*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BACALAH WAHAI MELAYU....
----- Original Message -----
From: "[EMAIL PROTECTED] (ABDUL WAHAB MOHAMAD REJAB)"
<[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, June 27, 2002 11:27 AM
Subject: Re: [Sutera] Dr Mahathir letak jawatan selepas Oktober 2003


> ** High Priority **
>
>
> for MIMI with love
>
> second opinion - good to read
>
> harap tidak  'emosional'
>
>
> Salah Melayu atau pemimpinnya
> Tuesday, June 25 @ 14:54:44 MYT
>
>
> Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
> Menteri Besar Kelantan.
>
> Saya ingat, saya perlu ulas sedikit keluhan Perdana Menteri. Beliau
berkata, beliau sudah tidak tahu nak buat apa dengan orang Melayu. Saya nak
campur sikitlah kerana saya pun orang Melayu.
>
> Orang Melayu ni, dia ada kiblat. Dia ada Quran dan Hadith. Islam bertapak
di Tanah Melayu mengikut penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada tahun
1303. Pengislaman Parameswara di tahun 1414 di Melaka adalah satu lagi titik
tolak. Kita juga ada mendengar kisah seorang sultan di alam Melayu yang
bermimpi disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini semua ada tercatat di dalam
sejarah dan kisah-kisah riwayat orang Melayu. Ada teori kedatangan Islam ke
alam Melayu. Jangan dibuat mudah. Orang Melayu ada sejarahnya. Ada
kiblatnya. Ada pancangnya. Jangan dipecat sesuka hati. Huru-hara jadinya.
>
> Orang Melayu ini telah menjadi Islam sejak kira-kira 600 tahun yang lalu.
Ini menunjukkan mereka telah lama berpegang, berkeyakinan dan beriman dengan
Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Sepatutnya, jika adalah serba
sedikit lagi kepercayaan khurafat, syirik dan tahyul, kerajaan yang
memerintah di sepanjang tempoh itulah yang bertanggungjawab mengikisnya.
Saya perhatikan ini juga telah turut berlaku. Bagaimanapun, dengan kemasukan
penjajah Inggeris, terbantut teruslah segala usaha ini. Yang ada ialah
urusan pemerintahan di monopoli oleh Inggeris. Islam tinggal setakat amalan
mengucap, sembahyang, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja.
>
> Datang kemerdekaan, UMNO terus menyambung cara sekular ini. Agama suku,
politik suku. Ini yang kita tubuhkan PAS. Kita letak semula asas kiblat
orang Melayu supaya bergerak kembali kepada paksi Al-Quran dan Sunnah. Oleh
kerana benda ini betul, orang Islam mula kembali. Ini kerana dari sejak
turun-temurun, mereka memang mempunyai asas beragama. Mereka mudah faham.
Dengan sedikit dakwah, tarbiyyah dan pendedahan, lama-kelamaan orang Melayu
mulai kembali kepada kerangka Islam yang sebenar dan yang telah
sebahagiannya menjadi amalan nenek-moyang mereka.
>
> Sementara itu, UMNO masih di takuk lama. Dia masih sibuk menjaja idea
penjajah. Politik suku, agama suku. Yang cuba dia bawa ke tengah hanyalah
untuk membesarkan Melayu dalam semangat kebangsaan yang sempit. Sudahlah
begitu, dia melawan Islam pula. Kalau perlu, tinggalkan Islam pun tinggallah
asalkan Melayu boleh cemerlang. Dah Melayu sekarang ini sudah cemerlang
setelah 45 tahun kita merdeka?
>
> Perdana Menteri sekarang pun inilah juga yang menjadi tekanan. Dia malah
mahu lebih cepat bangunkan orang Melayu. Kalau patut ubah suai Islam, ubah
suailah. Kalau patut tinggal sebahagian dari Islam, tinggalkanlah. Kalau
patut tafsir semula Quran, tafsir semulalah. Janji, Melayu maju dan menjadi
bangsa yang maju di dunia. Akhirat itu masing-masinglah. Inilah cerita
sekular UMNO yang jelas bercanggah dengan Islam.
>
> Mulai dari situlah, di sepanjang 21 tahun kita lihat UMNO tidak pernah
tetap pendiriannya. Dia mencari formula dan kaedah mengikut petunjuk hawa
nafsu semata-mata. Sebab itu, setelah 21 tahun dibawah pemerintahan UMNO,
Perdana Menteri mengaku dah semalam dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh
20 Jun 2002 bahawa beliau sudah bingung dan habis ikhtiar. Sejak tahun 1991
di Perhimpunan Agung UMNO, beliau telah bercakap tentang melahirkan Melayu
baru. Mengikut Dr Mahathir, "Melayu baru itu mesti mempunyai budaya yang
sesuai dengan aliran zaman, yang sanggup menghadapi segala cabaran, yang
dapat bersaing tanpa bantuan, yang terpelajar dan berilmu, canggih, jujur,
berdisiplin, amanah dan cekap". Semasa Perhimpunan Agung pada 20 Jun 2002,
dia masih mengulangi hal yang sama. Cuba perhatikan, tidak disebut langsung
pun soal melahirkan orang Melayu yang bertaqwa dan beramal soleh sebagai
agenda pembentukan ummah. Pada tahun lepas, beliau menangis dan kesal dangan
Melayu yang lupa. Melayu yang bertaqwa di mana?.
> Jadi, tidak mustahillah tidak lahirnya Melayu yang baru itu. Baru yang
sebenar ialah apabila diperbaharui dengan usaha tajdid, usaha untuk kembali
kepada nilai-nilai asal kejadian insan yang telah dimusnahkan oleh penjajah.
Dengan kembali kepada Islam sahajalah akan lahirnya pembaharuan dalam jiwa
dan cara hidup orang Melayu. Ini tidak. Dia seru benda lain dan gunakan
kaedah yang lain. Kaedah logik akal yang Islam pun tidak, Melayu pun bukan.
Oleh sebab itu sekarang dia masih mengeluh dan mengaku telah gagal untuk
mengubah orang Melayu. Ini pengakuan seorang Perdana Menteri. Baru semalam.
Gagal bermakna, gagallah. Apalagi ! Apa tak gagalnya apabila semua bukti
menunjukkan begitu. Penagih dadah terbesar negara adalah orang Melayu.
Golongan termiskin rata-ratanya orang Melayu. Peratus yang rasuah dan pecah
amanah tinggi di kalangan orang Melayu. Tidak kurang juga dengan skandal
penyalahgunaan kuasa banyak melibatkan pemimpin Melayu. Mereka yang
ketinggalan dalam pelajaran adalah anak Melayu. Penguasaan di bidang
teknologi dan perniagaan menampakkan kekurangan orang Melayu. Peratus
kes-kes pecah rumah, lepak, vandalisme, sumbang mahram, rogol, judi,
penghidu gam, pengambilan pil-pil khayal, GRO, penghibur di nite club
termasuk pelbagai jenayah kolar putih rata-ratanya melibatkan anak Melayu.
Ini kegagalan UMNO. Tidak ada kena-mengena dengan PAS. Yang tidak berubah
adalah orang UMNO. Yang kedekut dan pemalas adalah orang UMNO. Yang tamakkan
kuasa adalah orang UMNO. Yang buat salah tetapi dilindungi dan tidak mengaku
salah ialah orang UMNO. Yang jual baja subsidi dan lesen-lesen kontrak ialah
orang UMNO. Semua mahu cepat kaya macam Pak Man Telo dalam mengaut pengaruh.
Yang tangkap orang tanpa bukti dan sumbat lokap ISA ialah kerja UMNO. Yang
hilang duit dalam Tabung Haji, Baitulmal Selangor, AIM, PPRT, kerugian MAS
dan kerugian PERWAJA ada kaitan dengan UMNO. Hatta, nak buang kuota Melayu
dari tangan orang Melayu juga kerja pemimpin UMNO. Bagaimana orang Melayu
nak jadikan pemimpin UMNO sebagai contoh. Bersih, cekap dan amanah; konon!
Mana?
>
> Pemimpin UMNO lah juga yang putuskan nak haramkan penggunaan perkataan
Islam. Pemimpin UMNO jugalah yang menyuruh kitab suci Al-Quran ditafsirkan
semula. Pemimpin UMNO jugalah yang menghina janggut Nabi. Pemimpin UMNO lah
juga yang mengatakan "kalau nak makan sup tangan, silalah ke Kelantan".
Akhir-akhir ini pula orang yang pakai kopiah sudah mula dicemuh. Pemimpin
UMNO lah juga yang kata bermacam-macam lagi mengenai hukum Islam. Semuanya
seakan-akan menyemai benih-benih penolakkan kepada semangat taqwa dan
cintakan syariat Islam. Macamana orang Melayu mahu hormat. Ini yang mereka
mencari PAS sebagai alternatif. Ini yang hampir 70% pengundi Melayu berpihak
kepada BA di tahun 1999. Jangan terkejut jika meningkat lagi sokongan kepada
BA di dalam pilihan raya akan datang. Orang Melayu sebenarnya sudah naik
muak dan bingung. Tak bingung macamana. Sekali disuruh orang Melayu berjimat
cermat sedangkan pemimpin membuat istana dan membeli jet peribadi bernilai
beratus juta. Selamba saja. Pemimpin nasihat orang Melayu simpan duit dalam
Tabung Haji, tetapi rupanya masih tidak selamat. Rakyat Melayu diingatkan
jangan membazir, tetapi pemimpin Melayu sibuk membazir dalam projek-projek
mega untuk memperkayakan dua tiga kerat ahli korporat proksi pemimpin UMNO.
Bila mereka rugi, duit rakyat yang di korbankan untuk membuat "bail-out".
Kesian orang Melayu! Memang gawat dan memang membingungkan.
>
> Sementara ini semua berlaku, orang Melayu dalam PAS dan mereka yang
berkecenderungan agama terus berubah. Dari malas menjadi rajin. Dari kedekut
menjadi pemurah. Dari mendedah aurat kepada menutup aurat. Dari mengamalkan
Islam setakat sembahyang puasa kepada Islam dalam bentuk yang komprehensif
untuk memerintah negeri dan negara demi memartabatkan agama Islam.
Kebahagiaan yang dituju ialah dunia dan akhirat. Mereka terus tetap memilih
untuk berada di bawah PAS di Kelantan dan Terengganu walaupun mereka faham
PAS adalah parti yang miskin. Orang PAS tetap berubah bersama pemimpin
mereka yang sentiasa menganjur dan mempelopori perubahan. Mereka Membangun
Bersama Islam. Mereka tidak bingung kerana pemimpin mereka tidak bingung.
>
> Bingung-bingung ini apabila pemimpin sendiri tidak jelas nak bawa rakyat
ke mana. Dia tidak faham destinasi. Orang Melayu yang menyokong dan menaiki
bas ekspres UMNO sebagai penumpang naik bingung dan keliru apabila pemandu
bas sekejap-sekejap berpatah balik, sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.
Sekali go ahead, dan sekali gostan. Misalnya dulu nak daulat penggunaan
Bahasa Melayu. Apabila hampir tercapai, berpatah balik pula nak guna Bahasa
Inggeris. Dulu isytihar penggunaan bahasa baku. Punya sibuklah
penguatkuasaan sehingga bulat mata-mata pengacara TV3 sebut perkataan baku.
Semua sekolah di seluruh Malaysia di paksa menggunakan bahasa baku. Kini
bila Anwar Ibrahim di buang, bahasa baku pun turut dikuburkan. Dulu
elok-elok ada tulisan jawi, Menteri Pelajaran UMNO pada ketika itu juga yang
buang. Sekarang mula nak galakkan pula orang Melayu belajar tulisan jawi.
Dulu bukan main berjuang untuk adakan fasal Hak Keistimewaan Orang Melayu
dalam Perlembagaan. Kini bila hak itu sudah termaktub dan tidak boleh
dibangkit-bangkitkan lagi, pemimpin UMNO jugalah yang nak cungkil dan
cuba-cuba hapuskan pula. Dulu anak Melayu dapat biasiswa kini mana pergi
biasiswa. Dulu kata Islam tidak boleh laksana kerana masyarakat majmuk,
sekarang negara diisytiharkan negara Islam walaupun masyarakat masih majmuk.
Boleh Islam tetapi tidak boleh pinda Perlembagaan. Pulak! Walaupun negara
sudah Islam, tidak boleh laksana undang-undang Islam. Pulak! Dulu cabar
Kelantan laksana hudud. Sekarang sekat. Pulak! Begitu juga di Terengganu.
Dulu ITM dan MRSM adalah hak mutlak orang Melayu. Dulu ada tanah simpanan
Melayu. Tak lama yang tinggal hanyalah Keretapi Tanah Melayu. Pendek kata
terlalu banyak dilemma. Tak satu pun yang tetap. Bila di soal, dia kata
demokratiklah, pragmatiklah, Islamiklah, dinamiklah-semuanya penuh dengan
dolak-dalik. Sudahnya orang Melayu pula yang nak di salahkan. Semua dosa
dihumban untuk dipikul oleh orang Melayu. Pemimpin UMNO Melayu lepas tangan.
Dilepaskan batuk dalam bentuk pertanyaan; "salah beliau atau salah orang
Melayu?" (U.M 20 Jun 2002 )
>
> Patutlah. Sudah 21 tahun memandu tempat yang dituju tak sampai-sampai.
Sudahnya dibumi tak jejak ke langit tak sampai. Allah pun tak sembah,
berhala pun tak puja. Jika dilaut, nakhoda begini dipanggil orang sebagai
tidak tahu meletak sauh dan tidak tahu pun dasar laut tohor atau dalam. Jika
bahtera pun dia sudah tidak tahu ke mana nak pergi. Arah kompas dan pedoman
pelayaran di dunia untuk ke akhirat pun dia tidak faham. Munasabahlah
penumpang menjadi bingung sebingung-bingungnya. Jangan terkejut jika 21
tahun kemudian orang yang sama akan mengeluh yang dia kata dia sudah tidak
tahu apalagi yang nak dibuat.
> Dalam keadaan inilah jawapan boleh dicari samada orang Melayu yang patut
disalahkan atau para pemimpin Melayu yang mungkin sudah tidak relevan. Siapa
agaknya yang bersalah?.
>
>
>
>
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
> Free $5 Love Reading
> Risk Free!
> http://us.click.yahoo.com/3PCXaC/PfREAA/Ey.GAA/TcOolB/TM
> ---------------------------------------------------------------------~->
>
> Belum menjadi ahli KELUARGA??? Sertai sekarang!
> Hantar e-mail kosong kepada  [EMAIL PROTECTED]
> <>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>*<>
> SUTERA:
> Post message: [EMAIL PROTECTED]
> Subscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> Unsubscribe:  [EMAIL PROTECTED]
> URL to this page: http://groups.yahoo.com/group/Sutera
> *Semua artikel yang disiarkan TIDAK semestinya menggambarkan pendirian
> sebenar moderators.
>
>
>
>
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jamal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke