Salamun 'alaikum,

Kita tanya Dato' Sharizat Menteri Hal Ehwal Wanita UMNO dan SIS dan sesiapapun yang menghalang Hudud terlaksana baru-baru ini di Terengganu khasnya dan juga di Tanah Malaya ni amnya. Sila baca satu petikan kes dibawah ini yang aku copy paste dari media perdana yang dipercayai penuh oleh juak Barisan Nasional / UMNO.

Adakah ini KES ROGOL ? Apakah nasib gadis jalang tersebut ? Gadis tersebut 'dirogol' atau menghendakkan dirinya dirogol ? Inikah hukum hudud UMNO yang dikatakan ADIL dan tidak menzalimi wanita ?

HUKUM Bangsat namanya !!!

Kisah ini aku percaya banyak berlaku sekarang, manakan tidaknya, mengikut perangkaan 70 % kes rogol adalah atas kerelaan sendiri namun setelah pihak jantal sundal enggan bertanggungjawab atas kedurjanaannya, maka mengadulah betina jalang tadi kepada pihak anjing negara yakni Polis mengenai pengrogolan keatas dirinya. Cumanya kes istimewa macam ni dilindungi bagi memenangkan pihak wanita yang Dato Sharizat dan SIS inginkan. Maklumla Dato kan, dewasa ini, gadis juga remaja cukup mudah mendapat bahan modal untuk melakukan seks bebas yang akhirnya tercampak kedalam kancah rogol. Ini diakui semua setelah melihat begitu ghairah pihak berkuasa menangkap atau membanteras gejala cetak rompak VCD lucah setiap minggu di dada akhbar mahupun skrin tv.

Perhatikan betul-betul Dato, sekarang ni, ramai gadis yang begitu murah akhlak dan mudah diperolehi macam kuaci di merata ceruk negara hatta di desa sekalipun. Ini lah hasil perjuangan parti junjungan Dato dan ketua haprak negara yang Dato sembah saban hari. Istilah perigi cari timba bukanlah lagi satu istilah yang luar biasa malah ianya lebih liar dari itu. Apakah tindakan Dato bagi memantau gejala sosial yang kian meruncing dan meruncing macam income Dato setiap minit ? Tidak ada rasa kemanusiaan kah dalam diri Dato setelah melihat keruntuhan dan kemusnahan akhlak dan batang tubuh satu demi satu anak bumi bertuah ni dalam arah era pembangunan masyarakat madani ? Atau apakah inilah cita-cita Dato, untuk melihat kehancuran tamadun manusia menjadi seperti binatang buas ala-Darwin ? Atau sebenarnya Dato memang beriman dengan Darwin dan Dato adalah cucu cicit Darwin ?

Bukan kah penyelesaiannya sudah jelas tanpa perlu gundah gulana atau sangsi curiga ?

KEMBALI KEPADA ISLAM - HAK KEBAHAGIAN SETIAP MANUSIA

PAKSI KESEJAHTERAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Sekian~

Dari Utusan Malaysia 7 Julai 2002

Gadis liar bawah umur humban borhan ke penjara

Pengajaran Dari Penjara

Oleh Teon Eg
SEPERTI biasa kaum lelaki suka menggunakan alasan isteri suka berleter sebagai punca mereka menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Walaupun leteran itu sebenarnya berniat baik, jarang ada suami boleh menerimanya.

Malah mereka akan menyifatkan isteri mereka seperti `mulut murai'.

Mereka kemudian terus keluar rumah dengan alasan tidak tahan lagi mendengar leteran isteri.

Inilah masalah yang banyak berlaku dalam hubungan suami isteri. Isteri akan dipersalahkan walaupun leteran-leteran itu mempunyai sebab tertentu.

Begitulah apa yang berlaku ke atas Borhan Abu (bukan nama sebenar).

Dia selalu keluar rumah selepas habis waktu bekerja dengan alasan tidak suka mendengar leteran isteri.

Bagaimanapun, tindakan itu akhirnya memerangkap dirinya sendiri.

Dia terpaksa menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana dituduh merogol seorang gadis yang tidak diketahui asal usulnya.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya ketika itu, Borhan, 38, yang pernah bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat di Gombak berkata, pada awal perkahwinan dia dan isterinya hidup bahagia.

Selepas dianugerahkan seorang anak perempuan, rumah tangga Borhan dan isterinya yang juga bekerja cukup sempurna.

Borhan ketika itu menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai ketua keluarga, malah jarang berlaku perselisihan faham antara mereka.

Namun, Borhan tidak dapat mempertahankan sikap baiknya. Dia mula berubah pada tahun-tahun 1990-an.

Tingkah lakunya bertambah teruk pada awal tahun 1994. Dia jarang berada di rumah.

Habis saja waktu kerja Borhan akan keluar bersama kawan-kawannya ke pusat-pusat hiburan di sekitar ibu negara.

Isteri Borhan yang menyedari perubahan itu mula hilang sabar dan sering menegur sikap suaminya.

Teguran itu bukan saja tidak disenangi oleh Borhan, malah dia bertambah liar.

Borhan menganggap isterinya terlalu banyak mengenakan `pantang larang' sehingga membuatkan dia berasa rimas berada di rumah.

Keadaan rumah tangga Borhan bertambah keruh apabila Borhan mula mengenali seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang bernama Anie (bukan nama sebenar) di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Walaupun Anie tidak secantik mana tetapi Borhan lebih senang menghabiskan masa bersamanya.

Bagi Borhan, Anie lebih baik daripada isterinya yang suka berleter.

Lantaran itu, saban hari Borhan menjadi semakin gian untuk cepat habis kerja dan pergi ke pusat hiburan berjumpa Anie.

Selepas kira-kira sebulan berkenalan dengan Anie yang tidak diketahui latar belakangnya, Borhan pun membawa Anie keluar membeli-belah.

Borhan yang mahu dilihat sebagai lelaki macho membayar apa saja barang yang dibeli oleh Anie.

Nasib baik Borhan mempunyai pendapatan sampingan iaitu berniaga, jadi dapatlah dia menampung gajinya yang kecil.

Sehingga ke tahap itu pun Borhan tidak pernah ingin memeriksa latar belakang sebenar Anie.

Borhan juga tidak mengetahui berapakah umur Anie. Apa yang dia tahu mengenai Anie hanyalah gadis itu berasal dari Ipoh.

Kenapa Anie bekerja sebagai GRO tidak pernah ditanya.

Borhan berpendapat dia tidak perlu ambil kisah mengenai siapa diri Anie yang sebenar kerana dia tidak berniat untuk mengahwini gadis itu.

Anie dianggap tidak lebih sebagai tempat mencari keseronokan.

Justeru, Borhan tidak merahsiakan daripada Anie bahawa dia sebenarnya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Anie juga seperti Borhan tidak kisah mengenai isteri dan anak yang diceritakan oleh Borhan.

Lama-kelamaan Borhan mula berani menerima pelawaan Anie untuk pergi ke rumah sewanya.

Pada mulanya, Anie minta Borhan menunggunya di ruang tamu rumah sebelum dia menukar baju ataupun kasut dan kemudian mereka keluar semula dari rumah.

Anie menyewa rumah dua tingkat di ibu negara itu bersama empat orang lagi rakannya.

Kawan-kawan Anie tidak peduli siapa yang datang ke rumah mereka.

Selepas dua tiga kali mengikut Anie pulang ke rumah sewanya, Borhan dan Anie mula masuk bilik.

Sejak itu Anie dan Borhan tidak ubah seperti pasangan suami isteri yang baru kahwin.

Perbuatan terkutuk itu terus-menerus berulang di rumah bujang yang disewa oleh Anie.

Isteri Borhan tidak mengetahui keterlanjuran suaminya telah sampai ke tahap itu.

Dia yang tidak tahan lagi dengan sikap Borhan yang jarang berada di rumah mati akal untuk mengubah perangai Borhan.

Borhan pula semakin hanyut. Dia seolah-olah lupa bahawa dirinya telah beristeri dan mempunyai seorang anak yang perlu dibelai.

Sehinggalah pada satu pagi ketika Borhan dan Anie sedang `berseronok', tiba-tiba mereka terdengar pintu bilik diketuk.

Anie dan Borhan yang tidak berasa curiga dengan ketukan itu membuka pintu bilik.

Mereka terkejut apabila melihat tiga pegawai pencegah maksiat berdiri di depan pintu.

Borhan dan Anie tidak berkata apa-apa. Mereka kemudian dibawa ke balai polis oleh tiga pegawai pencegah maksiat.

Bagaimanapun, rancangan untuk menghadapkan mereka ke mahkamah syariah keesokan harinya terbengkalai apabila polis mendapat tahu Anie merupakan gadis bawah umur yang lari dari rumah.

Borhan yang dimaklumkan oleh seorang anggota polis mengenai diri Anie terkejut mengetahui perkara itu.

Dia lebih terperanjat apabila mendapat tahu Anie baru berusia 17 tahun.

Selepas kira-kira seminggu ditahan di dalam lokap, Borhan dibenarkan ikat jamin.

Isteri Borhan yang telah mengetahui semua cerita itu telah menyuruh ahli keluarganya datang ke balai polis untuk mengikat jamin Borhan.

Sampai saja di rumah, isterinya menyuruh Borhan berfikir mengenai hubungan mereka sebagai suami isteri.

Borhan terpinga-pinga memikirkan perkara itu sehingga tiba masanya dia dipanggil semula ke balai polis dan diberitahu bahawa dia akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol budak bawah umur.

Dalam perbicaraan di mahkamah pada 21 September 1994, Borhan terus mengaku salah dan dia dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

Sebelum dihantar ke Penjara Seremban, dia terlebih dahulu menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Menurut Borhan, dia sungguh kesal dengan perbuatannya selama ini dan tidak menduga kehadiran Anie telah mengubah kehidupannya sehingga dia terpaksa merengkok di penjara.

Dia dan isterinya juga telah bercerai manakala anak perempuannya yang kini berusia 13 tahun dijaga oleh ibu bapanya.

Isterinya kini berkahwin lain.

Hanya kini baru Borhan tahu menghargai nasihat isterinya yang tidak suka melihat dia hidup berfoya-foya.

Borhan akan dibebaskan pada 8 Januari 2004. Dia masih tidak pasti apakah rancangannya selepas ini.



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke