*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bukan apa aku hanya nak tahu reaksi mu syazana. aku tahu mu baca tapi jenis mu ni aku 
faham sangat sebab tu aku cc kat kamu. mudah2an aku dapat tahu alasan kamu. kalau tak 
silap aku mu ni seorang doktor. terrorlah kan? kamu faham tak hubungan federal dan 
state dalam rangkuman federalism? kalau mu tak faham politik tak usahlah buang masa 
berceramah politik. standard mu umno gedebe - kerjanya provokasi - bukan dengan ilmu 
atau intelectualism tetapi emosi haprak. maaf ya, terkasar sikit... nak buat guano

--- Bulan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> 
> 
>Tell me when this page is updated 
>
>     Laman M@RHAEN dapat diakses drp: http://marhaen0.tripod.com/ - 
>http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - 
>http://marhaen3.tripod.com/ -  http://e-umno.tripod.com/ 
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>TANYA SAMA ITU MALUAN - 1
>Bagaimana dengan tanah rizab Melayu? 
>Oleh Dr Nologareng 
>
>http://marhaen0.tripod.com/mar_a_drnologareng48.html
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>
>Mahathir bersama para jongosnya bermatian mendakwa Umno sebagai sebuah parti yang 
>memperjuangkan Ketuanan Melayu. Ini adalah retorik dan juga senjata sentimental bagi 
>mempertahankan kedudukan mereka sebagai sebuah parti yang kini bertaraf ikan bilis 
>dan terpinggir. 
>Menurut sejarah jatuh bangun politik di mana-mana juga bahagian dunia, 40 tahun 
>adalah tempoh ranum untuk sebuah kerajaan itu jatuh dan tersungkur. Itulah yang telah 
>berlaku kepada parti Kongres(1) di India, Parti Golkar di Indonesia dan juga Parti 
>LDP di Jepun. Setakat mana UmnoBn dapat bertahan di Malaysia bergantung kepada selama 
>mana berjaya ia menipu dan memutar-minda orang Melayu yang masih menganuti fahaman 
>Umno! (terutamanya 2000 penyamun yang saban tahun bersidang) 
>
>Tanah adalah suatu aset yang bukan sekadar mempunyai nilai harta bahkan ia 
>menggambarkan maruah seseorang atau sesuatu kaum. Keamanan mustahil dapat diujudkan 
>di Palestin selagi maruah mereka yang berupa tanah tempat tinggal yang telah dirampas 
>Zionis Israel tidak dikembalikan. Mereka sanggup mengubah hala perjuangan dengan  
>penubuhan skuad ‘pengebom relamati’ yang berhubungkait dengan kebebasan dan maruah 
>bangsa dan Agamanya. Perkembangan terakhir yang mengejutkan di Palestin ialah 
>kelompok Kristian Koptik juga sudah mula menubuhkan unit ‘matyrdom’ sebagai 
>tindakbalas terhadap kekejaman Israel sehingga sanggup mencemar Gereja Nativity 
>sebagai sebuat tempat lahir Nabi Isa a.s. 
>
>Malaysia yang terjajah selama 400 tahun lebih telah kehilangan sumber yang amat 
>banyak kepada Inggeris. Segala hasil mahsyul yang terdiri dari produk 
>pertanian,galian dan cukai yang dikenakan telah dipersembahkan kepada Empayar Ratu 
>yang asalnya berupa sebuah negara kepulauan sahaja.Suatu ketika mereka pernah 
>menguasai empayar yang merangkumi separuh dari bumi ini - akibat putarbelit minda! 
>
>Apa sahaja aktiviti rakyat dicukaikan. Segala keistimewaan disauk mereka dan dibawa 
>pulang sebagai persembahan kepada baginda Ratu yang bermata biru.Rakyat dan Raja-raja 
>di negara terjajah ketika itu hanya menjadi hamba dan boneka untuk diperkuda bagi 
>memperkayakan Tuan-tuan yang menjadi wakil Ratu. 
>
>Beberapa insiden yang tercatat dalam sejarah negara oleh kebangkitan Pahlawan dan 
>Pejuang Melayu telah digambarkan sebagai pengkhianat dan penjahat oleh kerajaan 
>penjajah Inggeris. Ketika itu warta dan perkhabaran semasa menggelarkan Pahlawan 
>kebanggaan Melayu seperti Mat Kilau dan Datok Bahaman sebagai golongan terbuang, 
>anti-pembangunan dan pengkhianat kepada negara. Hanya setelah kerajaan bertukar 
>kepada anak watan barulah sejarah diperbetulkan dengan mereka dihormati sebagai 
>PAHLAWAN BANGSA. 
>
>Begitu juga sejarah perjuangan pahlawan lain-lain bangsa seluruh dunia seperti Nelson 
>Mandela, Mahatma Ghandi, Jose Rizal dan Soekarno. Semuanya berhubung-kait dengan 
>tanahair sekaligus menggambarkan perjuangan untuk maruah bangsa. Tanah adalah sinonim 
>dengan perjuangan dan ketuanan. Malangnya negara kita kembali menyusut ke belakang, 
>terjajah sepertimana zaman Inggeris - cumanya kini mereka bermata coklat dan berkulit 
>sawo matang sama seperti kita. 
>
>Hakikat penyusutan dan pengecilan tanah Rizab Melayu bukan lagi suatu omongan, bahkan 
>ia adalah hasil gerakan secara terancang yang bertopeng di sebalik kemajuan dan 
>pembangunan. Ini akan lebih mudah difahami apabila kita menyingkap kembali laporan 
>Hansard Parlimen yang menyentuh janji seorang wakil rakyat yang kemudiannya dikenali 
>pula sebagai UltraMelayu. Sebagaimana Ultraman yang hanya berjaya memperdayakan 
>kanak-kanak, UltraMelayu ini juga kini hanya dipercayai oleh minoriti Melayu yang 
>masih lagi kecerdasan otaknya setara kanak-kanak. 
>
>“Mahathir @ UltraMelayu telah memperakui bahawa kedudukan Istimewa orang Melayu 
>adalah sesuatu yang memalukan sepertimana taraf India Merah di Amerika. Ia berjanji 
>untuk menghapuskannya pada suatu hari nanti”….Mahathir mengotakan janjinya!!! 
>
>Sepanjang dua dekad pemerintahan Mahathir Marhaen Melayu dapat melihat dengan jelas 
>bagaimana tanah rizab Melayu telah berkurangan dengan drastik ekali. Dua puluh tahun 
>lalu jumlahnya sekitar 9 juta hektar termasuk tanah kampung, dusun dan sebagainya. 
>Kini jumlah itu mengecil kepda hanya sekitar 3 juta hektar. Dalam tempoh menjelang 
>tamatnya Dasar Ekonomi Baru DEB, tanah rizab itu menghakis sehingga hampir 70% tanpa 
>diganti. Ada desas-desus yang mengatakan kerajaan telah menggantikannya di tempat 
>lain. Namun tentu sahaja ia mengalami kekurangan nilai hartanah yang ketara. 
>Bayangkan tanah sekitar Alor Setar diganti dengan kawasan di sekitar Ulu Sik!? 
>Ataupun mungkin ianya hanyalah kenyataan kelentong sahaja. Ingat…Mahathir kan Raja 
>kelentong!!! 
>
>Antara tanah Melayu yang masyhur dirampas secara perundangan ialah kawasan sawah 
>sekitar Kerpan yang merupakan usahasama antara Kerajaan negeri dan syarikat Ben Ladin 
>dari Arab Saudi untuk projek Kolam udang galah. Lain-lain Tanah Rizab yang diambil 
>ialah kawasan Empangan Beris yang sedang dibina di Sik Kedah dan Felda Labu Johnson 
>yang urusan jualbelinya banyak diwarnai oleh penipuan dan penganiayaan dengan 
>menjadikan tuan tanah tertipu oleh janji-janji manis pemimpin Umno dan pemaju tanah. 
>Lihat pula Langkawi yang begitu pesat membangun, bukan lagi menjadi milik rakyat 
>tempatan terutamanya orang Melayu. Sebahagian besar Pulau-pulau kecil yang membentuk 
>gugusan kepulauan Langkawi sudah difaraid kepada anak Mahathir. Yang lainnya diserah 
>kepada Taukeh Cina kroni dan proksinya. Manakala anak muda Melayu pula sudah tercemar 
>dengan budaya kuning dan minuman keras yang boleh didapati dengan mudah dan murah. 
>
>Sekiranya Perwakilan Umno adalah orang Melayu yang prihatin tentang nasib bangsa dan 
>survival zuriatnya, tentu sahaja ini adalah ketika yang baik untuk menyoal secara 
>terbuka. Bukan sekadar berkumpul untuk mendengar pandangan dan sajak hapraknya!! 
>
>Dr Nologareng - 10.06.2002
>
>~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~ 
>
>   
> 
>   
>
> 
>  
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet 
http://www.intelbrief.com

_____________________________________________________________
Promote your group and strengthen ties to your members with [EMAIL PROTECTED] by 
Everyone.net  http://www.everyone.net/?btn=tag

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hussin abdaziz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke