*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ bukan terniat untuk menyanggah pandangan ini, namun hakikatnya mestilah diterima bahawa negara yang saudara, saya, bangsa lain hidup di atas ini yang dinamakan Malaysia adalah berasalmula ketamadunannya dari Melayu ( Kita perlu pandangan ahli antropologi di sini untuk menghuraikannya). Orang asal mula di panggil kaum pribumi asli namun setelah melalui proses pencernaan ketamadunan maka bangsa melayu diwar-warkan sbg. bangsa utama yang mendiami Negeri Tanah Melayu (malay Peninsular). Gugusan Kepulauan Melayu menrangkumi Tanah Melayu, Sumatra, Jawa, Borneo, sedikkit di Filipina. Maka suatu masa dulu kita melihat mendengar Empayar Melaka, Johor-Riau, etc. Kita juga telah mengetahui sejarah susur galur kesultanan negeri masing-masing. Kita juga mendengar sejarah penjajahan belanda, portugis dan inggeris. MALAH KALAU YANG INGAT sejarah pemerentahan BINTANG TIGA yang mengambil alih mentadbir Tanah Melayu (Malaya) semasa "waktu kekosongan" yakni semasa pengunduran tentera Jepun dan kehadiran semula British. Lompang waktunya terlampau singkat namun penderitaannya masih terasa oleh BANGSA yang bergelar MELAYU hingga ke hari ini. Orang lama (yang hidup di era ini boleh dirujuk pengkisahan masa Bintang Tiga mengamuk ini) boleh cerita hal ini. Berbalik di Tanah Melayu (malaya dan sekarang Malaysia), kita tengok kemerdekaan, intipati kemerdekaan ternyata memihak kepada melayu sebagai bangsa ketuanan di Malaya. Orang Melayu dilihat sebagai bangsa yang boleh bertolak ansur (toleransi) dan dengan itu British telah memberi kuasa mutlak "dominant" untuk mentadbir dan mengurus Malaya. Pihak Brittish telAH MEMANTAU Malaya dan memberi ingatan bahawa jika Melayu tidak menunjukkan klewibawaannya untuk memerentah Malaya (rakyat yang pelbagai bangsa), maka British akan kembali mentadbir Malaya. BEGITULAH serba sedikit pengkisahan sejarah kita. Saya tidak menyatakan BILA bangsa Cina, BILA bangsa India datang dan tiba ......... Partai Perikatan - UMNO - pas bila munculnya .... (pun saya tak mahu mengungkitnya).
SEJAK BILA tuan-tuan mula meragui bangsa Melayu ini ???????? sejak PAS berpisah dengan BN pada tahun 1974 ?, sejak berlakunya peristiwa melibatkan DSAI ???? Saya masih ingat lagi sewaktu saya tinggal di Pulau Pinang pada awal tahun 1980an, banyak kenangan manis saya di situ dan tahu betapa nilainya sbg. bangsa melayu ...... INGATLAH, EKONOMI sudah jatuh ketangan bangsa lain, cuma yang tinggal hanyalah KUASA. MAKA, pergunakanlah pemilikan ini sebaik mungkin. Kita bukan menyalahgunakan pemilikan ini CUMA sekarang ini kita cuba mengimbau PEMILIKAN bumiputra dengan bukan Bumi di bumi Malaysia. Kesejahteraan Malaysia hanya boleh dilihat jika bangsa Melayu tidak melarat di bumi sendiri. (kita tengok sejarah di Fiji - pertentangan muncul antara masyarakat pribumi dan kaum pendatang (India). LIHATLAH SEJARAH. BERSATULAH. --- alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > (on suria .fke.utm.my) > > aliasm.vcf was scanned by Interscan Viruswall on > suria.fke.utm.my and no virus found. > ------------------------------------------------------------------------ > > Pengalaman Manis di Kursus Bina Negara > > Setelah lima hari empat malam berkurung di Kem Bina > Negara Meru Klang > saya benar-benar dapat merasakan bagaimana > kebimbangan yang amat sangat > pihak yang cenderung kepada parti UMNO dari > kehilangan kuasa. > > Dengan menggunakan nama Melayu kami ditakut-takutkan > akan kehilangan > segala-galanya kalau Melayu atau khususnya parti > UMNO tidak berkuasa > lagi. > > Walaupun kerajaan BN sendiri telah membuat dasar dan > peraturan supaya > pensyarah tidak terlibat dengan politik, tetapi pada > pengamatan saya > selama berada di Kem Bina Negara kami seperti > dijemput untuk terlibat > sama dengan percaturan politik negara. > > Mungkin untuk jangka pendek taktik menakut-nakutkan > yang digunakan oleh > kerajaan BN ini dapat meraih simpati orang-orang > Melayu untuk tidak > memberi undi kepada pembangkang, tetapi untuk jangka > masa yang panjang > negara kita tidak akan mendapat apa-apa manafaat > darinya. > > Saya dapat merasakan kursus seperti ini akan > menanamkan rasa tidak senang > dan curiga di hati kita terhadap kaum-kaum lain yang > ada di negara ini. > > Kadang-kadang terasa pelik juga, di waktu > pemimpin-pemimpin kita berucap > dan bercakap perlunya kepada hidup bersatu padu > antara kaum tetapi dalam > pada waktu yang sama kursus-kursus yang melebarkan > jurang antara kaum > terus digalakkan. > > Kita tidak boleh selamanya menyalahkan sejarah silam > kerana kehadiran > kaum Cina dan India ke negara ini. Samada kita mahu > atau tidak kita kena > berpijak di bumi nyata, kena terima hakikat kaum > Cina dan India adalah > juga sebahagian dari rakyat di negara ini. > > Apapun terjadi, susah dan senang kita terpaksa hidup > bersama-sama mereka > juga. Kita boleh bersikap tidak peduli antara satu > kaum dengan kaum yang > lain kiranya kita dapat membahagikan negara ini > kepada tiga negara > mengikut kaum-kaum tersebut seperti yang pernah > berlaku kepada India dan > Pakistan. Tetapi membahagikan negara ini kepada tiga > negara yang > berasingan bukanlah pilihan yang kita semua > kehendaki. > > Kalau kita mahu hidup bersama di bawah satu negara, > mahu tidak mahu semua > kaum mestilah secara bersama dan bersungguh-sungguh > memikirkan halatuju > negara. Kita tidak boleh bertindak secara berasingan > yang akan > menyebabkan tindak tanduk kita akan dipandang serong > dan curiga oleh kaum > yang lain. > > Satu kerugian yang besar jika kursus-kursus Bina > Negara yang diadakan ini > bukan untuk tujuan pembinaan negara tetapi lebih > kepada pembinaan Melayu > yang hasilnya setiap orang Melayu yang melalui > kursus ini berasa seperti > terancam oleh rakan-rakan mereka dari kaum lain. > > Di kursus ini semangat kita dibakar untuk > mempertahankan kekuasaan > Melayu, memperkukuhkan perpaduan Melayu, tolong > Melayu, sokong Melayu dan > macam-macam Melayu lagi. > > Saya tidak fikir adanya orang Melayu kita yang > menyokong dan memberi > tepukan kepada Taufik Hidayat ketika beliau > menentang Wong Choong Han > dalam pertandingan badminton Piala Thomas bulan Mei > lepas walaupun kita > tahu Taufik Hidayat itu orang Melayu. > > Saya juga tidak fikir Goh Chock Tong dapat > menebalkan mukanya jika > dilihat oleh pelancung asing rakyatnya yang terdiri > dari Ahmad, Abu, Ali > dan lain-lainnya memenuhi kaki-kaki lima di Bandar > Singapura yang indah > dan maju itu dengan meminta sedekah. Malah Goh Chock > Tong berasa megah > untuk berkata taraf kehidupan orang Melayu di > Singapura lebih baik dari > kebanyakan orang Melayu di Malaysia. > > Untuk memilih pemimpin yang terbaik di kalangan > kita, tidak ada cara > yang terbaik selain dari cara demokrasi. Sistem > demokrasi dapat menjamin > peralihan kuasa dapat berlaku secara aman tanpa > kekerasan selain itu ia > dapat menjamin hanya pemimpin yang terbaik sahaja > dapat menjadi pemimpin. > > Tetapi apabila amalan demokrasi sebenar telah dinoda > dan diubahsuai oleh > pemimpin yang berkuasa mengikut kepentingan mereka > maka jadilah demokrasi > itu sebagai alat untuk menjamin pemimpin yang > memerintah untuk terus > berkuasa, bukan lagi sebagai alat yang membolehkan > pemimpin yang terbaik > mendapat peluang menjadi pemimpin seperti mana yang > sepatutnya. > > Kita tidak nafikan adanya parti politik yang > menggunakan agama untuk > meraih sokongan pengundi. Bukan sahaja dalam parti > politik, malah ada > juga orang menggunakan agama untuk menipu orang > untuk memperkayakan diri > mereka, ada juga yang menggunakan agama untuk > mendapat kedudukan dan > pangkat. Perbuatan menyalahgunakan agama untuk > kepentingan diri amat > dicela oleh Islam. > > Penyebab utama sokongan orang Melayu kepada parti > PAS pada pilihanraya > 1999 bukanlah kerana penggunaan agama oleh parti itu > tetapi tindak tanduk > dan beberapa kelemahan UMNO di masa itu telah tidak > disenangi oleh > orang-orang Melayu sendiri dan mereka telah > tunjukkan kemarahan mereka > itu dengan memberi undi kepada PAS. > > Padahal sebelum itu PAS seperti parti yang tidak > dapat bernafas > walaupun kerajaan di waktu itu lebih liberal di > mana ceramah PAS dan > akhbarnya jauh lebih bebas berbanding sekarang. > > Ini menunjukkan kekuatan PAS bukanlah kerana > penggunaan agama tetapi > kerana UMNO telah banyak buat silap. > > Orang yang berkuasa selalunya tidak dapat menerima > kelemahan mereka, > mereka sentiasa menganggap diri mereka sentiasa > betul dan mereka saja > yang boleh memerintah. Dalam keghairahan untuk > mengekalkan kekuasaan dan > tidak dapat menerima kekalahan inilah amalan-amalan > demokrasi selalunya > dicabuli supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada > mereka. > > Cabaran ke tiga Wawasan 2020 secara jelas > menyebutkan , mewujudkan dan > membangunkan masyarakat demokratik yang matang. > Tetapi apakah usaha-usaha > yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mendidik > rakyat memahami dan > menghayati amalan demokrasi. Malah pemimpin-pemimpin > kita sendiri pun > tidak pernah menunjukkan kematangan berpolitik. Di > satu ketika Hang Tuah > tidak sanggup membunuh Hang Jebat yang tidak > berkeris walaupun Hang Jebat > telah menyerahkan dirinya kepada Hang Tuah. > Begitulah kematangan > pahlawan-pahlawan Melayu. Mereka lebih rela kalah > dibunuh oleh musuh dari > membunuh musuh yang tidak bersenjata. > > Penggunaan jentera kerajaan oleh parti pemerintah > untuk kempen parti > mereka, menyekat parti-parti pembangkang untuk > berkempen melalui > media-media perdana, menyekat ceramah-ceramah dan > akhbar-akhbar parti > pembangkang adalah merupakan contoh-contoh tindakan > yang bertentangan > dengan akhlak demokrasi itu sendiri. Di manakah > wujudnya keadilan dalam > === message truncated ===> begin:vcard > n:Mohd Yusof;Alias > tel;fax:07-5566272 > x-mozilla-html:TRUE > org:Universiti Teknologi Malaysia;Kejuruteraan > Elektrik Kuasa (POWER) > version:2.1 > email;internet:[EMAIL PROTECTED] > title:Pensyarah > adr;quoted-printable:;;Fakulti Kejuruteraan > Elektrik=0D=0A81310 UTM Skudai=0D=0AJohor > Bahru=0D=0AJohor;;;; > fn:Alias Mohd Yusof > end:vcard > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup http://fifaworldcup.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: =?iso-8859-1?q?aduka=20aduka?= <[EMAIL PROTECTED]>