*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEJARAH RINGKAS NUSANTARA  
-------------------------
Sebelum kedatangan Islam  di Nusantara,  penduduk  di Asia Tenggara  adalah terdiri 
daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu 
penganut-penganutnya  sudah  pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa  yang 
menyalahi  kebiasaan iaitu " Mencarik adat "  yang lahir  hasil daripada pemuJaan ‘ 
dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya. Keadaan ini berlaku adalah hasil 
daripada  pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin  samada  dengan 
menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata.  
Semua amalan ini amat kuat  pengaruhnya  dalam kehidupan seharian  mereka pada waktu 
itu. Mereka mengabdikan diri  hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini 
pegangan  fahaman beragama  adalah bersumberkan  daripada  Rahib-rahib yang dikatakan 
mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi  samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva  dan yang 
seumpamanya. 
Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah  dan juga ke Asia, 
maka banyaklah  mubaligh-mubaligh  Islam dari kalangan  orang-orang Arab  dan bukan 
Arab yang  datang  membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara  sebagai pedagang. 
Dari situ  Islam mula bertapak  dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini. 

Gejala isma-isma  yang tidak sihat pada waktu itu  beransur-ansur hilang 
kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh  isma-isma tersebut telah 
di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan  
mubaligh-mubaligh  dan para Daei  Islam  yang benar-benar alim  lagi sufi. Kehadiran  
mubaligh-mubaligh tersebut seumpama  membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan  
kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika  Acheh   mendapat jolokan sebagai 
Serambi Mekah. 
  
Setelah sekian lama gejala pemujaan  jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula 
setelah Portugis,  Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki 
 Asia Tenggara dengan memperkenalkan  agama Kristian di samping perdagangan  yang 
menyebabkan orang Islam  bangun menentang mereka. Pada suatu ketika  Belanda telah 
membunuh  lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama 
merupakan  tokoh pemimpin  yang utama dalam semua aktiviti  harian bermula dari aspek 
agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan  hinggalah kepada perubatan dan 
sebagainya. Mereka inilah  yang banyak memainkan peranan  penting dalam  menggerakkan 
penentangan  terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu  
mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang 
campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau  najis  Mughalazah  penjajahan dalam 
kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke 
atas negerinya dan anak-anak bangsanya. 

Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah 
 cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris  dengan kekuatan  dan  
keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak 
itu mereka berusaha memperolehi  daya kekuatan yang  yang luar biasa  melalui 
amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, 
 melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka  melalui Uzlah ( bertapa dan riadah 
), maka datanglah pula jembalang-jembalang  daripada Jin  samada Jin Islam atau   Jin 
Kafir  yang berhubung dengan mereka, dengan cara  Tanasukh Aruah ( penjelmaan  ke 
dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata  yang menolong mereka  menghasilkan 
hajat  mereka, yang pada sangkaan mereka  adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau 
Nabi Khaidir  yang telah datang berhubung dengan mereka. 

Sementara itu  di Tanah Jawa timbul pula fahaman  Wahdatu Ujud  yang tidak dapat 
membezakan  di antara Wahdatul Ujud Marhumah  ( dalam bab Sufi )  dengan   Wahdatul 
Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil  Hulluliah, Mulhid, Zindik )   sehingga 
tertegaklah kerajaan  yang seumpama itu, iaitu kerajaan  Mataram. Fahaman ini  adalah 
hasil  daripada pengaruh Syiah.  Bermula dari sinilah  wujud semula  berbagai-bagai 
rupa  bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng  dari 
aqidah  syari’at  Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti  yang 
dibentangkan  oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir  dan ahli pada babnya di dalam 
kitab-kitab karangan mereka. 

Terdapat juga dari golongan ini  yang memesongkan  amalan-amalan mereka  bagi 
kepentingan diri, dengan tujuan : 

1. Langkah  mempertahankan diri bagi mendapatkan  kemegahan dunia 
 ( hanya kepada bangsa semata-mata ) 
2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan. 
3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya ) 
4. Berlagak jadi tok sufi ( wali )  yang sentiasa mendapat jazbah  ketuhanan. 
  
Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada 
bantuan Jin-Jin. Maka ramailah  pahlawan-pahlawan  Melayu mengambil  amalan-amalan  
ini  dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di 
samping  untuk kepentingan masyarakat sekitarnya.  Akhirnya mereka  telah lupa kepada 
ajaran-ajaran  agama yang telah disampaikan  kepada mereka, lalu  mereka lebih  
mementingkan  kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan 
akhirat.  Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan  ke dalam syariat 
agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu 
menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah,  dan  Akhlak. 
  
  
 --------------------------------------------------
 KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 

-----------------------------------------------------

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu  pada ketika itu, 
boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :- 

1. Agama Buddha Puja Dewa 
2. Agama Hindu Puja Dewi 
3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme ) 

Orang-orang Asli sangat kuat berpegang kepada  berbagai-bagai kaedah pemujaan Jin 
sehingga Tok-tok Batin orang Asli di ukur akan kehebatan diri mereka, dengan had  
ukuran panjang rambut di kepala  mereka. 

Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu 
 kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat  kebudayaan orang Melayu, di 
samping  membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah  pemujaan   dengan 
tujuan untuk mendapatkan sesuatu  perkara yang luar biasa dan mencarik adat, 
berlumba-lumba  untuk menjadi jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka,  
untuk bermegah-megah, gagah, orang yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, 
di segani dan sebagainya. (Lihat carta amalan-amalan Khurafat ) 

Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan 
bertapak  kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu  masuklah pula  
pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat. Manakala  di dalam 
masyarakat Islam  sendiri pula  telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, 
Kharijiah, Qadariah, Jabariah  dan sebagainya sehingga menimbulkan  berbagai-bagai 
kefahaman dan aliran dalam mempraktikan  ajaran Islam. Keadaan ini menyebabkan 
sesetengahnya pula terjerumus kedalam gaung kesesatan berikut : 

1. Bida’ah Dholalah yang Karohah dan Bida’ah yang haram dalam  Syariat 
2. Berada dalam salah satu daripada 72 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab 
Aqidah. 
3. Berada dalam salah satu daripada 13 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Sufi 

Daripada  pecahan di atas maka wujudlah  berbagai-bagai kelompok  masyarakat Melayu 
yang mempunyai fahaman dan amalan masing-masing . Dari situ lahirlah amalan-amalan  
yang di panggil amalan "Kebatinan ´ atau  " Ilmu Hakikat " ( Ilmu Isi ) yang 
meninggalkan  amal syariat sehinggakan sembahyang hanyalah dengan niat sahaja. 
Puak-puak yang sesat ini dapat di lihat menerusi  amalan yang mereka lakukan dalam 
menunaikan ibadat kepada Allah. 

Ringkasnya apa jua amalan yang tidak mengikut garis panduan Al-Quran, Hadis 
Rasullullah s.a.w, Ijma dan Qias adalah termasuk  dalam salah satu daripada 
fahaman-fahaman yang sesat daripada tiga kelompok besar di atas. 

Jenis Amalan Beragama Orang-Orang Melayu Sebelum Islam. 

Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah 
dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :- 

1. Orang-orang Melayu yang beragama  Buddha Puja Dewa 
2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi 
3. Orang-orang Melayu yang berpegang  dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. ( 
Animisme ) 

Akibat dari  ajaran dan pegangan mereka itu  lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk  
kebudayaan dan adat resam  mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. 
Kedatangan Islam  ke Nusantara  selepas itu telah berjaya  membasmi kepercayaan karut  
dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak  semua masyarakat Melayu yang  
mahu meninggalkan  kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini,  
kita masih dapat melihat  betapa amalan Khurafat itu masih  tegak dan tetap hidup  
dalam adat resam  dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, 
kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di 
samping itu  kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, 
batu dan sebagainya begitu kuat  sehingga dapat di lihat sesetengah  orang Melayu yang 
masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang 
dikatakan  sebagai  "Penjaga keluarga." 

Kepercayaan seperti ini  ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu  yang 
kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa 
dahulu  dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam  mula bertapak 
di Mataram, Majapahit  dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan  Hindu 
dan Buddha  masih kuat dalam pegangan  mereka. 

Di  Semenanjung Malaysia  sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, 
Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya  dan terdapat juga  yang 
berasal  dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa  
adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun  mereka berbeza dari segi suku 
keturunannya, namun mereka masih lagi  tidak terlepas dari adat resam  Hindu dan 
percampuran dengan adat dan amalan orang Asli. 

Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh 
junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut,  kenduri 
40/100 hari selepas kematian, sembelih  ayam semasa buka gelanggang  latihan 
pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah  contoh amalan 
yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu. Begitu 
juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum  Islam di ambil sebagai  adat 
resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan 
redha dan lahapnya kita menerima  membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang 
memang  merupakan suatu perancangan jangka panjang  Yahudi dan Kristian khasnya untuk 
membunuh keperibadian muslim  orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama 
Islam. 

Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah 
berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka  supaya meninggalkan amalan tersebut, 
namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan  bahawa adat-adat tersebut 
seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab 
itulah  mereka telah  mencampuradukkan  antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat 
resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, 
kebijaksanaan pemikiran dan  tahsinul ‘aqli   mereka  semata-mata sahaja.. 
  
Perkara Luar Biasa Yang Mencarik Adat 

Allah telah menganugerahkan  kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang 
mencarit adat   yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah 
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji 
dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru 
 tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak 
dapat membezakan yang mana baik dan yang mana  mesti dijauhi. Bagi menjelaskan 
kekeliruan itu  maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, 
agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya. 

Empat Perkara Yang Di Puji 

1.    Irhas. 

Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan 
rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap 
semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi 
dan rasul telah tiada  pada masa sekarang. 

2.    Mukjizat. 

Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa  yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada 
Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan 
dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti  Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh  
memahami bahasa semua binatang. 

3.    Karamah. 

Karamah ialah suatu perkara luar biasa  yang Allah kurniakan  kepada orang-orang 
mukmin yang berakhlak rasul  dan benar-benar  berpegang dengan ajaran Islam zahir dan 
batin. Hal ini  adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan 
yang Allah kurniakan kepada  diri zahir dan batin  hamba-hambanya  yang arif tentang 
Allah (  Arifbillah ) . 

Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim  dan sentiasa beramal soleh. Mereka 
mahir sekurang-kurangnya  tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin,  Fekah dan tasauf  serta 
mereka sentiasa  beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka  
sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan 
oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi. 

4.    Maunah. 

Maunah ialah  perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang 
soleh, yang apabila  di timpa sesuatu  musibah atau hal  ke atas dirinya, mereka terus 
melipat gandakan  pergantungan  dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui 
berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain. 

Maunah ini  merupakan satu kemuliaan  yang Allah kurniakan  kepada  diri zahir dan 
batin  hamba-hambanya  yang  soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, 
Fekah dan tasauf tetapi  kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila  berlaku  
sesuatu hal  ke atas diri mereka  samada  mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut 
dengan manusia, mereka terus melipatgandakan  pergantungan diri dan keimanan kepada 
Allah  serta memantapkan  lagi dengan berbagai-bagai  wirid, jampi, doa dan segala  
amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau  kecewa sekiranya permintaan mereka tidak 
ditunaikan oleh Allah. 
  

Empat Perkara Yang Di Keji 

Perkara luar biasa yang di keji oleh  Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke 
atas orang biasa  melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui 
pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. 
Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya 
sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :- 

1.    Istidraj 

Istidraj ialah  perkara luar biasa yang Allah kurniakan  kepada mereka yang 
berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu 
ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga  dengan perkara luar biasa yang 
berlaku ke atas diri mereka sedangkan  mereka mengetahui  punca sebenar datangnya  
perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini  terikat dengan perjanjian  serta  
mewujudkan  pantang-larang yang selari  dengan hukum  syarak. Ini kerana  
khadam-khadam mereka adalah  terdiri daripada  golongan  Jin Islam samada yang soleh, 
fasik atau terdiri daripada Jin yang  kafir. 

Setiap amalan  wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal 
dengan kaedah ini kebiasaannya  mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah 
tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :- 

 a) Ingin di puja.                                                         b)  Ingin 
dikunjungi oleh orang ramai 
 c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran                   d)  Ingin mendapatkan harta 
dan kuasa 

Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah   memang dijadikan Allah 
untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka 
pada zahirnya kelihatan seperti orang yang  beriman  dan sentiasa menjaga syariat 
Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya  mereka beramal dengan perkara-perkara 
kufur dan telah terjun  ke lembah kekufuran, samada mereka  sedari atau tidak. 

Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi  
mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa  atas nama-nama  orang-orang soleh 
samada yang masih hidup ataupun yang  telah mati atau mereka membuat Tajalli 
ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum 
syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan 
melalui lidah,  anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula  di 
saat itu  diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah  dan segala rupa bentuk amalan 
syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah. 

Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya  zahir perkara luar biasa pada 
perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut 
kerana  mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa 
keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. 
Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam 
permainan tunjuk kuat kebatinan  supaya mereka di anggap orang yang paling makbul 
doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di 
kunjungi, di puja  dan di hormati sebagai seorang  Ahlillah secara mutlak, sedangkan 
dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika 
tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa. 

2.    Sihir. 

Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan  kepada orang-rang Islam yang  
durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal 
dengannya  dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada  
pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama 
dengannya. Sihir ini terjadi  melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik 
dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini  terikat 
 dengan perjanjian dan mengadakan  jamuan yang  harus dan haram di sisi Syarak. Mereka 
 mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan  kumpulan Jin  Islam  
yang fasik  dan daripada Jin yang kafir. 

Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya 
sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid 
dan Zindik  dalam bab aqidah. Selalunya mereka  akan mengadakan berbagai cara atau 
upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam.  Antara  mereka yang termasuk dalam 
golongan ini ialah :- 

a)  Kumpulan Hassan Anak Harimau 
b)  Wali Suci 
c)  Budi (Buddha) Suci 
d)  Batin Sakti 
e)  Hakikat Insan 
f)  Pati Geni 
g)  Fahaman Wahdatul Ujud dalam I’itiqad 
h)  Baginda Mukhtar 
i)  Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan  di negara ini. 
  
3.    Silap Mata. 

Silap Mata adalah perkara luar biasa  yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam 
yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. 
Oleh itu mereka juga terikat  dengan perjanjian  dan membuat perkara-perkara yang 
diharamkan oleh hukum syarak. 
  
4.    Sya’wazah. 

Sya’wazah  ialah  perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali 
daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang 
angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya  apabila mereka meminta sesuatu yang baik, 
tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda. 
  
  

  



--------------------------------------------------------------------------------

BALA TENTERA ALLAH. 

--------------------------------------------------------------------------------

Allah mempunyai  bala tenteraNya yang tersendiri yang terdiri daripada sekelian 
makhluknya samada  daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang di lautan, 
daratan dan yang seumpama dengannya seperti angin, api dan segala carkawala di angkasa 
raya. Bala tentera Allah tersebut terbahagi kepada beberapa kumpulan yang akan 
diperintahkan oleh Allah untuk membantu manusia apabila dikehendakiNya. 

Antara bala tentera Allah tersebut  adalah terdiri daripada :- 

A.    Bala Tentera alam atas yang terdiri daripada seluruh malaikat alam tinggi. 
  
Bala tentera ini apabila diperintahkan oleh Allah untuk menolong para nabi dan 
rasul-rasul, maka pertolongan yang menzahirkan perkara yang luar biasa itu akan 
dinamakan sebagai Mukjizat. Manakala pertolongan yang menzahirkan perkara luar biasa 
yang terjadi kepada nabi dan rasul semasa kecil pula, dinamakan sebagai Irsad. Bentuk 
pertolongan tersebut samada  melalui lidah, anggota, kasad hati atau melalui 
ketiga-tiga bentuk tersebut secara sekali gus. 
  
Jika mereka  menjadi penolong kepada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang arif 
billah ( iman, syariat dan akhlak mereka menepati sebagaimana iman, syariat rasul 
zahir dan batin ) maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Keramat. 
  
Perkara luar biasa yang berlaku kepada ulama-ulama dan orang-orang saleh  yang 
apabila, mereka di timpa bala dan musibah, maka mereka  melipat gandakan ubudiah dan 
pergantungan kepada Allah dengan penuh  ikhlas diri dan amalan mereka, maka perkara 
luar biasa tersebut dinamakan sebagai Maunah. 

B.    Bala tentera Allah Alam rendah 

Bala tentera  Allah alam rendah pula adalah terdiri daripada sekelian  rohani jin-jin 
Islam  yang soleh dan jin-jin Islam yang fasik dan kafir serta semua manusia dan 
makhluk Allah yang  lain yang menghuni alam ini, seperti haiwan, tumbuhan, angin, batu 
dan sebagainya 

Manakala rohani Jin Islam yang alim dan soleh daripada alam rendah yang apabila 
diperintahlan oleh Allah  datang memberi pertolongan  kepada manusia yang  alim dan 
soleh yang  wujud dalam diri mereka itu sifat-sifat mazmumah, maka pertolongan 
tersebut dinamakan sebagai  Istidraj. Perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai 
istidraj kerana  rohani jin Islam  yang soleh tersebut akan mengenakan beberapa syarat 
 yang menepati hukum syarak sebelum memberi pertolongan tersebut. 
  
Jika rohani jin  Islam yang fasik atau jin  kafir  diarah memberi pertolongan  kepada 
manusia Islam yang fasik atau manusia yang pura-pura beriman atau yang seumpama 
dengannya pula dinamakan sebagai sihir atau silap mata, kerana mereka mengenakan 
beberapa syarat yang harus pada hukum syarak. 
  
Jika jin -jin yang kafir atau anak keturunannya diperintahkan memberi pertolongan  
kepada manusia yang kafir yang terdiri daripada rahib-rahib, padri-padri, sami-sami 
atau yang seumpama dengannya, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai silap mata 
atau sihir peringkat tinggi, kerana mereka mengenakan syarat-syarat yang haram pada 
hukum syarak. 
  
  
  



--------------------------------------------------------------------------------

JIN 

--------------------------------------------------------------------------------

Makna Jin. 

Jin  adalah satu nama jenis  dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie  - perkataan 
tunggalnya  " Jinny "  yang bermaksud   yang tersembunyi, yang tertutup  atau  yang  
gelap pekat. 

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya  :- 

1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 : 

Yang bermaksud :  Dan sesungguhnya  Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat 
yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk  dan Kami telah 
ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia  daripada api yang sangat panas. 

2.  Surah Ar-Rahman ayat 15 : 

Yang  bermaksud :  Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin )  dari nyalaan api ( Pucuk 
api yang menyala-nyala atau Maarij ) 

3.  Surah Al-‘Araf ayat 12 : 

Yang bermaksud :  " Engkau ciptakan aku  ( kata Iblis )  dari api sedangkan ciptakan 
dia ( Adam ) dari tanah. 

4.  Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a 

Maksudnya :  " Malaikat diciptakan  dari cahaya, Jaan diciptakan  dari lidah api 
sedangkan Adam diciptakan dari  sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu  ( tanah ). 

Asal Kejadian Jin. 

Keterangan "Al-Maarij " 

Maarij  bermaksud nyalaan api yang sangat  kuat dan sangat  panas bahangnya atau " 
Al-Lahab " iaitu jilatan api  yang sudah bercampur  antara satu sama lain iaitu merah, 
hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan  " Al-Maarij " itu ialah  api 
yang sangat terang yang memiliki  suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara 
merah,  hitam, kuning dan biru. 

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah  api yang bercampur warnanya 
dan  sama maknanya dengan " As-Samuun "  iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat 
tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah 
jadikan Jaan. 

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud  pula menyatakan bahawa angin 
Samuun  yang dijadikan  Jaan itu  hanyalah  satu bahagian daripada tujuh puluh 
bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. 

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel  atau atom 
atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, 
maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh 
Allah  menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya 
kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga  
diperintahkan oleh Allah  menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh 
Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin  yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh 
itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama 
rupa, tabiat, kelakuan  dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. 

Asal kejadian manusia  ialah campuran  daripada Jisim Kathif  iaitu tanah dan air, 
Jisim Syafaf  iaitu  campuran api dan angin dan Nurani,  iaitu roh, akal, nafsu dan 
hati yang dinamakan   "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan  manusia sebagai 
sebaik-baik kejadian  yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi 
ini. Manakala kejadian Jin pula  ialah campuran Jisim Syafaf  iaitu  campuran api dan 
angin dan Nurani  iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai  dan sepadan dengan 
kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah  jadikan daripada salah satu 
unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran  Jisim Ksayif dan 
Jisim Syafaf  sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada  Jisim Kasyif 
semata-mata.  Manakala  Malaikat  pula dijadikan daripada  Nurani semata-mata. 
  
Cara pembiakan Jin. 

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat  dan 
anak manusia juga memerlukan masa yang lama  untuk  matang dan menjadi  baligh.  
Berbeza dengan Jin  di mana, apabila  di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat 
kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin 
yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis 
pula  apabila menyentuh  paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. 
Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu  
apabila menyentuh  paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. 
Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. 

Bunian  atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu  dengan panggilan  orang 
Ghaib  pula ialah  hasil campuran  lelaki atau perempuan Jin  dengan lelaki atau 
perempuan dari kalangan  manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali 
dengan nama  Bunian.  Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya  orang Bunian ini 
 dalam  beberapa perkara  mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut 
Jin. 

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " 
Jaan "   yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang 
beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan  yang kufur dan melahirkan pula 
keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan  yang asal beriman itu ada yang kekal  dalam iman 
dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah. 
  
Agama puak-puak Jin. 

Jin Juga seperti manusia, iaitu  ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada 
yang  tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim,  ada  ada yang kufur, ada yang murtad, 
fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam 
neraka di hari akhirat kelak. 

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada  golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini 
kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka 
yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan  Jin yang tidak beragama. 
Golongan  Jin  yang memeluk Islam hanyalah  sedikit bilangannya dan terdiri daripada  
golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. 

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada  dalam  tingkat-tingkat iman, ilmu dan 
amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan  mereka kepada Allah. 
Antaranya ada  Jin Islam  yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman 
Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. 

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh  amalannya serta paling 
luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada  pada diri mereka sifat-sifat  mazmumah  
seperti takbur, riak,  ujub dan sebagainya, tetapi mereka  mudah menerima  teguran dan 
pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah 
sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat  
susah menerima  pengajaran dan teguran yang baik. 

Golongan Jin  Islam yang awam  dan Jin kafir suka merasuk  manusia yang awam dengan   
berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka  manusia-manusia yang awam  itu 
bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya  adalah  rupa seekor binatang. Manusia  yang 
Khawas dan Khawasil-Khawas  tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin  pula akan 
datang kepada mereka untuk bersahabat. 
  
Rupa Bentuk Jin. 

Pada asasnya rupa bentuk Jin  tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk  manusia, 
iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan 
sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 
peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya  fizikal Jin adalah lebih kecil 
dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh  mereka  itu ada yang pendek, ada yang  
terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan 
sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai 
rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam  yang soleh pula  mempunyai rupa 
paras yang elok. 

Menurut sesetengah pendapat tinggi  Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta 
sahaja. Pengetahuan   mereka  lebih luas dan umurnya  tersangat panjang  dan ada yang 
beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin  bergerak  adalah  melebihi gerak cahaya dalam 
satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, 
tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti  Malaikat,  maka ruang 
yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan 
menghuni tubuh badan manusia. 

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah 
semua manusia  daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat  di darab dengan 
haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan  pasir-pasir dan  semua 
tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. 
Manakala  jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan 
Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih 
mengetahuinya. 

Alam kediaman Jin  ialah di lautan, daratan,   di udara dan  di  Alam Mithal  iaitu 
suatu alam  di antara alam manusia dan alam malaikat.  Jika di berikan oleh Allah  
kepada kita melihat Jin,  sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari 
atas  tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh  di atas belakang Jin, disebabkan 
terlalu banyaknya jumlah mereka. 

Sebab  itulah  orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke 
rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, 
supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah 
diriwayatkan oleh   Imam Bukhari  daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila 
 kamu menghadapi malam  atau kamu telah berada  di sebahagian malam maka tahanlah 
anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu 
sesuatu  ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta  
sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu  serta sebutlah nama Allah, ikatlah 
minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu  serta sebutlah nama 
Allah ( ketika menutupnya ) " 

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan  akan tidur di waktu siang dalam cahaya 
dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka  berkeliaran 
mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau 
kanak-kanak. 
  
Melihat Jin. 

Pada prinsipnya Jin tidak  boleh di lihat, di sentuh dan di dengar  oleh manusia  
dalam bentuk yang asal  sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan 
tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk  yang  diingininya. Jin juga boleh di 
lihat oleh manusia  dalam keadaan sihir atau  ketika meminum air sihir atau melalui  
kemahuan Jin itu sendiri untuk  memperlihatkan dirinya kepada manusia. 

Di dunia  semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan 
Khawasil-Khawas  sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. 
Manakala di akhirat pula  semua manusia mukmin yang ahli syurga  boleh melihat Jin 
manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja  yang boleh melihat manusia. 

Antara kelebihan  Jin yang telah diberikan oleh Allah  ialah kemampuannya untuk 
mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar,  
Iblis telah menampakkan dirinya  dalam bentuk seorang lelaki  dari Bani Mudlij   dan 
Syaitan pula  dalam rupa  Suraqah bin Malik   yang datang membantu tentera musrikin 
memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada 
golongan Jin ). 

Dalam  Sahih Bukhari  juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin  yang menampakkan 
dirinya  dalam bentuk seekor ular  dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular 
tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk  haiwan 
yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing  dan sebagainya. 
  
Kumpulan-kumpulan Jin. 

Jin juga seperti manusia  yang inginkan keturunan  dan hidup berpuak-puak. Puak dan 
kumpulan Jin  terlalu banyak dan bercakap  dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa.  
Ada sesetengah ulama membahagikan  Jin kepada  beberapa kumpulan, antaranya kumpulan 
yang  menunggu kubur, kumpulan  yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat 
manusia, kumpulan  yang menunggu  hutan rimba, kumpulan yang menunggu  bukit bukau, 
kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, 
kuala, pulau  dan sebagainya. 

Jenis-jenis Jin 

Sama seperti manusia Jin juga  terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara 
yang tersohor ialah :- 

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua  jenis Jin, Iblis dan  Syaitan.. 
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan 
3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was ) 
4. Al-Afrit Penipu-penipu 
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan 
6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang 
7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam 
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor ) 
9. Al-Qurana Pengawan-pengawan 
10. Al-Ummaar Pemakmur. 

Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-orang Melayu. 

Jin menurut orang-orang Melayu  mempunyai beberapa  nama dan gelaran menurut 
perwatakkan dan rupa bentuk  penjelmaan mereka.  Kebanyakan  nama Jin-Jin  itu  
dimulai dengan  hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada 
golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu,  menganggap hantu itu adalah makhluk yang 
berbeza daripada Jin. Antara  Jin-Jin yang popular di kalangan  orang-orang Melayu 
ialah :- 

a.  Hantu Raya                    j.   Hantu Pontianak           s. Hantu Polong 
b.  Hantu Toyol                  k.  Hantu Langsuir              t. Hantu Penanggal 
c.  Hantu Pelesit                  l.   Hantu Air                     u. Hantu Bukit 
d.  Hantu Kubur                m.  Hantu Pari                     v. Hantu Punjut 
e.  Hantu Jerangkung         n.  Hantu Laut                    w. Hantu Bawah Tangga 
f.  Hantu Galah                  o.  Jin Tanah                       x.  Hantu Kum-Kum 
g.  Hantu Bungkus             p. Hantu Pocong                 y. Hantu mati di bunuh 
h.  Hantu Bidai                  q. Hantu  pari-pari               z. Hantu Kopek ( 
Tetek ) 
i.  Harimau Jadian              r. Jembalang Tanah            zz. Hantu Tengelong 
  
Kerajaan-kerajaan Jin. 

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin  alam 
bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah 
dan Maimon. Empat  raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan  
yang  besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, 
Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal. Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah 
Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail,  Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. 
Raja Jin yang mengusai kesemua Jin  tersebut bernama  THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala  
Malaikat yang mengawal kesemua  Jin-Jin di atas  bernama Maithotorun  yang bergelar  
QUTBUL JALALAH. 

Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan  yang besar antaranya :- 

1.  Thubar Merasuk manusia  yang di timpa musibah dan  bala 
2.  Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan  silatulrahim, rumah tangga, 
keluarga, sahabat  handai,  jemaah dan sebagainya. 
3.  Al-‘Awar Merasuk manusia supaya  meruntuhkan akhlak,  berzina, minum arak, liwat, 
berjudi dan sebagainya 
4.  Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan  pembunuhan. 

Antara Jin, Ifrit dan Syaitan serta Iblis. 

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan  sebahagian daripada golongan Jin, cuma 
tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di 
atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. 
Pengetahuan mereka lebih luas dan  sangat panjang usianya. Manakala Ifrit pula adalah 
daripada golongan Jin  yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati  
terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah. 

Iblis dan Syaitan juga  terdiri daripada golongan Jin dan mereka  merupakan  golongan 
Jin yang  sangat sombong  lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan 
mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat. Sebagaimana   Firman Allah yang 
bermaksud : 

" Iblis menjawab :  Sebab engkau  telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan 
menghalang halangi mereka dari jalan  Mu yang  lurus. Kemudian saya  akan mendatangani 
mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan  dan kiri mereka. Engkau tak 
akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )." 

Sesetengah ulama  berpendapat bahawa  Azazil  itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya  
beliau merupakan  satu Jin yang paling  abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat 
menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur 
di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya  
berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah 
telah  melaknatnya menjadi kafir  dengan nama  Iblis. 

Bermula dari saat itulah Iblis  melancarkan gerakan permusuhan  dengan manusia 
sehingga ke hari kiamat. Allah  telah menjelaskan bahawa  terdapat tiga  jenis 
permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :- 

1.  Melalui Kejahatan (  As-Suu’ )  : iaitu  berkenan dan gemar kepada  dosa-dosa dan 
maksiat hati  dan segala anggota tubuh badan. 
2.  Kekejian ( Al-Fahsyaa’ )  : iaitu kejahatan  yang lebih buruk dan  jahat lagi. 
Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara  yang membawa kepada kedurhakaan dan 
maksiat kepada Allah. 
3.  Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu. 

Bersahabat dengan Jin. 

Ramai di kalangan orang-orang  Melayu yang bersahabat dan menjadikan Jin sebagai 
pembantu dan Khadam mereka dalam membantu mereka melaksanakan tugas-tugas yang 
tertentu.  Contohnya seperti Tok Bomoh, Tok Pawang, Tok Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan,  
Mak Andam, Tukang Urut, Panglima, Hulubalang,  Tok Guru latihan pertahanan diri dan 
sebagainya. Walaupun begitu tidak semua golongan di atas yang menggunakan Jin dalam 
kerja-kerja harian mereka. Tidak dinafikan terdapat juga golongan tersebut yang 
benar-benar mempunyai kemahiran semulajadi tanpa pertolongan dari Jin. 

Menurut Sheikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir,  bahawa 
bersahabat dan  bersekedudukan  dengan Jin itu sangat keji. Katanya lagi  "  Barang 
siapa memilih dan melebihkan sekedudukan  dengan Jin daripada bersekedudukan dengan 
ulama, maka orang itu  sangat jahil. Kerana yang lebih  biasa bagi Jin itu  adalah 
perbuatannya  dan perkataannya berlebih-lebihan dan  dusta  jua seperti  kelakuan 
manusia yang fasik. Maka orang  yang berakal  lari ia daripada bersahabat  dan 
bersekedudukan dengan  Jin, seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan  
dengan manusia yang fasik." 

Tambahnya lagi : " Tidak sekali-kali aku melihat  seseorang yang bersekedudukan dengan 
Jin itu  beroleh  kebajikan  kerana asal kejadian Jin itu adalah daripada api dan api 
itu sangat  banyak geraknya. Dengan banyak gerak itu datanglah berlebih-lebihan  
perbuatan dan perkataan orang itu. 

Syeikh Muhyuddin Arabi dalam kitabnya  Futuhat  pula menjelaskan : " Adalah orang yang 
bersekedudukan ( bersahabat )  dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah. Kerana 
Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya. 

Kadang-kadang  orang yang bersahabat denagan Jin itu menyangka  semua perkara yang 
dikhabarkan  dan di beritahu oleh Jin itu adalah  daripada perkara yang berlaku  di 
dalam alam itu adalah Karamah  daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka 
tersebut adalah tidak benar  sama sekali. Kerana segala pemberian Jin kepada manusia  
tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat 
Isim dan huruf itu adalah  merupakan salah satu bidang dalam ilmu Kimia semata-mata 
yang juga boleh di pelajari dan diketahui oleh  manusia. 

Kata Syeikh Muhyuddi Arabi lagi : "  Sesungguhnya ramai orang yang bersahabat dengan 
Jin  akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Sifat 
takbur merupakan salah satu sifat yang paling di murkai oleh Allah dan akan dimasukkan 
ke dalam Neraka seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis 
RasulNya. 

Ringkasnya kita sebagai  seorang Islam di tegah daripada bersahabat dan bersekedudukan 
dengan  para Jin samada Islam maupun Jin kafir kerana keburukannya lebih banyak jika 
dibandingkan dengan kebaikan yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa merasuk dan 
mendorong  manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari. 

Masuknya Jin  Kedalam Tubuh Manusia. 

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia  dengan  berbagai-bagai cara dan 
manusia yang mengunakan  khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan  kepada manusia 
lain pun melalui berbagai cara. Sebagaimana sebuah Hadis  Rasulullah  s.a.w  yang 
telah diriwayatkan oleh  Sayidah  Syafiyyah binti Huyay , bahawa  Rasulullah  pernah 
bersabda  yang maksudnya : "  Sesungguhnya Syaitan ( Jin )  itu berjalan dalam tubuh 
anak Adam sebagaimana  darah yang mengalir dalam tubuhnya ". 

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa  Jin  dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan 
terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin  dapat berjalan  dalam tubuh manusia  
seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin   juga dapat menguasai  
manusia sehingga  ia dapat menimbulkan perkelahian  sesama manusia, manusia kehilangan 
ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi. 

Jin  boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh  manusia atau tanpa di 
sedari oleh manusia itu sendiri.  Jin  mendampingi dan memasuki manusia melalui salah  
satu cara yang berikut. Antaranya 

1.  Melalui  Khadam  atau  manusia itu sendiri menjadikan  Jin  sebagai sahabatnya. 
2.  Melalui  " saka Baka " 
3.  Melalui  Sihir  yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya. 
4.  Kerana  manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan  perkara 
perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri  untuk di kuasai oleh Jin 
dan  Iffrit. 
5.  Melakukan kejahatan  terhadap  Jin  tertentu seperti  menjatuhkan sesuatu benda 
berat  di sesuatu tempat  yang ada Jin,  tanpa menyebut nama  Allah  sehingga        
menyebabkan kematian anak  Jin, 
6.   Kerana adanya  Jin  lelaki yang  jatuh cinta  kepada seorang perempuan  yang suka 
bersolek  atau wanita-wanita  yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan 
kecantikannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat. 
7.  Melalui pengamalan  jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh 
mendatangkan  Jin . 

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun  Jin  tersebut  
 akan mendiami salah satu tempat  berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun 
mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia ) Antara tempat-tempat tersebut ialah  
:- 

1. Mereka berkumpul  di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela  
atau telah dimasuki  Jin  dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata 
dengan orang lain. 
2. Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk  Jin  tidak 
suka mendengar nasihat  dan teguran yang baik serta amat suka mendengar 
perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya. 
3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki  Jin  amat suka 
bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan menda

___________________________________________________
GO.com Mail                                    
Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Belut Pisang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke