Hudud: MB Terengganu sedia jumpa PM
Thursday, July 11 @ 12:19:49 MYT


KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu bersedia bila-bila
masa menemui mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara
bagi menyelesaikan beberapa halangan yang boleh menggagalkan pelaksanaan
Hudud dan Qisas yang diluluskan baru-baru ini.

"Saya sedia jumpa dengan PM dan Ketua Polis Negara bila-bila masa untuk
menyelesaikan masalah ini," kata Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara yang tidak akan bekerjasama
untuk melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
Terengganu tersebut.
Di samping itu, kata Ustaz Hadi yang juga Pemangku Presiden PAS, kerajaan
negeri akan berbincang dengan semua badan-badan Islam yang berwibawa di
peringkat pusat bagi menyelesaikan beberapa masalah teknikal berkaitan
pelaksanaannya.
"Kita akan menemui Institut Kefahaman Isl! am (Ikim), Institut Tamadun dan
Pemikiran Islam (Istac), Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim dan
sebagainya untuk menyelesaikan masalah teknikal yang boleh menghalang
pelaksanaannya," kata Ustaz Abdul Hadi.
Mengulas lanjut kenyataan Ketua Polis Negara, Ustaz Hadi berkata, pada
prinsipnya, kerajaan negeri akan mempunyai mekanisme sendiri selain dari
bantuan polis dalam melaksanakan undang-undang ini.
"Undang-undang ini menetapkan ia akan ada mahkamah khas sendiri, pendakwa
dan penguatkuasa sendiri dan sebagainya.
"Ia boleh juga dilaksanakan melalui penyerahan diri yang bersalah untuk
menghilangkan dosa mereka. Tetapi ini tidak digalakkan oleh Islam kerana
Islam lebih menggalakkan mereka bertaubat dari menyerah diri untuk dihukum,"
jelas beliau lagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai membuat kenyataan semalam tidak akan
bekerjasama dengan kerajaan negeri Terengganu bagi melaksanakan
undang-undang ini.
Norian berkata,! polis tidak akan terlibat dalam mana-mana peringkat
pelaksanaan Enekmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang diluluskan oleh
Dun Terengganu itu.
Norian juga mengarahkan, anggota polis mengambil risiko didakwa menghina
mahkamah Syariah kerana gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dalam
isu Hudud.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke