*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen.xmsites.com/ TAG 812: Perdana Menteri Pergi Ke Naples Dulu? (The Prime Minister Saw Naples to Die?) Oleh MGGPillai Ketika perdana menteri Dr. Mahathir pulang daripada percutian sepuluh hari di Mediterranean, suasana politik di Malaysia sudah begitu meluat terhadapnya sehinggakan apa yang disebutnya dianggap kini sebagai wasiat seorang insan yang akan mati, dan tidak lagi sebagai sesuatu yang mengandungi isi kebenarannya. Sejak pengundurannya yang tidak berjadual di persidangan tahunan UMNO, yang kemudiannya ditarik semula, dia sudah menjadi tidak relevan lagi kepada UMNO dan pemimpin parti. Malahan ramai yang menganggap beliau sebagai tayar-'spare' sahaja. Sudah menjadi amalan budaya feudal Melayu yang tidak memberi sebarang andaian dan isyarat betapa sudah ada keris yang diasah bersedia digunakan untuk menghuncak seorang ketua yang dianggap seorang petualang. Kerana itu dunia luar tidak dapat melihat bagaimana seorang insan dimomokkan walaupun dia sudah memimpin negara selama 21 tahun. Adalah menjadi tradisi Melayu feudal yang menjadi liar dan ganas terhadap seorang pemimpin yang menyimpang jauh dalam amalan kepimpinannya seperti yang sengaja dilakukan oleh Dr. Mahathir kerana itu sandiwara yang ditonjolkan menyerlahkan beliau laksana barangan tembikar purba yang tinggi harganya sedangkan satu persekongkolan politik sedang disusun-atur. Tidak ramai yang memahami bahawa apa juga pujian yang dihamburkan oleh para pemimpin UMNO, dia sebenarnya terus menggelonsor sebagai tokoh politik yang tidak lagi relevan dan semakin hampir memasuki ambang yang akan memerapnya. Rancangan beliau untuk bersara pada Oktober 2003, menambahkan masalah kepadanya. Ketika perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dipaksa mundur, sejurus berakhirnya rusuhan Mei 13, 1969, Tunku meminta agar beliau dapat memegang kuasa sehinggalah pertabalan anak saudara beliau, Sultan Kedah, menjadi Yang DiPertuan Agong pada bulan September 1970, yakni setahun selepas rusuhan itu. Pengganti beliau, Tun Abdul Razak bersama beberapa jongosnya, yang termasuk seorang insan bernama Dr. Mahathir Mohammad dan seorang bernama Dato’ (kini Tan Sri) Abdullah (Komunis) Ahmad, telah menentukan bulan-bulan terakhir Tunku menjadi begitu menyulitkan beliau sehinggakan dia menyesal meminta lanjutan tempoh kuasanya itu. Tunku telah diperlekehkan begitu sahaja, kerana bakal perdana menteri di waktu itu, (bapa kepada Dato’ Sri Najib), melakukan tindakan untuk mencengkam kuasa beliau dalam pentadbiran negara. Tunku menjadi orang biasa sahaja. Dia kembali menonjol, beberapa tahun kemudiannya, apabila dia bertindak mencabar sikap memperalatkan UMNO dan orang Melayu gara-gara! kepimpinan Dr. Mahathir. Demikianlah nasib yang menghantui seseorang pemimpin yang berdegil mahu bertahan apabila tiba masa dia melepaskan jawatannya. Tun Razak bertindak bahawa penantian beliau selama 15 tahun sebagai pelatih berjawatan timbalan perdana menteri menjadi satu tempoh yang panjang, dan bertindak untuk mencengkam kuasa apabila UMNO menunjukkan belangnya. Budaya feudal ketika itu melecehkan tindakan yang sepatutnya sehinggalah seseorang pemimpin itu diaibkan ketokohannya sebagai seorang pemimpin feudal. Keadaan ini belum terjadi lagi walaupun diambil kira keadaan politik terkini. Dulu, Tunku terjebak disebabkan rusuhan kaum; Dr. Mahathir tergelincir disebabkan sikapnya mengaibkan Timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tunku mempunyai hanya seorang timbalan sepanjang tempoh kuasanya. Dr. Mahathir telah dibantu oleh empat orang timbalan. Setiap calon pengganti memang mudah tertekan mengharungi tempoh latihan yang panjang. Kerana itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Bedawi memang tertekan kalau-kalau peluang untuk meragut kuasa itu secara sah akan terlepas begitu sahaja disebabkan penantian yang panjang. Itu sebabnya dia meniru gelagat Tun Razak selepas tahun 1969 dulu, untuk bertindak dengan bijak secepat yang boleh. Penjelasan Dr. Mahathir sejurus pulang daripada percutiannya, adalah satu alasan yang lemah dalam satu usaha membetulkan keadaan yang sudah berubah selepas dia kehilangan kuasa disebabkan sandiwara peletakan jawatan yang kecundang. Tindakannya berdalih itu sudah dianggap sebagai satu usaha melepaskan batuk di tangga selepas kerana diasak oleh para pembantunya yang mahukan beliau bersara, sama gayanya yang menghantui Tunku tiga dekad yang lalu. Kalaulah diselak lembaran akhbar di waktu itu, keadaannya sama seperti sekarang yang menunjukkan rakyat Malaysia yang merasa sedih melihatkan pemergian seorang Perdana Menteri, sedangkan tindakan bersiap sedia untuk menghunus keris menghumbankannya sedang giat dilakukan. Masalah Dr. Mahathir menjadi lebih kalut dengan kematian Pemimpin Pembangkang, Dato’ Fadhil Noor, 17 jam setelah Mahathir meletakkan jawatannya. Dia bergegas pergi bercuti beberapa jam sebelum kematian Dato’ Fadhil. Dia tidak bercakap kepada sesiapa. Semua kenyataan beliau muncul daripada mulut Dato’ Seri Abdullah sehinggalah beliau pulang dari percutiannya. Kehebatan ketokohan Mahathir merudum sejurus beliau pulang. Jumlah manusia yang dijanjikan seramai 10,000 untuk mengalukan ketibaannya sudah dinaikkan anggarannya menjadi 40,000. Yang muncul tidakpun sampai 5,000 orang. Ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO dan panglima perangnya tidak mampu menggerakkan lebih ramai orang berpusu-pusu menantikan ketibaan Mahathir. Kini, Mahathir dinaik-taraf menjadi seorang khalifah untuk mencanakkan ketokohannya sebagai seorang pemimpin Islam, dan RTM baru sahaja menunjukkan dokumentari memuji-muja beliau sebagai seorang khalifah. Usaha mendewa-dewakan beliau adalah bertujuan untuk membuatkan beliau berundur lebih awal lagi. Banyak lagi perkara yang pelik-pelik menyerlah. Helah beliau untuk bertahan sehingga selesai persidangan OIC pada Oktober 2003, adalah satu hambatan untuk menyekat penggantinya menjalankan tugas beliau secara bebas. Kalaulah pilihanraya umum (pemilu) diadakan tahun hadapan sebagai penentuan peralihan kuasa yang licin seperti yang diwasiatkan oleh Dr. Mahathir, apakah dia akan bertanding lagi? Jika demikian, janji manis beliau untuk melepaskan jawatan sudah menjadi satu kesangsian. Kalau dia tidak bertanding, bagaimana mungkin dia meneruskan kerjaya politik tanpa kedudukan dalam Parlimen? Sekarang sudah ada kepastian bahawa pilihanraya dalam parti akan dilangsungkan selepas pemilu. Ini tidak memberikan jaminan bahawa Dato’ Abdullah Ahmad Bedawi akan tidak menghadapi masalah, seandainya Dr. Mahathir bertindak mahu terus bertanding sebagai presiden parti. Malahan beliau dan juga Paklah mungkin akan dicabar. Pucuk kepimpinan UMNO tidak dapat bertahan melalui episod itu. Agenda persaraan doktor itu telah dibuat secara tergesa-gesa. Yang menjadi jaminannya ialah kemungkinan satu pertandingan yang begitu dahsyat sehingga mencetuskan pertumpahan darah dan mayat yang bergelimpangan sebaik sahaja! selesai pertembungan politik itu. Ketika bercuti di Itali, Dr. Mahathir memulakannya daripada Naples. Rupanya dia tidak sedar akan satu bidalan purba orang Itali "Nikmati Naples sebelum mati" -- apabila dia menjadikan Naples sebagai tempat dia mula bercuti, dia pulang untuk menghadapi kematian kerjaya politiknya. Inilah bidalan yang pernah ditulis oleh Goethe dalam satu hikayat pelayarannya menyusuri Itali pada abad ke-18 dulu. Dia menyarankan agar sesiapa sahaja melancong ke Naples untuk menikmati keindahannya, sajian makanannya, dan segala kecemerlangannya sebelum menemui kematian. Tetapi ini adalah hikayat purba yang tercipta lebih 500 tahun dulu. Sebelum masa itu, Naples lebih terkenal sebagai tapak bencana dan malapetaka penyakit hawar di mana sesiapa yang ke sana tidak sempat pulang untuk mati. Percutian Mahathir ke Naples sudah menjadi satu alamat yang menggayakan kepupusan kerjaya politik beliau disebabkan bencana dan malapetaka yang membinasakannya. MGG Pillai [EMAIL PROTECTED] Terjemahan Oleh: SPAR (Suntingan Z-M@R) - 09.07.2002 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>