Cuba kita renung-renung sikit,
sementara nadi masih ada,
sementara jantung masih berdenyut,
moga-moga boleh kita buat suatu
pengajaran,
moga-moga apa2 perubahan diri, boleh dilakukan
sebelum jantung berhenti berdenyut:-
(Nota: Nak kata saya ni 'terer' bab-bab agama ni,
tidaklah begitu.
Tapi, macam inilah yang saya pernah terfikir... nak
share la ni).
Sekufur-kufur dan
sekutuk-kutuk iblis,
Tidak pernah pula iblis menafikan Allah itu
wujud;
Iblis yaqin bahawa Allah, Tuhan yang Satu yang
Pencipta itulah Tuhannya,
CUMAnya, iblis tidak mahu menurut perintah Allah
untuk
menghormati Adam a.s.
Kerana SOMBONG, ANGKUH, maka kerana itulah dia
kufur; Itulah sahaja sebabnya,
mudah sahaja sebab nya.
Sedangkan......
Bagaimana pula iblis boleh terasa dirinya lebih mulia dari Adam
a.s.!!!
Katanya api lebih tinggi dari tanah?
Sedangkan.......
Sifat api itu adalah panas dan tiada sabar,
Sedangkan sifat tanah itu sejuk, penyabar dan tenang sekali...
Sekarang,
tanyalah diri kita sendiri;
Adakah kita yaqin Tuhan kita itu Allah yang
Satu?
Ada yang yaqin dan ada yang tak yaqin.
Dan yang yaqin pula,
Adakah secebis di hati kita yang mungkin boleh
menonjolkan
SOMBONG dan ANGKUH kita terhadap perintah
Allah?
Haa.. soalan itu yang berat sikit nak jawab
kan..
Kadang2 kita dah tahu ada seseorang yang hendak
menyampaikan message Allah untuk dilaksanakan,
tetapi ada hati hati yang mempertahankan untuk
tidak!
Samada kita perasan atau tidak...
Apa bezanya dengan hati iblis?
Sedangkan............
Bagaimana pula manusia2 boleh terasa dirinya lebih
tahu dari Allah,
Sedangkan manusia2 itu sendiri suatu makhluk yg
diciptakan,
sungguh kerdil.... lemah!
Tak sedar diri bahawa keadaan dirinya
lemah!
Maka apakah bezanya manusia-manusia begini dengan
iblis?
Astaghfirullaahal 'azeem....
Suatu peringatan yang menakutkan buat yang menaip
ini dan lain2 yang mahu ambil i'tibar.
wassalam.
|