www.pemuda-keadilan.org

Berita // News: Setiausaha Pemuda Dalam Forum Politik Perdana Ahad
ini
      Monday, June 10, 2002 - 11:17 PM GMT


         Sekretariat Pemuda di sini mengesahkan bahawa Pergerakan
Pemuda
keADILan akan menyertai satu forum politik perdana yang akan turut
menemukan
wakil PAS dan UMNO.

            Forum yang dianjurkan oleh dua persatuan pro-kerajaan itu
akan
diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada hari Ahad ini bermula jam
9.15
pagi. Masuk adalah percuma.

            Selain Saudara Adlan Benan Omar bagi pihak keADILan, PAS
akan
diwakili oleh Dr. Dzulkifli Ahmad iaitu ketua jawatankuasa pemikirnya,
sementara UMNO pula oleh EXCO Pemuda Khairy Jamaluddin. Seorang lagi
ahli
panel adalah seorang pemikir bebas dari Singapura.
!
            Saudara Adlan Benan Omar adalah pemenang Anugerah Belia
Negara
1997 lulusan Universiti Cambridge. Sarjana Undang-undang dan Sejarah
ini
kini bertugas sebagai pengurus sebuah bank pelaburan antarabangsa.

            Sekretariat Pemuda dalam morning briefing yang dikeluarkan
pagi
ini menyatakan bahawa penyertaan Setiausaha Pemuda di dalam forum itu
melambangkan keyakinan Pemuda bahawa perjuangan yang dibawanya adalah
benar.

            "Pemuda keADILan tidak gentar membawa mesej dan ideal kita
ke
ibu pejabat UMNO sekalipun dan berhadapan dengan pemimpin Pemuda UMNO,
"
kata Pengurus Sekretariat Sdr Dylan Chai Chee Fatt.

            Orang ramai dan penyokong keADILan digesa untuk hadirberama-ramai menyaksikan forum itu.

            Mereka yang mempunyai camcorder juga diminta membawanya
untuk
membuat rakaman, memandangkan rekod UMNO sebelum ini yang selalu
memutar
belitkan kenyataan pihak lawan.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Kirim email ke