KeADILan sokong Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu

Wednesday, June 12 @ 17:05:22 MYT


KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - Naib Presiden Parti KeADILan, Dato' Sheikh
Azmi berkata, Keadilan bersikap positif terhadap keputusan kerajaan
Terengganu meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud
dan Qisas). Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau:

"Keadilan menyambut baik keputusan kerajaan Terengganu meneruskan
pembentangan Rang Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) dengan
meminda Syeksyen 9.
"Subseksyen 12(1) dan 43(1) berdasarkan perakuan dan cadangan seminar yang
diadakan baru-baru-baru ini di Kuala Terengganu.

"Sikap terbuka Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi, Menteri Besar Terengganu
dalam isu ini amat dialu-alukan, lebih-lebih lagi kerana inilah
julung-julung kali pimpinan kerajaan Negeri atau kerajaan negeri atau
kerajaan Persekutuan mengambil kira teguran masyarakat seb! elum membentang
atau meluluskan Rang Undang-undang.

Sebelum ini juga Wanita keADILan, Sisters in Islam, bahkan beberapa tokoh
wanita PAS turut mengemukakan pandangan bagi mengelakkan kekeliruan dan
menjejaskan tujuan murni Rang Undang-undang.

Malangnya, isu ini telah dipolitikkan oleh Umno, BN dan media mereka
hinggakan tergamak mempertikaikan prinsip Hudud; yang kemudiannya diolah
sebagai hudud PAS.

Mereka mempersoal mengapa Rang Undang-undang tersebut tidak dibentang kepada
awam terlebih dahulu, meskipun ia tidak pernah diamalkan oleh kerajaan Umno
dan BN.

"Justeru itu, kami menggesa agar wacana mengenai syariah, hudud dan
perundangan Islam dibahas secara terbuka, dan tidak hanya menghadkan kepada
Rang Undang-undang Terengganu atau dijadikan kesempatan menyerang PAS.

"Sikap dan pendekatan sebegini tidak akan membantu menyegarkan kefahaman
mengenai Islam dan syariah," katanya.

Malah di sebaliknya ia tamba! h menyempitkan pandangan awam khususnya bukan
Islam yang turut menyaksikan pertarungan secara negatif, kata beliau.

Maka umat Islam dan rakyat yang prihatin, katanya, termasuk inisiatif badan
Bertindak Wanita yang diketuai oleh Datuk Dr Nik Safiah Karim sewajarnya
memainkan membina, membahas malamat - maqasid syariah.

Matlamat syariah untuk mempertahankan agama, memelihara nyawa, maruah
keluarga, kebebasan berfikir dan bersuara dan mengawal harta, jelasnya.

Bagi beliau, wacana mengenai hukum Islam tidak harus dilihat secara terpisah
kerana ia berpaksikan keadilan.

Ini bermakna sandaran hukum yang menolak kezaliman, mempertahankan prinsip
kesaksamaan disisi undang-undang sama ada melibatkan jenayah atau rasuah
dilakukan oleh pembesar atau rakyat jelata; dan menjamin hak dan kebebasan
rakyat bersuara dan mengemukakan teguran walaupun terhadap ulama atau
penguasa, katanya.

Bagi beliau, perbahasan akan lebih bermakna se! andainya terikat kepada
kerangka di atas.

"Umpamanya, prinsip beban pembuktian adalah terhadap orang yang membuat
aduan atau tuduhan," katanya.

Dan dalam kes zina, jelas beliau, tujuannya sepertimana yang tertera di
dalam al-Quran (Surah An-Nur 24:4-5) ialah untuk memelihara maruah dan
kehormatan, terutamanya bagi wanita.

"Hukum hadd yang disabitkan dalam tuduhan fitnah - qazaf tersebut tidak
tepat dikenakan kepada mangsa rogol atau cubaan memperkosa; kerana hukum
Islam membedakan di antara zina dan zina bil jabri (rogol).

"Namun, beban pembuktian tidak dikecualikan walaupun tidak tidak lagi pada
empat saksi," katanya.

Perlu juga dijelaskan, kata Sheikh Azmi yang merupakan seorang bekas Mufti,
bahawa Rasulullah s.a.w menerima keterangan seorang wanita yang mengadu
dirogol tatkala di dalam perjalanan menyempurnakan solat fajr; dan Baginda
menetapkan hukuman bunuh ke atas perogol tanpa memerlukan saksi lain (rujukhadis riwayat Abu Daud dari Wa'il ibn Hajr).

Demikian pula tatkala meneliti aduan kes tertentu termasuk tempat kejadian
rogol.

Katanya, keterangan saksi-saksi wanita di kawasan yang didiami wanita wajar
diterima; sepertimana yang diperakui oleh Ibn al-Qayyim.

Dalam isu li'an, iaitu tuduhan salah laku seks oleh isteri terhadap suami,
atau sebaliknya, al-Quran hanya menetapkan keperluan sumpah bagi keduanya
(rujuk srah An-Nur:6-9), kata beliau.

"Saya sengaja menyorot ringkas beberapa isu berkaitan secara terbatas untuk
membedakan dengan kenyataan yang membayangkan prasangka terhadap hukum Islam
atau penolakan inisiatif yang diambil oleh kerajaan Terengganu.

"Saya ulangi bahawa akan bermanfaat jika ditangani dengan bijaksana dan
secara bebas," katanya.

Bagi beliau, perbahasan tidak boleh terlepas dari soal maqasid dan
keutamaan - fiqh awlawiyyat.

"Dan tatkala melebarkan wacana yang menyentuh khusus soal w! anita; maka isu
kebebasan, termasuk kebebasan beragama; pengiktirafan peranan wanita; ia
tidak terbatas pada undang-undang semata-mata kerana perlaksanaan atau
pengendalian urusan di Mahkamah Syariah juga wajar diperbaiki bagi
menghilangkan kebimbangan ramai wanita terhadap andaian sentimen yang
memihak kepada lelaki."

Beliau juga berpenbdapat, Mahkamah Syariah perlu dimantapkan dengan
penyertaan lebih ramai pegawai wanita dan pegawai pendakwa yang berwibawa.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Reply via email to