Umpama diktator gunakan air mata

Thursday, July 11 @ 13:59:47 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
DR. MAHATHIR yang pasti menangis sekurang-kurangnya sekali setahun tidak lagi menangis sendirian. Dia boleh mengajak berjutaan orang menangis terisak-isak serentak.

Ini telah dibuktikan dalam perletakan jawatan caranya dari semua jawatan dalam parti dan kerajaan bagi mengakhiri Perhimpunan Agung UMNO berair mata pada 22 Jun lalu. Pada hal dia belum berhenti lagi.

Orang UMNO hanya sanggup menangis kerana Dr. Mahathir mengugut untuk meninggalkan kuasa, tetapi orang UMNO tidak menangis ketika UMNO diharamkan oleh mahkamah tahun 1997. Seolah-olah orang UMNO lebih sayang pada Dr. Mahathir dari UMNO.

UMNO menangis kerana Dr. Mahathir dikatakan pemimpin terbaik, hanya seorang saja setaranya dalam masa seribu tahun. Tetapi orang tidak ingat betapa sebahagian dari orang UMNO pernah menangis apabila mereka yang bersama Tengku Raz! aleigh dinyahkan dari UMNO setelah Dr. Mahathir hanya menang tipis berhadapan dengan Tengku Razaleigh tahun 1987.

Dan masing-masing tidak ingat betapa ramainya ahli UMNO yang meratap apabila Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Setelah yang tinggal dalam UMNO hanya yang sanggup menangis kerananya lalu dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan mereka. Orang-orang yang tidak tahu menangis kerana orang lain itu lalu menangis justeru ketakutan hilang tempat bergantung.

20 tahun dulu Dr. Mahathir memberi tahu bahawa beliau tahu bila hendak bersara, iaitu setelah melihat tanda-tanda, dia tidak dikehendaki lagi. Tetapi sekarang dia menyatakan untuk bersara ketika dia dirasakan masih dikehendaki lagi.

Ia kelihatan kontradik dengan isyarat awal. Apakah 16 bulan lagi tempoh dia tidak dikehendaki lagi akan tiba? Mungkin beliau nampak apa yang orang lain tidak nampak.

UMNO y! ang ada itu sudah tidak ada orang Tunku dan sudah tidak ada orang Tun Razak. Sudah tidak ada orang Tengku Razaleigh dan sudah tidak ada orang Ghabar serta orang Anwar. Kalau pun ada Tengku Razaleigh tetapi Tengku Razaleigh bukan Tengku Razaleigh yang dikenali dulu, tetapi ia adalah Tengku Razaleigh hulubalang kedet Dr. Mahathir.

Orang UMNO yang ada itu adalah orang UMNO yang melihat semua ketua polis, semua panglima, semua jabatan kerajaan dan swasta dipenuhi oleh orang Dr. Mahathir. Yang bukan orang Dr. Mahathir ialah yang memimpin PAS dan yang memimpin Barisan Alternatif.

Keadaan ini sama seperti Jerman Timur di bawah Ulbricht, Mesir di bawah Nasser, Iran di bawah Shah, Rusia di bawah Soviet dan lain-lain masyarakat yang tidak terdedah kepada pengalaman pertukaran pemimpin kecuali mati dan digulingkan.

Hari-hari orang-orang itu diasuh dengan propaganda dan dipaksa mendengar beritaganda. Propagandis dan beritagandis hanya menyiarkan yang terbaik dan ! mencipta yang terbaik untuk disiarkan.

Justeru itu lontaran ujian Dr. Mahathir akan berundur jadi ibarat ledakan bom, sedang konon pemergian itu 16 bulan lagi. Kita sempat dua kali puasa dan dua kali idil fitri. Mungkin dalam masa 16 bulan itu Jepun dua kali bertukar kerajaan.

Rakyat Mesir meraung mendengar Nasser meletak jawatan, tidak mustahil ada yang mahu membunuh diri. Perwakilan komunis Jerman Timur mengundi 99.99 peratus kepada Ulbricht terus memimpin mereka. Semua keputusan pilihan raya negara diktator komunis memberi undi 99.99 peratus kepada pemimpin supaya terus berkuasa.

Sedang pada Jepun, British, Perancis, Korea Selatan dan masyarakat demokrasi lainnya tidak akan membazirkan air mata kalau pemimpin hendak bersara. Air mata mereka adalah untuk kalah pertandingan bola atau ekonomi tidak cerah.

Orang-orang yang menangis kerana pemimpin hanya ada dalam kalangan masyarakat yang ditadbir oleh seorang diktator. Kalau para diktator dalam! tempoh seribu tahun ini tidak menyatakan tempoh kuasa atau menamakan diri presiden semur hidup dan sebagainya, hanya Dr. Mahathir saja memberi tempoh singkat - 16 bulan.

Berapa kali tempoh singat itu layak menjadi tempoh yang panjang tidak dipastikan. Hanya satu dia saja yang suka menangis di antara pemimpin seribu tahun lalu.




__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Parti Islam SeMalaysia(PAS) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
PAS Homepage : http://www.parti-pas.org


Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! ! Terms of Service.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access

Kirim email ke