30 soalan terbuka Agendadaily untuk Azalina Othman Said

Sewaktu menghadiri majlis ramah mesra Puteri Umno bersama wartawan di Saloma
Bistro di Jalan Ampang petang Sabtu, wartawan Agendadaily ada membawa
bersama 30 soalan untuk dikemukakan kepada ketua penajanya,Azalina Othman
Said.Ini sebagai persediaan sekiranya beliau bersedia diinterbiu untuk
menjawab berbagai persoalan khususnya mengenai konflik pucuk pimpinan
pergerakan itu yang mencetuskan tandatanya mengenai moral
kepimpinannya.Antaranya mengenai tindak tanduknya hendak mencari penulis
upahan menghentam kalangan ahli Puteri sendiri yang dicopnya menetangnya
dalam laman web yang dibayanginya.Juga mengenai tindakan yang dilihat
sebagai satu pengainayaan yang dilakukan keatas bekas Setiausaha Kerjanya
yang menegur untuk kebaikannya sendiri dan yang utama sekali mengenai gejala
pemimpin yang dicucuk hidung,dimana sahabat karibnya Datin Sabrina diketahui
umum oleh lingkungan Puteri Umno sebagai orang luar yang “begitu berkuasa”
mencaturkan itu ini sehingga mencetuskan konflik dalam barisan pimpinan
pergerakan itu.Azalina mengelak ketika dihampiri oleh wartawan Agendadaily
untuk ditanya.Berikut disiarkan 30 soalan berkenaan.


1)Sejak pelancaran Puteri Umno yang kini masih di peringkat penajaan iaitu
belum sampai tempoh setahun jawatan Setiausaha Kerja dan Bendahari Puteri
Umno masing-masing sudah tiga kali bertukar orang.Jawatan Ketua Penerangan
juga sudah berganti.Jarang dalam mana-mana organasasi atau pertubuhan
politik berlaku pertukaran yang begitu kerap.Apa sebenarnya masalah dalam
pentabiran Puteri hingga ini berlaku – kerana prestasi atau peribadi.?

2)Barisan Exco yang menjadi “core group” penubuhan Puteri Umno diketahui
umum telah berpecah.Kebanyakan dari anggotanya adalah bekas petugas setia
Cik Azalina di Biro Tindakan Sivil (BTS) .Ada yang meletak jawatan dan ada
dalam istilah “dibekukan” hingga tidak boleh menghadiri acara Puteri
sendiri.Pelik bunyinya seorang exco tidak boleh menghadiri acara
pergerakannya sendiri.Melihat pada pertukaran kerap jawatan di Pejabat
Puteri dan pertikaian di kalangan exco, ramai yang melihat corak kepimpinan
Cik Azalina dengan penuh tandatanya. Boleh Cik Azalina menghuraikan secara
terperinci masalah yang dilihat begitu teruk sekali ?

3)Kita juga mendapat maklumat bahawa kumpulan “penasihat” atau think tank
yang Cik Azalina wujudkan secara tidak rasmi untuk menjadi forum pencambahan
pendapat yang terdiri dari kalangan ahli Puteri yang pakar dalam berbagai
bidang juga sudah “hanyut” kerana pertikaian peribadi sesama sendiri.Ada
yang mendakwa perpecahan barisan think tank itu berpunca dari sikap Cik
Azalina sendiri yang tidak senang melihat wujudnya seorang tokoh yang lebih
hebat dan boleh mengugat kedudukan Cik Azalina sendiri.Apakah betul Cik
Azalina bimbang wujud saingan dalam mengejar jawatan Ketua Puteri Umno yang
rasmi Oktober ini ?

4)Ada juga dakwaan yang mengatakan banyak program Puteri Umno hanya besar
dari segi publisiti sahaja tetapi pengisiannya dan followup tidak ada.Boleh
Cik Azalina bagi contoh antara program yang begitu berkesan yang
dilaksanakan oleh Puteri Umno setakat ini?



5)Boleh Cik Azalina sah atau nafikan dakwaan mengatakan beberapa buah van
dan kereta Puteri Umno didaftarkan atas nama abang Cik Azalina.Kalau tidak
benar atas nama siapa ia didaftarkan.Kalau benar kenapa perlu begitu?



6)Bab campurtangan orang luar dalam pentabiran dan decision making Puteri
Umno didakwa adalah antara masalah yang dikatakan serius dalam corak
kepimpinan Cik Azalina setakat ini.Sudah menjadi rahsia umum di lingkungan
Puteri sahabat karib Cik Azalina iaitu Datin Sabrina yang bukan ahli Puteri
boleh mencaturkan itu ini dalam Puteri.Malah ada yang berkata nak tukar
langsir pun kena dapat restunya dulu.AD mendapat banyak pengakuan dari
kalangan ahli Puteri mengenai hal ini?.



7)Lagi soalan mengenai Datin Sabrina.Pergolakan di dalam barisan pimpinan
Puteri Umno dikatakan sebahagiannya berpunca darinya.Dia dikatakan tidak
senang hati melihat sesiapa sahaja terlalu rapat dengan Cik
Azalina.Bagaimana Cik Azalina boleh membenarkan pekara ini berlaku sehingga
macam-macam sudah kedengaran di luar tentang campurtangannya ?.



8)Jika Cik Azalina hendak menafikannya.Kita ada bukti pita rakaman perbualan
Datin Sabrina sedang berkomplot dengan beberapa orang ahli Puteri hendak
menyingkirkan bekas Exco, Erma Fatima kerana sangat cemburu melihatnya
terlalu rapat dengan Cik Azalina.



9)Ramai yang tertanya-tanya apa urusannya dan hak Datin Sabarina boleh
campurtangan dalam urusan Puteri sebegitu mendalam sekali.Jadi siapa yang
benar-benar berkuasa dalam Puteri Umno sekarang? Dari sudut pandangan Cik
Azalina dimana letaknya moral seorang pemimpin yang begitu dan salahkah jika
ada pihak yang menentang Cik Azalina kerana membiarkan gejala ini berleluasa
dalam Puteri Umno?

10)Dalam buku dan tok guru politik mana Cik Azalina belajar boleh bawa masuk
kawan dari luar campuri urusan pimpinan politik hinggakan orang itu boleh
dictate itu ini ?



11) Kejadian yang menimpa bekas Setiausaha Kerja Puteri Umno yang bernama
Mas Ayu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu penginayaan sekalipun Cik
Azalina ada kuasa penuh mengambil dan buang sesiapa.Apakah Cik Azalina rasa
tindakan Cik Azalina wajar kerana ia dikatakan berpunca dari keberaniannya
menegur Cik Azalina kerana tidak puashati cara Datin Sabrina memperlakukan
seorang pemimpin besar Umno dengan membawa masuk sekumpulan pondan dan
berkelakuan “salah tempat” di majlis rumah terbuka Cik Azalina DI Shah Alam
pada 31 Disember lalu .



12)Sebagai pemimpin politik apakah komen Cik Azalina mengenai tindak tanduk
Datin Sabrina.Tidakkah perbuatan ini yang berlaku di depan para diplomat dan
jemputan lain yang terdiri dari orang kenamaan boleh merendahkan martabat
Cik Azalina sebagai Ketua Penaja Puteri Umno.Apakah ini cara Cik Azalina
jaga nama baik Umno .Salahkah seorang pemimpin ditegur oleh anakbuahnya jika
itu untuk kebaikannya sendiri.



13)Lebih dasyat lagi AD mendapat tahu Mas Ayu telah melalui berbagai
harrasment dan gangguan dari orang-orang yang tidak dikenali termasuk ada
yang meletakan pisau di wiper keretanya sedangkan semua ini tidak pernah
berlaku padanya sehinggalah meletakan jawatan Setiausaha Kerja kerana
menghadapi tekanan dari Cik Azalina sendiri.Kita tidak tuduh Cik Azalina
terlibat tetapi apa komen Cik Azalina tentang kejadian-kejadian seperti
ini.?



14)Ada yang mendakwa sudah wujud budaya gestapo dalam Puteri Umno bukan
sahaja gangguan yang dihadapi oleh Mas Ayu tetapi beberapa orang lain yang
dicop sebagai penentang Cik Azalina.Ada laporan polis dibuat kerana gangguan
ini termasuk telefon mengugut dan “mengempur” mereka ini sampai ke
rumah.Budaya jenis apa yang ingin dibawa oleh Puteri Umno.Boleh Cik Azalina
komen?



15)Satu macam ketakutan nampaknya wujud dikalangan para penentang Cik
Azalina yang dilabelkan “Enam Jahanam” untuk tampil ke depan kerana berbagai
alasan termasuk ada yang menelefon ke pejabatnya menghasut majikan mereka
membuang kerja.Kita tahu Cik Azalina akan nafikan tahu menahu hal ini tetapi
ini hakikatnya dan ini bukan cerita dongeng.



16)Setakat ini Erma seorang diri berani membuat kenyataan terbuka mengenai
konflik Puteri Umno.Inipun setelah dicabar oleh laman web yang Cik Azalina
bayangi serta dakwanya persahabatan anda berdua dikhianati oleh Cik Azalina
sendiri.AD juga turut dicabar oleh laman web Cik Azalina .Bila lagi Cik
Azalina nak bersuara.Biasanya kata orang berani kerana benar..takut kerana
salah.Disebelah mana yang Cik Azalina nak berada sekarang?

17)Wajarkah Cik Azalina dan penyokong-penyokong Cik Azalina terus cop mereka
yang menentang kepimpinan Cik Azalina sebagai kumpulan yang membantu parti
pembangkang.Cik Azalina seorang peguam,betul ke kalau lawan tauke sudah kira
masuk parti pembangkang. Mereka mungkin berbeza pendapat dan mungkin kerana
konflik peribadi.Tidakah tindakan seweng-wenangnya cop kalangan ahli yang
menentang puak pembangkang satu perbuatan orang yang gabra tak tentu hala
dan cetek fikiran dari segi politik?



18)Apakah Cik Azalina merasa Cik Azalina ini sahajalah orang yang paling
sempurna dan satu-satunya tokoh yang mampu mendokong parti Umno? (kenyataan
Cik Azalina menuduh penentang Cik Azalina bantu pembangkang terkandong dalam
mesej SMS kepada Erma Fatima)





19)Bercakap bab SMS itu yang AD kata sebagai bukti Cik Azalina telah
bertindak mencari penulis upahan untuk digunakan dalam laman web yang Cik
Azalina bayangi itu,AD mendapat pengesahan dari syarikat telefon berkenaan
mengatakan mesej SMS asal dari segi teknikal tidak boleh dipinda.Apakah Cik
Azalina hendak mengesah atau menafikan mesej itu dari telefon bimbit Cik
Azalina.Nombor yang tercatat pada mesej SMS itu terbukti adalah dari nombor
telefon Cik Azalina sendiri.Contohnya mesej SMS jemputan soalsiasat bukan
diterima oleh Erma seorang sahaja tetapi juga Rohaya Atan?



20)Apakah Cik Azalina menghadapi tentangan yang terlalu kuat dalam Puteri
Umno hingga jadi desperado terpaksa mencari penulis upahan.Juga tidakkah Cik
Azalina sedar bahawa Presiden Umno Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad sendiri
sangat marah kalangan ahli parti yang mengunakan khidmat penulis
upahan.Perbuatan seumpama ini juga dikatakan boleh memecah belahkan
perpaduan parti.Apa komen Cik Azalina mengenai hal ini?



21)Apa kata kalau setiap orang penentang Cik Azalina itu buka laman web
sendiri hentam balik Cik Azalina.Mahukah Cik Azalina lihat berlakunya perang
siber dikalangan ahli Umno dengan menjadi pelopor menerusi laman web yang
Cik Azalina bayangi?



22)Minta maaf AD menuduh Cik Azalina terlibat secara langsung dalam laman
web itu.Ini kerana AD ada bukti modus operandi Cik Azalina.Ada apa-apa yang
Cik Azalina nak komen tentang tuduhan AD itu?



23)Apa yang menjadi tandatanya ramai ialah mengapa Cik Azalina menawarkan
Erma Fatima sebagai Exco Puteri jika benar seperti dakwaan laman web yang
Cik Azalina bayangi itu dia mempunyai sejarah hidup yang tidak baik.Masakan
Cik Azalina tidak periksa layar belakangnya dulu sebelum membuat tawaran
perlantikannya?



24) Juga jika sudah tahu dia berperangai buruk dan mengelapkan wang Puteri
seperti yang didakwa kenapa Cik Azalina menawarkanya untuk menjadi penulis
upahan (seperti dalam mesej SMS lengkap dengan ganjarannya sekali).Adakah
ini cara Cik Azalina mempermainkan orang atau menghukum orang.Tidakkah
persetujuan Cik Azalina menerimanya sebagai tanda pengitirafan kemampuannya
menulis dan sebagainya dari sudut penilaian Cik Azalina sendiri?



25)Kalau Cik Azalina nak menafikan hal ini AD nak bertanya bagaimana
tulisannya boleh dimuatkan dalam laman web yang Cik Azalina bayangi
itu.Apakah Erma ada ilmu David Copperfield. Bukankah ia perlu mendapat restu
sesiapa dan semua tulisannya ditapis dulu oleh orang-orang Cik Azalina
.Takkan Cik Azalina dan pengendali laman web berkenaan bodoh sangat hingga
melepaskan semua tulisannya begitu sahaja.Kalau begitu halnya siapa yang
bermotif tidak baik di sini ?



26)Apakah pandangan Cik Azalina tentang peranan wartawan.Biasanya bila
wartawan buat pendedahan sikit sudah di tuduh macam-macam.Bagi kalangan
wartawan ini sudah hal biasa. No sweat. Apakah sesuatu keburukan yang
didedahkan demi kebaikan agar ia dapat diperbetulkan segera sesuatu yang
salah dari segi etika kewartawanan dan Cik Azalina suka wartawan jenis yang
macam mana.Wartawan penyebar fitnah dan surat layang atau mencari berita
secara profesional?



27)Cik Azalina sendiri pernah menjadi pengacara rancangan Dateline Malaysia
di NTV7 yang hebat bertanya tetamu bertubi-tubi…,jadi apakah bila Cik
Azalina sudah jadi ahli politik sekarang merasa wartawan hanya perlu jadi
“tukang catat” tentang kisah kebaikan dan jilat Cik Azalina sahaja.Itu baru
masuk kelas wartawan dari kacamata Cik Azalina atau itu yang diajar dalam
kelas kuliah undang-undang?



28)AD tidak ada apa-apa agenda peribadi terhadap Cik Azalina.Laporan AD
menjurus soal moral kepimpinan Cik Azalina berdasarkan “tip” dari transkrip
soalsiasat di pejabat Puteri Umno dan dari maklumat-maklumat dari berbagai
pihak yang kita perolehi selepas itu .Kita melihat laman web yang Cik Azalin
a bayangi cuba “main silap mata” untuk melarikan perhatian kepada isu
sebenar.Ramai yang melihatnya tidak lebih cara orang yang nak melindung diri
dengan tidak address to the issue .Bagi AD laman web itu adalah sinonim
dengan Cik Azalina kerana ia menjadi “suara” Cik Azalina dan tempat Cik
Azalina “baling batu sembunyi tangan”. SMS Cik Azalina kepada Erma sudah
cukup untuk membuktikan penglibatan Cik Azalina dalam laman web itu lengkap
dengan arahan tulis tentang itu ini. Apa komen Cik Azalina?



29) Dalam SMS kepada Erma Fatima dan juga Rohaya Atan, Cik Azalina ada
berkata hendak bawa para penentang Cik Azalina cakap berdepan dengan
Presiden dan Timbalan Presiden Umno untuk menyelesaikan masalah ini.Kenapa
sampai hari ini tidak bawa mereka mengadap.Sampai bila konflik ini nak
dibiarkan berterusan kerana nampaknya Cik Azalina memang tidak mampu handle
pekara sekecil inipun untuk diselesaikan secara dalaman?



30)Ada dikalangan penentang Cik Azalina mendakwa persetujuan Cik Azalina
untuk mengadakan pertemuan di pejabat Puteri Umno pada malam 10 Mei itu
(yang tiba-tiba Cik Azalina sendiri tidak hadir) tidak lebih dari hasrat
untuk mendapatkan maklumat apa bukti yang mereka ada dalam membuat berbagai
dakwaan terhadap Cik Azalina .Menurut mereka jika Cik Azalina mendapati
mereka ada bukti kukuh maka Cik Azalina tidak mungkin berani bawa mereka
bersemuka dengan Dr Mahathir atau Pak Lah.Mereka mendakwa sebab itulah
sehingga hari ini Cik Azalina tidak tunai janji itu kerana bimbang berbagai
hal tentang Cik Azalina terbongkar.Kalau mereka sudah berani
menyelesaikannya secara berdepan ..apa perlunya Cik Azalina pula takut.Siapa
sebenarnya yang takut sekarang. Bukankah sikap seumpama ini boleh
menimbulkan berbagai spekulasi .Apa komen Cik Azalina tentang ini. ?



Nota: Jika ada soalan-soalan tambahan AD akan kemukakan dari masa ke semasa
menerusi apa yang kita boleh panggil interbiu menerusi alam siber .







*********************************************
You have your work,I have my work to do…..



Dua wartawan kanan Agendadaily “turun” ke majlis ramah mesra Puteri Umno
dengan wartawan yang di adakan di Restoran Saloma Bistro di Jalan Ampang
petang Sabtu.

Assignment mereka - dapatkan komen dari Ketua Penaja Puteri Umno,Azalina
Othman Said mengenai berbagai persoalan seperti yang disiarkan dalam
Agendadaily khususya mengenai laman web dibayanginya yang didapati giat
menghentam para penentangnya dalam pergerakan itu dan isu mesej SMS darinya
kepada bekas exco Puteri, Erma Fatima untuk mencari penulis upahan.

Ini bagi memberi peluang kepada Azalina menjelaskannya.

Pengarang Agendadaily,Douglas Tay berkesempatan seketika menyapanya sambil
memperkenalkan diri untuk mengemukakan soalan mengenainya secara in private
sebagai menghormati majlis ramah mesra itu.

Transkripnya ringkas sahaja : “Cik Azalina,I have a few questions for
you.Your SMS to Erma…,tanya Douglas.

Belum sempat habis soalan ,Azalina membalasnya, you have your work,I have my
work to do...

Azalina terus beredar untuk bersalaman dengan para tetamu lain meninggalkan
persoalan itu tidak terjawab.

Sepanjang majlis itu ,Pengarang Bersekutu Agendadaily, Zulkafly Baharuddin
duduk di meja utama sebelah Azalina.

Perbualan berlangsung mesra antara mereka dan tetamu lain yang duduk di meja
berkenaan.Tidak ada sidang akhbar ditetapkan dalam jadual acara majlis itu.

Selain dari jamuan makan turut diadakan persembahan dari ahli Puteri dan
cabutan bertuah.

Namun begitu semasa bercakap di salah sebuah meja wartawan yang menjadi
tetamu majlis itu,Azalina juga tidak menyentuh apapun tentang soal itu.

Dicelah itu seorang wartawan sempat bertanya tentang kumpulan penentangnya
dalam Puteri Umno yang dilabel “Enam Jahanam” Mereka terdiri dari beberapa
orang bekas Exco dan mereka yang masih memegang jawatan itu.

Azalina berkata beliau bersedia ditentang dalam pemilihan jawatan pergerakan
itu Oktober ini. “Siapapun boleh bertanding asalkan mereka ahli Puteri”.

Katanya ini adalah selaras dengan prinsip demokrasi yang dipegang oleh Umno.

Sumber-sumber kumpulan itu memberitahu Agendadaily baru-baru ini mereka akan
meletak “walaupun orang buta” untuk bertanding menentang Azalina.

Datin Sabrina ,sahabat karib Azalina yang diketahui dikalangan lingkungan
Puteri Umno mempunyai pengaruh besar keatasnya tidak kelihatan di majlis
itu.Suami Sabrina adalah pemilik restoran itu.



begin 666 ATT00007.htm M/"%$3T-465!%($A434P@4%5"3$E#("(M+R]7,T,O+T141"!(5$U,(#0N,"!4 M6%N9R!D:6QI:&%T('-E8F%G86D@6%N9R!D:6QA:W5K86X@:V5A=&%S( T*8F5K87,@4V5T M:6%U6$@6%N9R!U=&%M82 -"G-E:V%L:2!M96YG96YA:2!G M96IA;&$@<&5M:6UP:6X@>6%N9R!D:6-U8W5K(&AI9'5N9RQD:6UA;F$@F%L:6YA M(&UE;F=E;&%K(&ME=&EK82!D:6AA;7!I&-O('EA;F<@#0IM96YJ M861I("8C.#(R,#MC;W)E(&=R;W5P)B,X,C(Q.R!P96YU8G5H86X@4'5T97)I M(%5M;F\@9&EK971A:'5I('5M=6T@=&5L86@@#0IB97)P96-A:"Y+96)A;GEA M:V%N(&1A6$@6%N9R!#:6L@07IA;&EN82!W=6IU M9&MA;B!S96-A75T)B,X,C(Q.R!K97)A;F$@ M<&5R=&EK86EA;B!P97)I8F%D:2!S97-A;6$@#0IS96YD:7)I+D%D82!Y86YG M(&UE;F1A:W=A('!E6%N9R!L96)I:" -"FAE8F%T(&1A;B!B;VQE:"!M96YG=6=A="!K961U9'5K M86X@0VEK($%Z86QI;F$@6%K('!R;V=R86T@4'5T97)I( T*56UN;R!H86YY82!B97-A6%N9R -"F)E9VET M=2!B97)K97-A;B!Y86YG(&1I;&%KF%L:6YA+DMA;&%U('1I9&%K( T* M8F5N87(@871A6%N9R!D:6MA=&%K86X@F%L:6YA M+D)A9V%I;6%N82!#:6L@#0I!>F%L:6YA(&)O;&5H(&UE;6)E;F%R:V%N('!E M:V%R82!I;FD@8F5R;&%K=2!S96AI;F=G82!M86-A;2UM86-A;2!S=61A:" - M"FME9&5N9V%R86X@9&D@;'5AF%L:6YA(&AE;F1A:R!M96YA M9FEK86YN>6$N2VET82!A9&$@8G5K=&D@<&ET82!R86MA;6%N('!E6%N9R!T97)T86YY82UT86YY M82!A<&$@=7)U6%N9R!B96=I='4@9&%N('-A;&%H:V%H M(&II:V$@861A( T*<&EH86L@>6%N9R!M96YE;G1A;F<@0VEK($%Z86QI;F$@ M:V5R86YA(&UE;6)I87)K86X@9V5J86QA(&EN:2!B97)L96QU87-A(&1A;&%M M( T*4'5T97)I(%5M;F\_(#Q"4CX\0E(^,3 I1&%L86T@8G5K=2!D86X@=&]K M(&=UF%L:6YA(&)E;&%J87(@#0IB;VQE M:"!B87=A(&UA6%A;B!S96MA M;&EP=6X@#0I#:6L@07IA;&EN82!A9&$@:W5A6$@#0IM96YE9W5R($-I:R!! M>F%L:6YA(&ME6%N9R!T97)D:7)I(&1A M6%N9R!M M96QE=&%K86X@<&ES874@9&D@=VEP97(@:V5R971A;GEA('-E9&%N9VMA;B!S M96UU82!I;FD@=&ED86L@<&5R;F%H(&)EF%L:6YA('1E6%N9R!I;F=I;B!D:6)A=V$@;VQE:"!0=71E M6%N9R!M96YE;&5F;VX@:V4@<&5J86)A=&YY82!M96YG:&%S=70@ M;6%J:6MA;B!M97)E:V$@#0IM96UB=6%N9R!K97)J82Y+:71A('1A:'4@0VEK M($%Z86QI;F$@86MA;B!N869I:V%N('1A:'4@;65N86AU(&AA;"!I;FD@=&5T M87!I(&EN:2 -"FAA:VEK871N>6$@9&%N(&EN:2!B=6MA;B!C97)I=&$@9&]N M9V5N9RX@#0H\4#X\0E(^/$)2/C$V*5-E=&%K870@:6YI($5R;6$@6%N9R!#:6L@07IA;&EN82!N86L@8F5R861A M('-E:V%R86YG/R \0E(^/$)2/C$W*5=A:F%R:V%H( T*0VEK($%Z86QI;F$@ M9&%N('!E;GEO:V]N9RUP96YY;VMO;F<@0VEK($%Z86QI;F$@=&5R=7,@8V]P M(&UEF%L:6YA('1E;&%H( T*8F5R=&EN M9&%K(&UE;F-A6%N9R!T97)C871A="!P861A(&UE6$@071A;C\@#0H\4#X\0E(^/$)2/C(P*4%P86MA:"!#:6L@ M07IA;&EN82!M96YG:&%D87!I('1E;G1A;F=A;B!Y86YG('1E6%N9R!#:6L@07IA;&EN82!B87EA M;F=I(&ET=2!D:6$@;65M<'5N>6%I('-E:F%R86@@:&ED=7 @>6%N9R!T:61A M:R!B86EK+DUA6%R(&)E;&%K86YG;GEA(&1U;'4@F%L:6YA(&UE;F%W87)K86YY82!U;G1U:R!M96YJ861I( T*<&5N M=6QI6$@9&%R:2!S=61U="!P96YI M;&%I86X@0VEK($%Z86QI;F$@F%L:6YA(&YA:R!M96YA9FEK86X@:&%L(&EN:2!!1"!N86L@ M8F5R=&%N>6$@8F%G86EM86YA( T*='5L:7-A;FYY82!B;VQE:"!D:6UU871K M86X@9&%L86T@;&%M86X@=V5B('EA;F<@0VEK($%Z86QI;F$@8F%Y86YG:2!I M='4N07!A:V%H( T*17)M82!A9&$@:6QM=2!$879I9"!#;W!P97)F:65L9"X@ M0G5K86YK86@@:6$@<&5R;'4@;65N9&%P870@F%L:6YA("Y486MK86X@0VEK($%Z86QI;F$@#0ID86X@<&5N M9V5N9&%L:2!L86UA;B!W96(@8F5R:V5N86%N(&)O9&]H('-A;F=A="!H:6YG M9V$@;65L97!A6$@8F5G:71U('-A:&%J M82Y+86QA=2!B96=I='4@:&%L;GEA('-I87!A('EA;F<@8F5R;6]T:68@=&ED M86L@8F%I:R!D:2 -"G-I;FD@/R -"CQ0/CQ"4CX\0E(^,C8I07!A:V%H('!A M;F1A;F=A;B!#:6L@07IA;&EN82!T96YT86YG('!E6$@#0IB:6QA('=A6%N9R -"F1I9&5D86AK86X@ M9&5M:2!K96)A:6MA;B!A9V%R(&EA(&1A<&%T(&1I<&5R8F5T=6QK86X@6%N9R!M86-A;2 -"FUA;F$N5V%R=&%W86X@<&5N>65B87(@9FET;F%H(&1A M;B!S=7)A="!L87EA;F<@871A=2!M96YC87)I(&)EF%L:6YA('-E;F1I M6$@=&5T86UU(&)EF%L:6YA(&)E6%N9R!#:6L@07IA;&EN82!B87EA;F=I( T*8W5B M82 F(S@R,C [;6%I;B!S:6QA<"!M871A)B,X,C(Q.R!U;G1U:R!M96QAF%L:6YA(&MEF%L:6YA( T*861A(&)E M65L97-A:6MA;B!M87-A;&%H(&EN M:2Y+96YA<&$@#0IS86UP86D@:&%R:2!I;FD@=&ED86L@8F%W82!M97)E:V$@ M;65N9V%D87 N4V%M<&%I(&)I;&$@:V]N9FQI:R!I;FD@;F%K(&1I8FEAF%L:6YA('1I9&%K(&UU;F=K:6X@8F5R86YI M(&)A=V$@;65R96MA(&)EF%L:6YA('!U;&$@=&%K=70N4VEA<&$@6%N9R!K:71A(&)O;&5H('!A;F=G:6P@:6YT97)B:74@ M;65N97)U6$@9&%L86T@<&5R9V5R86MA;B!I='4@9&%N(&ES=2!M97-E M:B!335,@9&%R:6YY82 -"FME<&%D82!B96MA&-O(%!U=&5R:2P@17)M M82!&871I;6$@=6YT=6L@;65N8V%R:2!P96YU;&ES('5P86AA;BX@#0H\4#Y) M;FD@8F%G:2!M96UB97)I('!E;'5A;F<@:V5P861A($%Z86QI;F$@;65N:F5L M87-K86YN>6$N( T*/% ^4&5N9V%R86YG(#Q)/D%G96YD861A:6QY/"])/BQ$ M;W5G;&%S(%1A>2!B97)K97-E;7!A=&%N('-E:V5T:6MA(&UE;GEA<&%N>6$@ M#0IS86UB:6P@;65M<&5R:V5N86QK86X@9&ER:2!U;G1U:R!M96YG96UU:V%K M86X@6$@6]U(&AA=F4@>6]U3PO23XL(%IU;&MA9FQY( T*0F%H87)U9&1I;B!D=61U:R!D M:2!M96IA('5T86UA('-E8F5L86@@07IA;&EN82X@#0H\4#Y097)B=6%L86X@ M8F5R;&%N9W-U;F<@;65S6%N9R!D=61U:R!D:2!M96IA( T*8F5R:V5N86%N+E1I9&%K(&%D82!S M:61A;F<@86MH8F%R(&1I=&5T87!K86X@9&%L86T@:F%D=6%L(&%C87)A(&UA M:FQI6%N9R!M96YJ M861I( T*=&5T86UU(&UA:FQI6$@:6YI M(&%D86QA:"!S96QA2 \+TD^8F%R=2UB M87)U(&EN:2 -"FUE6$@=&ED86L@:V5L:6AA=&%N(&1I(&UA:FQI<R -"FET=2Y3=6%M:2!386)R M:6YA(&%D86QA:"!P96UI;&EK(')E<W1O<F%N(&ET=2X\+U ^/"]&3TY4/CPO 41$E6/CPO0D]$63X\+TA434P^#0H` ` end



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Reply via email to