*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PM bagitau gaji dia cuma RM16,000. Terlalu 
kecik untuk seorang yg berjiwa besar. Khabarnya
MB terengganu tak ambik elaun rumah, serupa
MB kelantan. Mungkin gaji dia orang dah besar.
BTW, nanti ada malam bersama PM suami isteri
dibukit jalil rasanya - ada nyanyi2, ada tatoo,
ada sandiwara cina lagi U. Tak tahulah artis 
mana yang dijemput.  

-------------

Penoreh maut dibaham harimau, suami selamat

JELI, Selasa – Seorang wanita ditemui dalam keadaan ngeri selepas dibaham 
harimau ketika menoreh getah bersama suaminya di Bukit Kera, Kampung Baru Jalan 
Malaysia, dekat sini, pagi ini.

Mayat Siti Eshah Mamat, 48, ditemui dengan kepala putus, manakala kedua-dua tangannya 
hilang, tidak jauh dari tempat beliau menoreh getah. Bagaimanapun, suaminya, Mat Zin 
Ismail, 55, terselamat.

Mat Zin dikatakan menoreh di tempat berasingan dan hanya mendengar jeritan isterinya. 
Selepas laungan balasnya kepada Eshah tidak mendapat jawapan, beliau mengesyaki 
sesuatu yang buruk berlaku, lalu keluar meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Nordin Jaafar, berkata pihaknya 
menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 8.40 pagi dan mengarahkan 30 anggota, 
dibantu anggota Rela dan penduduk kampung, melancarkan gerakan mencari.

“Pada jam 10 pagi, kasut mangsa ditemui dengan kesan tompokan darah di sekitar 
kawasan kejadian. 

Pasukan mencari kemudian menyusuli kesan darah dan menemui kepala mangsa.

"Mereka kemudian menjumpai mayat mangsa kira-kira 140 meter dari tempat kejadian, pada 
jam 10.35 pagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Siti Eshah meninggalkan 12 anak berusia antara tiga hingga 25 tahun, termasuk enam 
yang masih bersekolah dan tiga sudah berumah tangga. 

Mayatnya dihantar ke Hospital Tanah Merah sebelum diserahkan kepada keluarga untuk 
dikebumikan.

Ini adalah kejadian ketiga keganasan harimau dilaporkan di Jeli dan Tanah Merah dalam 
tempoh enam bulan. 

Ahmad Nordin berkata, operasi mengesan harimau yang dipercayai membaham Eshah 
dilancarkan selama tiga hari mulai hari ini, di sekitar kawasan mayat mangsa ditemui.
-- 
__________________________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Save up to $160 by signing up for NetZero Platinum Internet service.
http://www.netzero.net/?refcd=N2P0602NEP8


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "buku lima" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to