*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jinn melihat kita. Kita tidak nampak Jinn. Jinn travels faster than us (at the speed 
of light). Jinn lives much longer than us, some say up to a thousand years. Going by 
this logic alone, it's only natural that it's man who have to humble themselves to 
Jinn, and not vice versa. Jinn assist man coz they want something in return. Unlike 
man, Jinn are far less honest and trustworthy. For this reason, some ulama' conclude 
that the worst person among mankind is better than the best among the Jinn. 

In surah al-Jinn, the Quran mentions how the Jinn will be increased in their folly 
everytime man seeks protection among their kind. It makes them arrogant boasters. 
Seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Jinn, terdapat golongan Jinn yang selalu 
berusaha untuk mengintip rahsia rancangan Allah daripada malaikat di `the lowest 
heaven' (tafsir Yusuf Ali), dan setiap kali mereka berbuat demikian, bebola api akan 
dilontar terhadap mereka(panahan). Namun begitu, terdapat juga Syaitan yang 
kadang-kadang mampu mencuri beberapa rahsia (Surah Al-Jinn). Sebelum kedatangan nabi 
Muhammad(saw), the angels guarding the lowest heaven were not as stern, inilah 
sebabnya kenapa ahli nujum sekarang tidak sehebat ahli nujum di zaman nabi Musa atau 
nabi-nabi terdahulu. Ahli nujum di zaman Fir'aun predict akan kelahiran nabi Musa yang 
akan menentang Fir'aun. Hari ini pun terdapat ahli nujum yang mampu membuat ramalan 
dengan betul (walau pun ianya sangat sedikit). Walau pun ianya real dan betul, !
seseorang menjadi kufur terhadap ajaran rasulullah jika ia mengunjungi tukang-tukang 
tilik ini. 

Namun begitu, segala yang berlaku, termasuk Syaitan yang berjaya mencuri rahsia dari 
malaikat di the lowest heaven, ianya berlaku in accordance with the wills of and 
permission from Allah. Persoalan siapa yang tunduk kepada siapa tidak penting kerana 
Allah melarang manusia menggunakan Jinn untuk membantu mereka. Al-Quran menyatakan 
yang perbuatan sedemikian hanya menambah kebodohan. Maybe it's because the Jinn always 
tell lies. Keep in mind that Syaitan is the avowed enemy of man. 

Sheikh Abdul Qadir Jailani (Mesir) menceritakan pengalaman ketika beliau berjalan di 
tengah-tengah padang pasir yang panas, tiba-tiba suasana menjadi redup dan nyaman. 
Kemudian terdengar suara, "Wahai Abdul Qadir wali Allah, salam sejahtera ke atas 
engkau. Bertuahlah engkau kerana dikasihi oleh Allah. Akulah Allah, tuhanmu. Oleh 
kerana kebaikan yang melimpah telah engkau lakukan, semenjak hari ini aku longgarkan 
syariat yang telah diwajibkan ke atas engkau". Abdul Qadir hampir terpedaya, 
sehinggalah beliau teringat pesanan Rasulullah yang mengingatkan kita supaya tidak 
terpesong dari Al-Quran dan Sunnah walau di dalam apa keadaan sekalipun. Abdul Qadir 
kemudian menjawab. "Engkau Syaitan, bukan Allah". Kemudian Syaitan itu berlalu dan 
sempat mengatakan kepada Abdul Qadir, "Sesunggunya sebelum menemui engkau, aku telah 
berjaya menyesatkan berpuluh orang alim !, engkau terselamat hanya kerana terus 
berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah !".   

May Allah forgive all my mistakes or shortcomings !

-Belut Pisang-




-----Original Message-----
From: "zulh"<[EMAIL PROTECTED]>
To: "Belut Pisang"<[EMAIL PROTECTED]>, "Mohd Yaakub Mohd 
Yunus"<[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
Date: Mon Jul 08 18:45:57 PDT 2002
Subject: Re: H-Net* [msm-net] Penggunaan tangkal membawa ke arah syirik-Dr. Amran 
Kasimin

>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Emm..... Pandangan saya:-
>(sila betulkan kalau saya silap. Gunakan 'hammer' jika perlu. heheh).
>
>Perkataan 'associate' itu sendiri kadang2 saya kurang pasti maknanya. Apakah
>dan bagaimanakah dikatakan 'associate' itu.
>Associate itu diertikan bahawa "perkongsian kuasa" di dalam sesuatu bidang.
>Jika ini diertikan, maka tidak syak lagi ianya adalah syirik.
>(na'uzubillah). (perkongsian kuasa macam BN = UMNO+MCA+MIC la... mana boleh
>kata UMNO memerintah, sebaliknya UMNO/MCA/MIC memerintah.. hehe).
>
>Jin ini sebenarnya tidak ada kuasa untuk mengetahui alam ghaib. Contohnya,
>peristiwa dan nasib untuk masa depan; dan tidak pula "berkuasa" yang ghaib
>selain dari kudrat biasa.
>
>Maknanya, jika seseorang "MENGGUNAKAN" jin untuk mengetahui masa depan
>dan/atau berkeyakinan bahawa jin mempunyai kuasa ghaib selain dari yang
>kudrat biasa, maka itulah syirik. Bukankah ALLAH 'azza wa jalla SAHAJA yang
>mengetahui yang ghaib dan Maha Berkuasa?
>
>Namun, jin memang mempunyai kudrat seperti jin 'ifrit yang mampu mengangkut
>singahsana Bilkis.
>
>Tetapi, bolehkah jikalau seseorang SURUH atau ARAHkan jin buat sesuatu
>kerja?
>Perlu diingat, menyuruh dan mengarahkan jin supaya buat sesuatu kerja
>bukanlah bererti mengsyirikkan Allah. Dengan kata lain, jin itu jadi KULI
>aje. Dengan itu, saya mengambil fahaman bahawa ini bukanlah syirik yang
>ditakuti itu.
>
>Allah sahaja yang Mengetahui.
>
>Wassalam.
>Disclaimer: Jikalau disebabkan bacaan ini saudara/saudari masuk neraka,
>jangan babitkan saya.
>
>
>
>----- Original Message -----
>From: "Belut Pisang" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Mohd Yaakub Mohd Yunus" <[EMAIL PROTECTED]>;
><[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
><[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
><[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Monday, July 08, 2002 5:59 PM
>Subject: Re: H-Net* [msm-net] Penggunaan tangkal membawa ke arah syirik-Dr.
>Amran Kasimin
>
>
>> Syirik bermakna meng-associate atau mengaitkan partner dengan Allah. Soal
>menggunakan perkara halal atau haram itu perkara yang kedua. For example, if
>a bomoh has to humble himself to a jinn, be it a Muslim or Kafir jinn, in
>order to get the jinn to assist him in his work, then he has committed
>syirik. Even if the jinn requires of him to do good like reciting wirid a
>thousand times or performing pilgrimage(umrah) to Mecca. We must remember
>that all dominion in heaven and on earth belong to Allah alone. Even if all
>mankind are gathered to harm you, you will only be harmed if it's in
>accordance with His wills and plan. The Quran says that even a dry leaf
>falls off a tree in accordance with his plan and will. ALLAHUAKBAR !
>>
>>
>>
>>
>>
>> -----Original Message-----
>> From: "Mohd Yaakub Mohd Yunus"<[EMAIL PROTECTED]>
>> To: "[EMAIL PROTECTED]"<[EMAIL PROTECTED]>,
>"[EMAIL PROTECTED]"<[EMAIL PROTECTED]>,
>"[EMAIL PROTECTED]"<[EMAIL PROTECTED]>,
>"[EMAIL PROTECTED]"<[EMAIL PROTECTED]>,
>"[EMAIL PROTECTED]"<[EMAIL PROTECTED]>,
>"[EMAIL PROTECTED]"<[EMAIL PROTECTED]>
>> Date: Sun Jul 07 19:53:57 PDT 2002
>> Subject: H-Net* [msm-net] Penggunaan tangkal membawa ke arah syirik-Dr.
>Amran Kasimin
>>
>> >
>> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>> > {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>> > {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>> > {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>> >          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> >Penggunaan tangkal membawa ke arah syirik
>> >Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin
>> >
>> >
>> >
>> >SOALAN:
>> >Saya seorang guru yang sedang cuti belajar di universiti. Ketika isteri
>> >saya bersalin anak sulung, saya tidak dapat balik melihatnya kerana
>> >ujian. Setelah seminggu bersalin dan kedua-duanya telah balik ke rumah,
>> >saya mendapati di pergelangan tangan anak saya ada tangkal benang
>> >berwarna putih, merah dan hijau.
>> >
>> >Saya musykil, ada sesetengah orang kata, tangkal itu haram dipakai,
>> >tetapi ustaz di sekolah tempat saya mengajar dahulu kata harus kalau
>> >tangkal itu diperbuat daripada ayat al-Quran. Mana satukah yang benar? -
>> >
>> >AZMI YAHYA, Ipoh.
>> >
>> >JAWAPAN:
>> >Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal.
>> >Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan
>> >kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat
>> >al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua,
>> >tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada
>> >logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah
>> >atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau
>> >kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang,
>> >tasbih, kayu dan sebagainya.
>> >
>> >Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di mana
>> >digunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di
>> >pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung
>> >di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan
>> >kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan
>> >tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmad dan
>> >Abu Daud.
>> >
>> >Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang
>> >bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah
>> >syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban dan
>> >al-Hakim.
>> >
>> >Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam
>> >Fathu `l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:
>> >
>> >1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa
>> >pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.
>> >
>> >2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak
>> >dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat
>> >al-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada
>> >ayat-ayat tersebut.
>> >
>> >3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci,
>> >iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas,
>> >dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.
>> >
>> >Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya,
>> >Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh  ulama
>> >yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan Ibn
>> >Akim.
>> >
>> >Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang
>> >diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan
>> >sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga
>> >sesetengah ulama salaf.
>> >
>> >Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan,
>> >iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama,
>> >iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat
>> >hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan
>> >hidup orang Islam.
>> >
>> >Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah)
>> >penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram.
>> >Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang
>> >disokong oleh ulama yang terkemudian.
>> >
>> >Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan
>> >nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah
>> >syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.
>> >
>> >Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
>> >
>> >Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung
>> >yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itu dan
>> >memotongnya sambil berkata:
>> >
>> >``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada
>> >Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah
>> >keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah
>> >mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,
>> >tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.
>> >
>> >Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal
>> >telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda
>> >menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita
>> >agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.
>> >
>> >Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan
>> >oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515).
>> >
>> >Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat
>> >daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang
>> >dijelaskan oleh hadis berikut:
>> >
>> >Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seorang lelaki
>> >memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki
>> >itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan  katanya itu
>> >baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali
>> >kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya
>> >kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.
>> >
>> >Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.
>> >Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.
>> >menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa
>> >tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hati dan
>> >harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi
>> >manfaat atau mudarat.
>> >
>> >Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll
>> >`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan
>> >al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta
>> >untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan
>> >jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan
>> >menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah di
>> >kedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada
>> >hadis-hadis di atas.
>> >
>> >Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal
>> >pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayat al-Quran
>> >dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan
>> >lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin
>> >Bar memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada
>> >manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau
>> >di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan,
>> >atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.
>> >
>> >Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban dan
>> >al-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata
>> >bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia
>> >bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawab
>> >isterinya.
>> >
>> >Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya,
>> >kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik.
>> >Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
>> >Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.
>> >
>> >Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku
>> >mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi dan apabila aku
>> >memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab:
>> >Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia
>> >akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang
>> >dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:
>> >
>> >Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkau
>> >adalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan
>> >yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, Abu Daud dan
>> >al-Hakim.
>> >
>> >Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang
>> >diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan
>> >doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju),
>> >logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang
>> >dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan
>> >sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:
>> >
>> >Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka
>> >sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan
>> >amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis
>> >riwayat an-Nasaiy.
>> >
>> >Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan
>> >tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat,
>> >seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya
>> >tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian
>> >dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama
>> >ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan
>> >``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal
>> >memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk
>> >pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya,  kemudian
>> >bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang
>> >berkenaan telah melakukan sihir.
>> >
>> >Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada
>> >mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yang
>> >dimaksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan air
>> >ludah.
>> >
>> >Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan di zaman
>> >jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).
>> >
>> >Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya
>> >disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang
>> >yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan
>> >syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.
>> >
>> >Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni
>> >dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki
>> >oleh-Nya - (an-Nisa': 48).
>> >
>> >Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
>> >
>> >Dr. Amran Kasimin
>> >Mingguan Malaysia
>> >46M, Jalan Chan Sow Lin
>> >55200 Kuala Lumpur.
>> >
>> >Faks: 03-92213752
>> >
>> >E-mel: [EMAIL PROTECTED]
>> >
>> >
>> >
>> >
>> >**********************************************************************
>> >This email and any files transmitted with it are confidential and
>> >intended solely for the use of the individual or entity to whom they
>> >are addressed. If you have received this email in error please notify
>> >the system manager.
>> >**********************************************************************
>> >
>> >
>> >------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
>> >Free $5 Love Reading
>> >Risk Free!
>> >http://us.click.yahoo.com/Pp91HA/PfREAA/Ey.GAA/wpWolB/TM
>> >---------------------------------------------------------------------~->
>> >
>> >Kandungan Mailling list ini tidak semestinya menggambarkan pendirian
>rasmi Majlis Syura Muslimun (MSM)melainkan yang dinyatakan sedemikian
>> >
>> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> >
>> >ODC!!! ODC!!! ODC!!! Out Door Camping Anjuran MSM kembali lagi! Kali ini
>bertempat di camp site di Nottingham bermula pada 17-24 Jun 2002. Nantikan
>maklumat terbaru hanya di msm-net. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi
>masul program saudara Asmat di email berikut: [EMAIL PROTECTED] atau ke laman
>RASMI MSM: www.msm-online.org.uk
>> >
>> >Archery, canoeing, abselling, wall climbing, War game, team building dll
>di samping santapan rohani dan minda..
>> >
>> >NANTIKAN AKTIVITI MENARIK INI!!!
>> >
>> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> >Langganan : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
>> >Unsub : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
>> >
>> >Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
>> >
>> >
>> >
>> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>> >
>> >Pengirim: "Mohd Yaakub Mohd Yunus" <[EMAIL PROTECTED]>
>>
>>
>> ___________________________________________________
>> GO.com Mail
>> Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com
>>
>>
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>> Pengirim: Belut Pisang <[EMAIL PROTECTED]>
>>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "zulh" <[EMAIL PROTECTED]>


___________________________________________________
GO.com Mail                                    
Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Belut Pisang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke