*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum wbt,
Saya ada beberapa kemusykilan yg diharapkan mendapat jawapan segera daripada sidang diskusi sekelian; bukan lawak, sungguh-sungguh nie: 1. HUTANG MARA: Saya baru saja mendapat gaji untuk bulan ini; dan sebahagian drpd duit gaji itu saya dah letak tepi untuk buat bayar hutang MARA (Education Loan). Dok ingat nak pi bayaq2 dlm dua tiga hari ini. Soalan: Selama ini saya jarang miss, dok bayaq bulan-bulan hutang loan study tu atas kesedaran bahawa bila saya bayaq duit tu, maka akan dapat membantu "budak2 Melayu" yg lain bila MARA menggunakan duit tersebut untuk study loan mereka seterusnya. Sekurang-kurangnya itulah yg dijanjikan oleh kerajaan UMNO suatu masa dulu. Masalahnya saya jadi confuse sekarang bilamana baru2 nie MARA telah mengumum akan membuka 10% quota kpd bukan Melayu, makna kata duit saya itu kelak akan digunakan bukan untuk tujuan yg seperti dinyatakan ketika mana BIASISWA ditukarkan kpd LOAN di sekitar hujung tahun 1980an dulu. Maka, apakah yg perlu saya lakukan: A: Berhenti bayar hutang MARA. B: Bagi duit tu kat Baitulmal. C: Bayaq jugak, tapi niat kata "Aku Tak Halal" D: Bayaq jugak, tapi tulis kat atas slip tu "Tolong Pelajar Melayu Kepala Hotak Hangpa!!" 2. BAHASA INGGERIS Semasa menuntut di oversea dulu, saya ada mendengar khabar bahawa kerajaan perlukan lebih banyak terjemahan daripada BI ke BM untuk buku2 rujukan di peringkat Universiti. Jadi, mengambil kesempatan di sana, saya telah berusaha untuk mengumpulkan sebanyak mana buku2 teknikal yg ada utk saya bawa pulang bagi diterjemahkan ke BI kelak. Soalan: Bila sudah pulang ke tanahair dgn buku2 teknikal timbun menggunung (menggunakan kontena); belum sempat saya nak buat apa-apa, kerajaan dah umumkan kursus di IPTA akan dibuat dlm BI. Sekarang ini pulak, depa umumkan pulak matematik & sains sekolah rendah pulak dlm BI. Saya confuse, sebab dulu depa kata lain, la nie depa kata lain pulak; so apa yg patut saya lakukan: A: Jual Buku-Buku tu buat bayaq hutang MARA (beli dulu pun pakai duit study loan MARA!) B: Bakar buku-buku tu buat baja siram pokok bunga. C: Terjemah jugak buku2 tu pi Bahasa, lepas tu terjemah balik pi BI, tukaq cover mengaku saya buat. Lepas tu pi cari kroni sapa2 kat IPTA, jual kat depa, ambik komisen 10%; hat lain tu depa ambik! D: Bawak buku-buku tu pi pejabat Pejabat Menteri Pendidikan; tunggu dia keluaq bilik, lepas tu lempaq dua tiga bijik kat muka dia kata: "PIIIRAHH....CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!" Sekian, harap mendapat bantuan rakan-rakan sekelian bagaimana nak menyelesaikan permasalahan buntu yg sedang melanda kotak pemikiran saya nie. Ikhlas, Ra Barakuda note: minta jawab cepat sikit, takut nanti kalau saya dok pikir lama-lama sorang2, boleh masuk Tanjung Rambutan! __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! - Official partner of 2002 FIFA World Cup http://fifaworldcup.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>