripada Malaysia. Mereka akan menerima gaji lumayan 
setanding kadar di Eropah, sudah tentu kesan sampingannya 
banyak menguntungkan masyarakat Malaysia. Kita tidak perlu 
gusar apakah pemain Malaysia itu orang Melayu, Semelai, 
Iban, Benggali, Punjabi, India ataupun Cina. Yang penting 
kita ada kelab bola di Eropah. Cuba bayangkan kosnya dengan 
kos menghantar penerjun dengan kereta Wira di Kutub Utara. 
Apa jadinya? Mana kereta itu dan di muzium mana ia sudah 
tersimpan? Bayangkan pula belanja mengongkosi seorang 
Melayu (murtad?) mengelilingi dunia. Apa haramjadah 
kebaikannya?  
 
Kalau diperhatikan kecemerlangan pemain-pemain dalam Piala 
Dunia, apakah banyak bezanya mereka itu berbanding Azman 
Adnan, Zainalabidin Hassan (sudahpun bersara) dan ramai 
lagi pemain muda yang lain? Kalau negara Afrika yang 
miskin-miskin boleh berusaha memujuk gereja dan persatuan 
NGO untuk menonjolkan pemain bola mereka, sedangkan 
pemimpin itu tidak ada masa dan wang untuk mengelilingi 
dunia setiap sepuluh hari, kenapakah Malaysia tidak 
melakukannya?  
 
Satu ketika dulu, ?Badminton? merupakan permainan yang 
menonjolkan Malaysia. Kalau kita teliti sejarah badminton 
kita akan sedar kerajaan tidak memainkan peranan besar 
dalam penjuaraan permainan itu. Di zaman penjajah dulu, 
badminton naik cemerlang kerana penajaan syarikat minyak 
Shell. Selepas itu orang persendirian seperti keluarga Tan 
Aik Huang dan Eddy Choong dan Ng Boon Bee (di Penang 
semuanya) yang membangunkan permainan itu. Hinggalah muncul 
keluarga Haji Sidek. Pada tahap ini kita perhatikan politik 
masuk campur walaupun keunggulan negara adalah atas titik 
peluh keluarga Sidek (dan Chegu Aziz Bab yang kemudiannya 
berhijrah ke Australia) Apabila Sidek Brothers naik 
menjulang muncul pula ?Saha Brothers? yang nampak mahu 
menggantikan persaraan mereka. Apa yang terjadi? Sahar 
Brothers yang berkorban titik peluh dan bergadai-bergolok 
diketepikan kerana tidak sebulu dengan pucuk pimpinan 
persatuan badminton Malaysia. Pengasas Sahar Brothers 
datang daripada Perak, presiden BAM ketika itu ialah 
seorang wakil rakyat daripada Perak juga. Ternyata budaya 
wang dan peluang niaga melupakan KeMelayuan politik 
pemimpin Melayu itu.  
 
Kejayaan Jepun dan Korea dalam dunia Bolasepak  
 
Satu ketika dulu pada awal enam puluhan, ranking pasukan 
bola di Asia ditentukan oleh prestasi mereka dalam pesta 
Ulangtahun Merdeka Malaysia. Ketika itu, Malaysia sentiasa 
berentap dengan Vietnam, Hongkong dan Korea. Jepun masih 
belajar tendang bola.  
 
Korea naik mendadak melalui rancangan khas secara 
berbelanja besar dengan pasukan tenteranya. Setiap tahun 
pelatih bola dilahirkan oleh angkatan bersenjata Korea 
sehinggakan mereka mampu menyediakan lebih daripada satu 
pasukan kebangsaan untuk bermain di Kuala Lumpur, Bangkok 
dan Jakarta. Melalui pesta bola inilah mereka menarik minat 
kelab bola di Eropah sehingga ramai yang bermain di Kelab 
termasyhur di Eropah.  
 
Sekarang, ibu bapa Korea menghabiskan banyak wang dan masa 
untuk melihat anak-anak mereka menjadi pemain professional 
yang berjaya. Alangkah peliknya, asas bolasepak yang 
dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dapat 
dimanfaatkan oleh Korea dan Jepun pada hari ini, sedangkan 
mereka tidak pun ada rancangan khusus seperti ?pandang ke 
Selatan? dalam mempergiatkan aktiviti bolasepak di negara 
mereka. Di Jepun misalnya, permainan J-League di minati 
ramai sehingga mampu menarik minat pemain terkenal dunia.  
 
Kalau kita lihat kegemilangan era bolasepak Korea, ia 
bermula selepas pelantikan presiden Kim yang ada sekarang. 
Beliau terkenal satu ketika dulu sebagai Mr. Opposition dan 
Mr. Clean. Inilah orang yang membersihkan rasuah di Korea 
dan sanggup menegakkan martabat Korea sehingga mampu 
membayar balik semua hutang IMF yang dipinjam gara-gara 
kejatuhan ekonomi 1997. Apakah yang Mahathir sudah buat 
sejak itu dan selama tempoh itu, kecuali terbang sana-sini 
untuk menjual temberang lama.  
 
Yang anehnya, Malaysia di bawah Mahathir yang telah lama 
mempunyai konsep Pandang Ke Timur tidak pernah mengambil 
iktibar akan fenomena ini. Yang paling ditonjolkan ialah 
membina stadium gajah-putih yang boleh memuatkan satu ratus 
ribu pengunjung. Cuba lihat stadium yang baru-baru di Korea 
dan Jepun adalah stadium yang melebihi 60,00 kapasitinya? 
Sekaligus, kita boleh merumuskan Mahathir dan pemimpin UMNO 
memang golongan manusia kaki-bangku yang tidak mengambil 
kira perkembangan bolasepak di Jepun dan Korea. Mahathir 
sudah melawat Jepun lebih daripada lima puluh kali, apakah 
dia tidak peka dengan perkembangan itu? Itu sebabnya orang 
kampung sudah pandai berkata; ?UMNO di bawah Mahathir 
bukannya memikirkan masalah orang Melayu lagi....!!!!?  
 
Kita harus memahami sindiran ini, setelah mengambil kira 
apa yang terjadi pada Badminton dan Bolasepak. Ternyata 
Mahathir dan sekumpulan tertentu penyangak dalam UMNO tidak 
suka melihatkan orang Melayu di luarbandar menjadi 
kaya-raya melalui sukan. Mereka tidak mahu melihat jutawan 
Melayu naik melalui bidang sukan. Mereka seolah-olah takut 
kalau Melayu menjadi jutawan daripada sukan, martabat 
mereka sebagai pemimpin politik akan terhumban ke lubang 
tandas sahaja. Ini adalah satu kebenaran, yang mungkin 
pahit dirasakan masa ini tetapi akan menjadi satu kenyataan 
pada satu hari.  
 
Sepanjang sepuluh tahun yang lalu ada segelintir pemimpin 
UMNO yang meneruskan kerja-kerja gila dengan projek Melayu 
Baru. Di manakah hasil projek itu? Bagaimana dengan 
persidangan di Mekah, Afrika Selatan dan bagaimana dengan 
segala perbelanjaan yang ditaja untuk projek itu? Sehingga 
hari ini pun kita lihat pemimpin UMNO dan Melayu sibuk 
berforum. Tak cukup di Malaysia mereka buat di negara 
orang, seperti di Indonesia. Ramai pemimpin haprak Melayu 
yang rasuah menghadirinya, seolah-olah mereka kaya raya 
kerana usaha sendiri. Tetapi apakah hasilnya?  
 
Malaysia Terlepas Peluang Besar di Pesta Piala Dunia  
 
Kalau mereka betul-betul ikhlas mahu memajukan perdagangan 
orang Melayu mereka sudah mampu menjual air perahan akar 
kayu sebagai minuman-herba di Jepun dan Korea. Cuba lihat 
kepada syarikat yang turut campur membeli iklan dan 
mempromosi barangan mereka pada Piala Dunia kali ini. 
Setiap syarikat dikenakan membayar kos iklan sebanyak USD 
40 juta. Ini adalah sekitar RM150 juta dollar. Tetapi 
mengikut kajian FIFA, pulangan yang diterima balik adalah 
lebih daripada 40 kali ganda.  
 
Kalaulah Mahathir dan agensi kerajaan berfikir panjang dan 
berotak geliga, apa salahnya Malaysia menyertai pesta Piala 
Dunia dan promosikan minuman ?Tongkat Ali? ataupun ?Kacip 
Fatima? sebagai minuman tonik herba? Oleh kerana minuman 
itu menjadi minuman air herba pesta sudah tentu ia dapat 
dieksport tanpa banyak kerenah birokrasi negara tetamu. 
Kalau pulangan ?Gillette? adalah sekitar 40 kali daripada 
bayaran iklan kepada FIFA, bayangkan apa yang boleh terjadi 
kepada minuman berunsur akar tongkat-ali dan herba 
kacip-Fatimah. Bayangkan bagaimana projek menanam pohon 
herba dan berakar itu dapat dilaksanakan di seluruh negara. 
Bayangkan pula apa jadinya dua tahun daripada sekarang, 
apabila sukan Olimpik diadakan.  
 
Apakah RM150 juta untuk mempromosikan sesuatu barangan di 
peringkat antarabangsa apabila dibandingkan dengan projek 
gila-gila di Putrajaya sekarang? Semata-mata mahu 
menunjuk-nunjuk kepada pemimpin negara Islam dalam 
persidangan kemuncak tahun hadapan, Mahathir membelanjakan 
sekitar dua bilion ringgit untuk persidangan itu. Siapakah 
yang dapat menjanjikan bahawa pemimpin negara Islam yang 
utama akan menghadirkan diri? Apakah yang terjadi dengan 
persidangan pemimpin negara Islam baru-baru ini? Bukankah 
semua perbelanjaan itu membazir sahaja?  
 
Projek gila-gila semacam itu dilakukan kerana Mahathir 
mahukan nama dan jolokan dalam konsep ?Malaysia Boleh?. 
Tetapi di depan mata, projek untuk menjadikan bolasepak 
sebagai satu industri mengaut keuntungan sosial dan 
kewangan negara, dibiarkan begitu sahaja. Kerana apa? 
Kerana pemimpin UMNO yang ada hampir semuanya kaki bangku 
semacam presiden mereka. Inilah bahana memilih pemimpin 
yang sejak kecil tahu tiup belon sahaja. Kenapakah kerajaan 
membiarkan syarikat tembakau menaja bolasepak di negara 
ini? Apakah kerajaan tidak sedar betapa jumlah perokok di 
kalangan anak-anak muda meningkat dua kali ganda? Mahathir 
hanya perlu mengurangkan pembelian satu jet pejuang sekitar 
USD 50 juta, untuk menjadikan biaya memajukan bolasepak 
menjadi satu industri professional dengan mengenepikan 
syarikat rokok yang selama ini menjadi penaja.  
 
Yang peliknya hampir semua pemimpin Melayu yang bergelar 
wakil rakyat tidak pernah memikirkan nasib pemain bola 
negara dan mengambil iktibar betapa bolasepak boleh 
dijadikan satu industri yang besar. Apakah semuanya 
menunggukan seorang bekas penjual belon Pekan Rabu Alor 
Star pergi dulu sebelum memikirkan semua itu?  
 
-Marhaintua -  
04 Jun, 2002.  
 
Suntingan M@R 


  
Ref URL: http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/forum.cgi?read=7151
------------------------------------------------------------
The author(s)/translator(s)/source(s) should be retained. 
Time/Date Generated: 07/06/2002 7:51 pm 
(c)KM2 and respective owners.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke