BUKTI UMNO TOLAK HUDUD - LR

 Perbuatan Ketua UMNO Kota Baharu Zaid Ibrahim yang juga merupakan seorang Peguam
menyaman KErajaan Kelantan Dan Terengganu berkenaan Soal Undang-Undang HUDUD JELAS
membuktikan pendirian UMNO terhadap Hukum Allah itu. Zaid dalam kenyataannya mengatakan
tindakan beliau adalah bukan kerana Hukum Islam tetapi kerana Ianya menyalahi
Perlembagaan Negara. Ini jelas kepada kita bahawa seorang Muslim yang pernah pula
menjadi Presiden Peguam Muslim meletakkan Hukum ALLAH di bawah Perlembagaan Negara.
Inilah pendirian UMNO. Saya percaya tindakan Zaid ini mendapat restu dari pucuk pimpinan
Tertinggi UMNO.

Sebenarnya tindakan Zaid ini sendiri tidak selaras dengan Pengisytiharan Negara Islam
oleh Mahathir. Secara jelas Zaid menyatakan bahawa Perlembagaan Negara adalah lebih
tinggi dan lebih benar dari Hukum Allah. Perbuatan ini boleh dianggap syirik kerana
meletakkan sesuatu makhluk lebih tinggi dari Allah. Apakah tergamak seorang muslim yang
mukmin untuk berbuat seperti yang dilakukan oleh Zaid? Apakah nilai seseorang muslim
yang tidak percaya dan tidak yakin kepada undang-undang agama sendiri? Tidak bernilai
sedikit pun. Jadi ingin saya bertanyakan kepada Zaid kenapakah dia masih beragama Islam?
Carilah agama yang selaras dengan Perlembagaan Negara yang anda dukung itu. Saya juga
ingin bertanyakan Zaid, apakah undang-undang ISA itu selaras dan tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Negara? Adakah perhimpunan Aman itu bercanggah dengan Perlembagaan Negara?
Kalau Hudud itu dikatakan tidak adil bagaimana pula menahan orang tanpa diberi peluang
membela diri? Adakah itu dikira adil? Kalau syarat empat saksi itu dikatakan
menyusahkan, bagaimana pula dengan nasib mangsa ISA yang tidak pernah dikemukakan saksi
atau bukti tuduhan terhadap mereka? Apakah dikira adil, Perdana Menteri meletakkan
syarat untuk datang ke mahkamah? Apakah adil Perdana Menteri minta soalan sebelum hadir
ke mahkamah?

Jadi bolehlah kita buat kesimpulan bahawa, UMNO - Dulu, Kini dan Selamanya menolak
ISLAM. Janganlah kita meletakkan sebarang Harapan yang UMNO akan menegakkan Islam.
Sebagaimana kita tidak meletak harapan kedamaian kepada Israel. UMNO dan Israel adalah
serupa walaupun tidak sama. Walaupun UMNO berkata mereka tidak menolak Islam, tetapi itu
hanya pada mulut sahaja. Allah telah memperlihatkan apa yang ada di hati mereka dengan
tindakan Zaid Ibrahim ini. Cuma nasihat saya kepada Zaid, walaupun dah berpuluh tahun
jadi peguam tetapi adakalanya bodoh juga. Kalau benar-benar anda hendak mencari
undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara, silalah semak ISA, Akta Polis
bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Negara malah bercanggah dengan Hak Asasi
Manusia mahupun haiwan.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Orang yang gubal undang2 jenayah Syariah berdosa & akan hadapi neraka - PM - AD

KUALA LUMPUR,Selasa 18 Jun - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata mereka yang
menggubal dan meluluskan undang-undang Jenayah Syariah itu akan buat dosa kerana
meluluskan undang-undang yang tidak adil dan bila mati dia akan hadapi neraka kerana
membuat undang-undang yang sebenarnya bukan undang-undang Islam.
"Sebab dia yang memburukkan imej Islam...dia akan terima balasan di akhirat.
Undang-undang yang dicadangkan oleh PAS itu bukannya undang-undang Islam tetapi
undang-undang Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)...undang-undang PAS,Etegas Perdana
Menteri ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas membuka Ekspo Pemuda Umno di Pusat
Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Ekspo Nasional Usahawan Pemuda Bumiputera itu dianjurkan sempena perhimpunan agung Umno
selama lima hari, bermula hari ini.

Dr Mahathir menegaskan, Kerajaan Persekutuan akan menghalang pelaksanaan undang-undang
Jenayah Syariah Terengganu yang tidak adil dan bertentangan dengan ajaran Islam jika ia
mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. "Kerajaan akan tengok apa kuasa Kerajaan
Persekutuan dalam perkara ini dan kalau ada kuasa, kerajaan akan menghalang pelaksanaan
undang-undang yang tidak adil...yang bertentangan dengan ajaran Islam,Etambahnya.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Umno, berkata PAS telah menyimpang daripada ajaran Islam
yang sebenar dan parti pembangkang itu tidak menekankan ajaran Islam yang betul dan
sebab itu mereka sanggup berkata macam-macam.

"Mereka menghina tuhan, kata tuhan mencarut dan macam-macam lagi...tuhan samseng, saya
tak tahulah tuhan mana yang dia sebut tapi tuhan saya tak samseng," katanya.

Beliau berkata Umno mengikut ajaran Islam yang sebenar dan ini menjadi asas parti.

"Umpamanya kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan orang...ini ajaran yang jauh
daripada Islam...sampai tak boleh kahwin sesama orang Islam kononnya orang itu tak
Islam...itu bukan Islam (sebenarnya).

"Ini sama dengan undang-undang yang dia (PAS) bentuk itu, (dan) itu bukan undang-undang
Islam. Undang-undang Islam mesti adil, ini (pula) undang-undang yang tidak adil. Orang
yang jadi mangsa kena dera, penjenyah terlepas,undang-undang apa itu? bukan
undang-undang Islam itu," katanya lagi.

Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang Jenayah Syariah itu
sebenarnya menghina Islam kerana membuat satu undang-undang yang kononnya undang-undang
Islam "tetapi tidak ada keadilan."

Beliau berkata Abdul Hadi, Menteri Besar Terengganu, ingin melaksanakan undang-undang
itu bukan kerana ianya undang-undang Islam tetapi untuk mencari isu politik.

"Nak tunjuk kononnya dialah yang melaksanakan hukum Islam, tetapi apa (yang) dia nak
laksanakan itu bukan hukum Islam, itu hukum PAS. Hukum Islam tidak ada yang tidak adil,
semua hukum Islam adil, kalau sesuatu hukum itu tidak adil, ia bukan Islam dan jelas
sekali dia punya undang-undang (itu) tidak adil," kata Dr Mahathir.

Ditanya jika undang-undang negeri itu boleh dilaksanakan memandangkan terdapat
undang-undang lain yang boleh digunakan untuk kesalahan yang sama, Perdana Menteri
berkata perkara ini perlu dirujuk kepada pakar undang-undang.

"Saya bukan pakar undang-undang tapi kalau nak tanya sama ada dia boleh atau tidak itu
kena rujuk kepada Peguam Negara," katanya.


Aziz Gesa Adam Bercakap Pada Perhimpunan Agung Umno KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) --
Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menggesa ketua Umno Bahagian Senai
Datuk Adam Abdul Hamid tampil berucap pada Perhimpunan Umno yang bermula Khamis ini
untuk menyatakan pandangannya berhubung isu pendidikan. Katanya, kesemua perwakilan
sudah pasti ingin mendengar pandangan Adam yang tidak berpuas hati dengan kaedah Menteri
Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad menggendalikan isu-isu pendidikan.

"Saya percaya ramai perwakilan mahu mendengar pandangan Datuk Adam dan beliau patut
bercakap pada persidangan Umno ini agar semua perwakilan memahami maksud beliau sehingga
membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Musa pada mesyuarat Umno bahagian itu",
katanya kepada Bernama pada majlis perasmian Expo Pemuda Umno Malaysia oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

"Adam sepatutnya menggunakan saluran Umno untuk bercakap dan bukannya mengusul undi
tidak percaya kepada pemimpin kerana itu bukannya budaya Umno."

Aziz berkata Pemuda juga akan membangkitkan isu pendidikan dan Pemuda juga memahami
kekecewaan presiden parti Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai pencapaian pelajar
Melayu.

Katanya, isu itu akan dibincangkan agar hak keistimewaan orang Melayu tidak menjadi satu
eksperimen yang boleh menggugat kelebihan peluang anak-anak Melayu untuk mendapat tempat
di institusi pengajian.

Pemuda juga akan membangkitkan isu kegagalan dunia korporat di kalangan orang Melayu
yang terlalu berkait rapat dengan politik sehingga jatuh bangunnya perniagaan mereka
adalah ditentukan oleh jatuh bangunnya seseorang menteri.

"Implementasi untuk melahirkan usahawan perlu dibaiki kerana ramai di antara ahli-ahli
perniagaan sering tumbang apabila "ketua" mereka iaitu menteri kewangan tidak lagi
memegang jawatan itu," katanya.

Katanya, hasrat untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30 peratus usahawan Melayu yang
berjaya dalam dunia korporat tidak akan tercapai selagi usahawan itu dilahirkan oleh
menteri-menteri kewangan.


Note: Dilarang mem-forward-kan mana-mana artikel drpd mailing list ini tanpa kebenaran penulis asal.

Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Kirim email ke