Apa sebenarnya kandungan ''risalah fitnah MB''
Friday, June 21 @ 14:11:44 MYT


oleh Wartawan Bebas
Isu rasuah dan salahguna kuasa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd
Khir Toyo, yang selama ini heboh diperkatakan dalam akhbar-akhbar
alternatif, kecoh dibincangkan dalam dua sessi sidang Dewan Undangan Negeri
Selangor, dan setelah berulang kali aktivis media, Ahmad Lutfi Othman
naik-turun pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat aduan rasmi, akhirnya
ia menjadi isu panas di perhimpunan agung Umno, semalam, 20 Jun 2002.

Walaupun ia tidak dibahaskan oleh para perwakilan (kerana takut mendedahkan
pekung di dada), tetapi di ruang legar sekitar PWTC dan hotel berdekatan,
isu rasuah Khir ini hangat diperkatakan.
Dan kemuncaknya apabila empat orang wartawan akhbar politik, Cabaran, dan
majalah bulanan, Tamadun, ditahan oleh sekumpulan Pemuda Umno, yang
kemudiannya menyerahkan kepada pihak polis, kerana disyakki mengedarkan
risalah mengenai isu rasuah MB Selangor itu.
Akhbar Berita Harian dan NST, hari ini, 21 Jun, melaporkan keempat-empat
wartawan (entah kenapa semua akhbar yang melaporkan berita ini tidak pula
menyebut bahawa semua yang ditahan itu adalah sebenarnya dua wartawan,
termasuk seorang wanita, Rosmida Abdul Rahman, seorang jurugambar dan
seorang lagi pemberita sambilan) itu ditahan kerana mengedar "risalah
memfitnah MB Selangor" bertajuk "Tolak Rasuah, Tolak Khir, Tolak Umno" dan
"Khir Toyo Bapa Rasuah".
Untuk penilaian pembaca, dinukilkan semula isi kandungan risalah "Tolak
Rasuah, Tolak Khir, Tolak Umno" itu, apakah ia fitnah ataupun fakta yang
tidak boleh dinafikan:
TOLAK RASUAH, TOLAK KHIR, TOLAK UMNO!
Berkali-kali aduan rasmi dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada Badan
Pencegah Rasuah (BPR) kerana mensyakki Menteri Besar Selangor terbabit dalam
amalan rasuah dan salahguna kuasa.
Berikut adalah antara kes-kes yang telah dilaporkan itu:
· Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan,
sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir
disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak
boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek
berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang
pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad
Termizi Tajeury adalah penama Khir, yang juga mendapat 100 ekar tanah yang
memberi keuntungan minimum RM20 juta.
· Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat
syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd),
tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat
tesebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu
kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1
juta untuk satu ekar.
· Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa
singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil
secara rawak, iaitu pada 20 Nov 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya
empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Termizi
Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustapin dan Ali Nordin. Semua mereka
ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor.
Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan
RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
· Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang
hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril
Yusri). Salah seorang darinya adalah anak Pegawai Daerah Kuala Langat, di
mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini
tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya
penama bagi pihak yang rapat dengan Khir.
Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum
Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti
mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika
permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
· Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB,
boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai
kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya
MB, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga
diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya
sekarang di Simpang Lima, Tanjung Karang, yang menelan belanja lebih
RM300,000.
· Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan
sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru
Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31
Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya
kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari
PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
· Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan
peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25
Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana
sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001
mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd, sebuah
syarikat Bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar
di Sungai Panjang. Tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban ayam tidak ada
di kawasan berkenaaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
· Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan
Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, seluas lebih 1200 ekar.
Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya
bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan
mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana
kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
· Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih
ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.80. Projek ini terlalu
mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika
sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan
menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir
didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
· Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk Jabatan Bekalan
Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn
Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan,
untuk 1meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya
RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapa untung JAKS?
· Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas
lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada
Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan.
Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta
untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang
hampir disenarai-hitamkan.
· Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan
2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS
dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana
sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 hanya selepas lima bulan menjadi
MB.
· Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat
dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa
keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah
pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan
kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
· Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek
kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah
resort mewah di Janda Baik milik kroninya, Majulia Sdn Bhd. Ini bercanggah
dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
· Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos
rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui
perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut
secara mudah kerana tugas Noble Nexus hanya menghantar notis saman dan 30%
kutipan menjadi miliknya.
· Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor
dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada
26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta
rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh
Khir menjadi MB baru setahun sebulan, iaitu tidak sampai lima tahun seperti
sepatutnya.
Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu Pejabat JKR
di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya,
Merc S320L, no. plat BGF 7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih
mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
· Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat Exco dikutip semula
selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco
yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco
lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco
sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya
terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi
masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar
pun berlengang.”
· Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan
sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd.
Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau
dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera
lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer
Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
· Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan
dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1
Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir
mengagihkan tanah (yang luas & mahal) buat kroni dan suku-sakatnya.
· Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), untuk
meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa
kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya hanya mengesahkan saja. MTES
menurut bekas penasihat undang-undang negeri tidak sah dari segi legal jika
ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Reply via email to